Negeri Yang Cuti Awal Ramadan Dan Nuzul Quran
Pengetahuan Am

Negeri Yang Cuti Awal Ramadan Dan Nuzul Quran

Mengikut Pelepasan Am Persekutuan 2013, tiada negeri yang bercuti pada 1 Ramadan 1434H atau 2013.    Tetapi mengikut jadual Pelepasan Am Negeri-negari 2013,  negeri-negeri yang bercuti pada Awal Ramadan ( 1 Ramadan ) adalah  Johor, Kedah dan Melaka sahaja.  Maksudnya negeri-negeri yang bercuti esok Rabu 10 Julai 2013 adalah Johor, Kedah dan Melaka sahaja.  Negeri lain moh kita kerja seperti biasa.

negeri yang cuti awal ramadan

Rujuk pdf : Hari Pelepasan Am 2013

Mengikut Jadual Pelepasan Am Negeri 2013, negeri-negeri yang bercuti pada Hari Nuzul Al-Quran 26 Julai 2013 (Jumaat) ialah Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu.  Kuala Lumpur , Putrajaya,  Johor, Melaka,  Kedah, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak  tak cuti ye Hari Nuzul Quran.

Sementara itu, cuti Hari Raya Puasa mengikut Jadual Pelepasan Am Persekutuan adalah pada 8 Ogos & 9 Ogos 2013 (Khamis & Jumaat ) untuk semua negeri.

Jadual-jadual cuti macam ni memang penting untuk menyusun jadual ambil cuti, anak sekolah, balik kampung dan sebagainya.  Saya pun dah mula menyusun tentatif nak mengatur kehidupan keluarga di Selangor, Kedah dan Terengganu.  Bukan mudah bila melibatkan jarak jauh macam ni.

Nota : Ini adalah cuti yang diwartakan dari rujukan laman web parlimen.gov.my – mungkin ada sekolah atau syarikat yang memberi cuti khas sendiri.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak Dan Selamat Berpuasa

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

34 thoughts on “Negeri Yang Cuti Awal Ramadan Dan Nuzul Quran

  1. salam,
    japgi kita akan menyambun ramadhan..semoga ramadhan kali ini bermanfaat =)

    p/s:malaysia mmg banyak cuti..antara yg terbanyak didunia kot..haha

    1. salam….

      sama-sama kita menyambut bulan keberkatan…

      yup…. memang banyak cuti…itu belum cuti sendiri2 lagi 🙂

Comments are closed.