Pengetahuan Am

Nak pilih coli

Ada keyword mencari gambar baju dalam atau coli. Tak kan saya nak sidai coli kat sini…agak-agaklah…:mrgreen:

Mesti dia nak pergi shopping nak beli bra ni…. bukan senang nak beli bra tau!! macam nak selesakan masalah negara je …

Jenis baju dalam:mrgreen:
Jenis baju dalam

Sumber gambar : Pakcik Makcik Google

Ok, Panduan mudah ye.  Sebelum pergi shopping, ambil ukur lilit bahagian bawah payu dara dan ukuran lilit payu dara. Kedua-dua jumlah ini ditolak dan berapakah hasil ukuran yang anda perlukan. ( Ini soalan matematik dalam Bahasa Inggeris yang dialihbahasa )

Ukuran standard untuk mangkuk coli adalah mangkuk A – 10 sm, B – 12.5 sm dan C – 15 sm .

Contoh masalah matematik yang perlu diselesaikan adalah :

Katakan ukuran ukuran payudara  – 86 sm dan lilit bawah payu dara 74 sm. 86 tolak 74 = 12.   Mangkuk coli yang  mana satu kah yang sesuai ?.

Cuba dahulu coli yang ingin dibeli. Jangan hanya mempercayai ukurannya saja untuk mempastikan cup coli sesuai.

—————————————————————————————-

Ada satu lagi kaedah yang boleh digunakan untuk mendapatkan size bra yang sesuai.

Ukur lilit badan tepat di bawah payudara, dekat tulang rusuk  dibawah payudara . Guna pita ukur dalam unit inci.

  • Kalau ukuran nombor genap, tambahkan 4 inci.
  • Kalau ukuran nombor ganjil, tambahkan 5 inci.

Contoh kalau ukuran lilit badan menunjukkan angka 26, jadi nanti cari bra ukuran 32. (26+4=30) . Kalau ukuran lilit badan adalah 29 ( ganjil), cari saiz bra 34. (29+5=34).

Kemudian cara memilih  size cup bra.

Ukur lilit payudara pada bahagian yang paling  tinggi ( puting payudara ). Dapatkan nombor genap.

Untuk mendapatkan cup yang sesuai, ukur lilit badan – ukur lilit payudara. Contoh tadi 34 – 32 = 2. Perbezaannya adalah 2

Perbezaan 1 inci = Cup Size A
Perbezaan 2 inci = Cup Size B
Perbezaan 3 inci = Cup Size C
Perbezaan 4 inci = Cup Size D

 

Petua ringkas jaga coli.

Pilih coli sesuai dengan situasi. Jangan mengenakan coli ala lingerie seksi yang hanya berbahan tisu jika anda ingin berjoging –  acara bedminton boleh!

Jangan mencuci coli dengan mesin basuh.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

56 thoughts on “Nak pilih coli

  1. mcm ne ye?. kalu blh nak tahu tanpa tye die. die blh tahu yang kt pye saiz tanpa tye kt. xkan kt xleh mcm 2 jgk? 😳

    1. @suami micali, secara umum kita boleh ckp saiz..tapi ikut panduan dan kebiasaan..mmg kena cuba dulu baru beli………… bukan murah tu

  2. xkan nak tye. biar kt tahu dalam hati je. krg die ckp kt xpuas hati plk.

    1. @suami micali, walaupun itu kepunyaan perempuan…nak beli pun kami org perempuan kena ukur dulu….mana boleh main rembat je 😆

  3. info menarik
    tapi nak beli coli buat apa?

    BAGAKs last blog post..Sungguh Sedap Ikan Pekasam

  4. nasib baik kawe dok pake coli.. hehehe… nak kena buat ebook ni.. huhu

    Richies last blog post..Terokailah Perniagaan Di Internet Pada Usia Muda

    1. @Richie, hehehe..betul la tu…ebook
      tapi kena buat kajian juga…org perempuan suka tak beli ebook 😆

  5. aisehman..malu pulak bila baca sorang2..kalau kena jadi escort , gua memang berdiri jauh-jauh..hehehe segan weh

    twenty-sixs last blog post..Download Gavin DeGraw Free 2009

    1. @twenty-six, tu normal tu..selalu pun org lelaki buat mcm tu….diri sendiri yg malu dan yg kedua nak bgi privasi utk org yg tgh memilih tu…hehehe :mrgreen:

  6. kak jie.. saiz D plak camne..?? huhuhu~~ (gatai)

    nikillass last blog post..Gives You Hell..!!

  7. Nampaknya sayer kena ukur “keluasan” bini saya ni. Kalau tak camner nak beli yer tak.Silap2 ukur masuk bilik tido muahahaha..eeee lucah!! OK .OK.. tima kasih for info kakjie

    ps: selalu beli kat bini, tp sales girl jadi model ler..tersipu2 sales girl tu hehehe 😀

    haritzs last blog post..Laman Tuan Guru Nik Aziz Dirasmikan

  8. Salam,,saya bukan nk komen artikel di atas..hu3,,tp nk minta tolong kak jie,,,masalah saya,,blog saya masih x display lagi artikel baru…ada kak jie saran saya guna rss reader,,saya dah guna dah,,tp bila orang ada orang add blog saya,blog saya akan display last update 1 month dulu..apa problem nie…tolong saya….kak jie…hu3 pening saya…

  9. terkedu dan terkebil2 jo membaco eh!

    Den dulu dan kini pun pakai coli gak…tapi yg tak ada cawan tu ha..

    Den pakai baju dalam yg putih dan rato jo… Uiks! Apo ekau bayangkan kat den tu ha! Tak der makanyer der…huhuhu

    psst: den kalau disuruh temankan bini den berdiri kek sebolah, apatah laie disuruhnya den poie beli, mampuh tak mau nyer derrr… hehehhe malu ah!

    erk! nak tengok pun sogan….
    wakakaakkaa..

    maza: lelaki yg penuh ketatatertiban sosial hal2 wanita…..heheheh

  10. saya bercdg nak pakai coli lingerie seksi tisu (betul ker nama tu) kala pergi membeli-belah di pasar malam sambil cari vcd haram, seswai tak Jie? 😳

    Mak Sus last blog post..Entry santai sajalah

  11. menarik..penuh informasi..tak penah tau selama ni…biasanye beli aje tk pikir panjang :-p

Comments are closed.