Pengetahuan Am

Luka Lama Berdarah Kembali

Cuti lagi! Ramai perempuan yang biasa mengalami situasi seperti ini. Bercuti dari puasa di awal Ramadan dan akhir Ramadan. Dan ramai perempuan kalau boleh ingin mengelak situasi seperti ini .

Nak tahu kenapa? Fahamilah sistem dalaman re-produktif wanita kerana emosi wanita banyak tergantung pada kesuburan mereka dan keseimbangan hormon wanita iaitu estrogen dan progesteron. Keseksualan merupakan satu fitrah semula jadi manusia. Ia boleh memberikan kesan terhadap perasaan, tindak tanduk dan cara kita memandang ‘dunia’. Memahami perubahan² ini dapat membantu kita melaluinya dengan lebih mudah.
sistem reproduktif wanita

Kredit gambar : www.conceptfertility.com.my

Putaran haid yang normal (ovulation cycle) adalah 28 hari (kitaran yang 21 hingga 35 hari juga adalah normal di kira dari hari pertama period ) Namun begitu, jumlah hari kedatangan haid dan putarannya berbeza-beza mengikut tahap kesihatan, faktor fizikal dan faktor usia serta emosi seseorang.

Contah : Period pada 1 Ramadan, period seterusnya patut bermula pada hari ke 29 Ramadan. Sebab itulah kebanyakkan perempuan kalau menyambut Ramadan dengan tidak berpuasa  pasti di akhir Ramadan pun bercuti juga dan bilangan hari yang perlu diganti juga lebih berbanding jika period dipertengahan Ramadan.

Haid berasal dari perkataan arab ‘haizh’ yang mempunyai maksud yang luas. Di antaranya kotor, pencemaran, kesakitan dan keuzuran. Di dalam bahasa inggeris ia dikenali sebagai ‘menses’ yang berasal dari perkataan yunani ‘mensis’ untuk bulan. Untuk orang melayu kami lebih senang mengatakan bahwa kita sedang datang bulan atau datang kotor. Menurut orang tua-tua melayu zaman dahulu haid diriwayatkan sebagai tangisan dalam rahim. Darah haid merupakan titisan air mata rahim wanita yang sedang menangis. Sungguh indah perumpamaan orang-orang melayu zaman dahulu. – Rujukan Dr. Hamid Arsyad

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

34 thoughts on “Luka Lama Berdarah Kembali

  1. ooo…baru paham..tapi orang pompuan selalu kaitkan datang bulan dengan perubahan emosi juga.cepat marah,melenting..kenapa ek?? ❓

    1. @ed, Bukan org perempuanlah yg kaitkan.. Tp dah memang akan rsa mcm tu kan msa prubahan hormon tu… He3,,check dlm bku bio.
      .-= Fareez´s last blog ..Test live blogging..ha3 =-.

  2. 🙄 kurang faham..apa pun selamat hari raya maaf zahir dan batin
    .-= kita´s last blog ..Ho Ho Ho Balik Kampung Raya =-.

  3. salam kak jie.. dah lama x singgah sini.. huhu, harap kak jie sabar semasa luka tue, jangan emo2 and jangan lupa ganti, HAHA!!

    anyway selamat hari raya..
    .-= samanosuke_04´s last blog ..A Dwelling Revolution ~~ =-.

  4. laa hai… igtkn luka apa la td.. sian ye kakjie, moga tahun depan xluka d 10 terakhir ramadhan.. zikir2 dalam ati da la yea kakjie..
    .-= JHafiz´s last blog ..Pengalaman Berjumpa Lailatul Qadar =-.

  5. Baru kelmarin member buat lawak. Perempuan ini macam bayi. Pakai lampin sampai tua(menopause). Lelaki ini macam bayi. Menyusu(tak kira ada susu ka dak) sampai tu
    😈 🙄 😛 😀 🙂

Comments are closed.