Kenapa Fish & Chips Sedangkan Isinya Fun Fries?
Pengetahuan Am

Kenapa Fish & Chips Sedangkan Isinya Fun Fries?

Awal pagi tadi saya dan Angah ke Cawangan Trafik di Kuala Kubu Bharu untuk selesaikan kes saman Angah. Biasanya kami anak beranak memang bersembang berbagai topik dan isu.

Pok pek pok pek sana , pok pek pok pek sini , sampailah satu bab mengenai Fish & Chips.

fish and chips

Angah tanya saya tahu tak kenapa dipanggil Fish & Chips sedangkan dish tersebut mempunyai kepingan ikan yang digoreng  ( fish ) dan jejari kentang (fun fries)?  Mana datang chipsnya?

Mama tatau………. saya tengok menu Fish & Chips tapi tak pernah terfikir nak selidik kenapa dan mengapa.  Otak mama 2GB saja, dah penuh isi segala macam sejak 45 tahun lepas.  Awak tu saiz 8GB , baru guna, belum penuh.  Boleh guna alasan macam ni?

Dia bagitau, Fish & Chips adalah makanan popular di United Kingdom. Perbezaan perkataan Chips hanya dari segi bahasa. Di United Kingdom dipanggil chips dan di Amerika Syarikat dipanggil fun fries untuk benda yang sama.

Sebaliknya Chips bagi Amerika merujuk kepada Crips di United Kingdom.

fun fries Fun Fries ( AS ) = Chips ( UK )

crips
Chips ( AS ) = Crips ( UK )

Faham ye mak -mak…. jangan bagi alasan memori dah full.  Sama saja seperti kes cookies dan biscuits  atau 2nd floor sistem British dengan 2nd floor sistem Amerika.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

29 thoughts on “Kenapa Fish & Chips Sedangkan Isinya Fun Fries?

  1. Ooowh! Saya pun baru tahu perkara ni. Tak terfikir pun kenapa dan apasal hidangan ini di namakan Fish and Chips. Sekarang sudah faham. Ibu-ibu pls take note. Ilmu pengetahuan am nih….. 🙂

Comments are closed.