Kesilapan Doa Iftitah
Pengetahuan Am

Kesilapan Doa Iftitah

Dah lama nak update entri ini sejak diingatkan berkali² oleh ustazah. Peringatan untuk diri sendiri terutamanya untuk anak² saya yang membaca blog ini secara diam². ( Along di Kajang dan Angah di Merbok – mama boleh membebel jarak jauh! )

Huruf Ro itu hidup, ada barisnya dan kena baca kecualilah jika berhenti.


Jangan tersilap menyebut ‘muslimin’ di tempat yang sepatutnya ‘musyrikin’, kerana maksudnya akan  menjadidan  bukan aku dari golongan orang-orang muslimin.”

 

Juga perkataan ‘musyrikin’ di tempat yang sepatutnya ‘muslimin’, kerana ianya akan bermaksud, Dan aku dari golongan orang-orang musyrikin.” ( menyekutukan Allah Swt )

Wallahu’alam bishawab.

 

 

Scan dari Buku Mari Belajar Sembahyang oleh Syed Ahmad Semait
– cetakan tahun 1987

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

21 thoughts on “Kesilapan Doa Iftitah

  1. Assalamualaikum,

    Kita kena berlapang dada terhadap khilaf dalam hal2 seperti ini selagi mana ia tidak melibatkan aqidah. Ulama’ ahli sunnah wal jamaah tidak khilaf terhadap hal2 aqidah. Dalam hal ini, alangkah eloknya kita sambut pandangan terhadap bacaan ‘wa ana awwalul muslimin’ dengan tenang. Ada banyak jenis bacaan doa Istiftah yg mana atas kekurangan dan kelemahan, saya sendiri tak mampu menghafal kesemuanya. Saya hormati admin web ini (kami tak pernah jumpa), tetapi saya pohon pemberi komen supaya lebih matang dlm menilai khilaf.

    Apa2 pun, saya tau ini posting lama, tapi atas rasa ingin berkongsi, saya sertakan bersama link Youtube yang kebetulan saya terjumpa.

    https://www.youtube.com/watch?v=eKLsOs7kWso

    Assalamualaikum.

  2. Berdoa dan membaca al Quran adalah dua perkara berbeza. Doa bermaksud kita memohon sesuatu yang baik daripada Allah s.w.t. Dalam kes doa iftitah, doa yang kita baca adalah dalam bahasa Arab. Kita bukan membaca surah di dalam sembahyang.

    Dalam kes doa iftitah, doa yang kita baca adalah seperti ayat Al Quran Surah Al An’aam ayat 163 – La syarikalahu wabiza lika umirtu wa ana awwalul muslimin.

    Dalam ayat ni, kata awwalul muslimin diganti dengan minal muslimin .

    Tolong fahamkan kita bukan membaca surah tetapi kita membaca doa. wa ana awwalul muslimin bermaksud dan akulah yang pertama berserah diri kepada Allah itu selayaknya hanya diucapkan oleh Nabi kita.

    doa iftitah bukan semestinya ayat2 ini saja. Kita boleh baca berbagai jenis doa, menambah doa yang sedia ada pun boleh .
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Perpustakaan Kanak-kanak di Perpustakaan Negara MalaysiaMy Profile

  3. Peringatan, terdapat kesalahan dihujung doa iftitah. Lihat balik dalam kitab Al’ Quran, Surah 6, Ayat 163. Jika diperhatikan betul-betul “waana awwalul muslimin”. Sudah berpuluh tahun kita amalkan dalam solat, sedangkan kita telah menukar ayat Allah. Sahkah solat kita? Fikirkanlah siapa yg menukar ayat ini sehingga ‘kini kita masih praktikannya. Kalau kita baca terjemahan Al Qur’an, segolongan ahli kitab(bijak pandai) telah menukar ayat2 Allah dengan harga yang sedikit untuk mengkafirkan kita. Renung-renungkanlah wahai orang muslimin, adakah kita telah diperbodohkan! Sesungguhnya kitab Al-Qur’an adalah pelajaran bagi orang yg b’akal.

Comments are closed.