CUTI ISRAK & MIKRAJ – 27 Mei 2014 ( Selasa ) bersamaan 27 Rejab – Negeri-negeri yang bercuti pada Israk dan Mikraj adalah Negeri Kedah, Negeri Sembilan dan Perlis sahaja. Negeri-negeri lain tak cuti.
Selangor dan Kuala Lumpur tak cuti Israk Mikraj, jangan buat-buat lupa 🙂 Semak Cuti Am Malaysia 2014
Tapi kat tempat kami, walaupun tidak bercuti pada hari Israk dan Mikraj, tetap ada beberap majlis ceramah umum mengenai Israk dan Mikraj di surau dan masjid. Lapang-lapangkan diri untuk menghadiri majlis ilmu seperti itudan mengambil iktibar terkandung dalam peristiwa terbabit. .
Bila disebut Israk & Mikraj, secara tak langsung kita akan mengetahui mengenai makhluk Allah bernama Buraq. Israk adalah perjalanan Rasulullah SAW dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa manakala Mikraj pula adalah perjalanan Rasulullah SAW menuju ke langit ketujuh, Sidratul Muntaha dan ‘Arasy Allah SWT.
Salah satu peristiwa penting Israk & Mikraj yang sering ustazah saya cerita ialah ialah perintah Allah SWT mengenai ibadat solat fardu. Sewaktu peristiwa Israk dan Mikraj, Rasulullah SAW telah menerima perintah melakukan ibadat solat untuk seluruh umatnya iaitu sebanyak 50 waktu sehari semalam.
Sewaktu dalam perjalanan untuk turun ke bumi dan Baginda bertemu Nabi Musa. Selepas mendengar penjelasan Rasulullah SAW, Nabi Musa meminta Rasulullah SAW kembali mengadap Allah SAW dan minta untuk diringankan bilangan 50 waktu tersebut kerana Baginda yakin umat Nabi Muhammad tidak akan terdaya melakukannya.
Rasulullah SAW kembali mengadap Allah SWT. Selepas dipohon untuk dikurangkan, maka jumlah solat dikurangkan kepada 40 kali sehari semalam. Apabila berjumpa dengan Nabi Musa, sekali lagi beliau meminta Rasulullah SAW menemui Allah SWT supaya jumlah itu dapat dikurangkan lagi.
Beberapa kali Rasulullah SAW berulang alik menemui Allah SWT, sehinggalah Allah SWT mengurangkannya menjadi 5 waktu sahaja. Nabi Musa masih merasakan umat Muhammad tidak akan mampu melaksanakan ibadat solat lima waktu tersebut tetapi Rasulullah SAW nekad untuk tidak lagi menghadap Allah SAW kerana Baginda berasa malu untuk berdepan dengan Allah.
Biarpun jumlah solat dikurangkan menjadi lima waktu saja, namun ganjaran pahala mengerjakannya tetap menyamai ibadat solat 50 waktu.
Nota : Tahun berlakunya peristiwa Israk & Mikraj dikenali sebagai “Am al Huzun” atau Tahun Kesedihan.
Huhu..selangor tak cuti..kalu tak, syok cuti isnin selasa…
Jom terjah post menarik dari Maziah ..Tanda-Tanda Awal Kelahiran Yang Perlu Anda Tahu
terima kasih kerana berkongsi kak jie! 🙂
Jom terjah post menarik dari ctfand ..Putrajaya Red Bull Air Race Championship 2014
hoho..cuti lagi..
banyaknya cuti..
Jom terjah post menarik dari titan ..Teknik Kurus dengan Diet Atkins
untunglah budak sekolah sekali pakej dengan cuti sekolah pertengahan sekali
Jom terjah post menarik dari Bahrain ..Tontonan Paling Menarik Sempena Hari Ibu
Hehe.. terima kasih kerana mengingatkan tak cuti 27 haribulan tu. 😀
Jom terjah post menarik dari amirulfaiz ..Ziarah orang sakit
kak jie pun ingat selangor cuti…..rupanya tidak 🙂
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Cuti Sekolah Pertengahan Tahun Hari Rabu 28 Mei 2014
3 bulan utama dalam kalender Islam yg setiap bulan ada satu hari yg istimewa jadi utk Rejab adalah Israk Mikraj
Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Konya bandar terbesar Turki
rahmat di malaysia. Dekat saudi ni dua je cuti public setahun, cuti raya pose, raya haji. Sangappppp!
Jom terjah post menarik dari Khairi ..Abdullah, lelaki Korea beragama Masihi
OK, Sabah keje.. Kalau tak punya lah banyak cuti bulan ni. Hujung bulan Keamatan 3 hari. Awal bulan dah Hari Pekerja dan Wesak… Boss2 pening kepala!
Jom terjah post menarik dari Ismail N ..Hari Guru 2014
Noted..Thanks for the info..
Jom terjah post menarik dari wom.my ..PERADUAN “SELFIE TIME WITH MAMA”
Baru hendak ingat perasan bercuti. 🙂
Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Terkini paras air empangan air Selangor
Nsib baik kak jie peringat..kalau tak..terbuat lupa…hehe
terima kasih kak jie utk pesanan dalam entri ni..
khutbah jumaat minggu lepas sudah mula bercerita tntg isra’ mikraj
Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Biodata Ringkas Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman MB Terengganu
tu lah confuse plak ingatkan pahang cuti israk mikraj nih… thanx for the info
Jom terjah post menarik dari cikcloudy ..Arjuna Beta