Pengetahuan Am

Kenal Bell Palsy?

Hujung minggu lepas saya balik kampung. Macam biasalah kalau dah berkumpul saudara mara ipar duai banyak topikΒ  sensasi yang disembangkan dari kes MJ, Selesema Babi atau tema baju raya keluarga masing-masing untuk tahun ini.

Tiba-tiba sampai kepada satu topik baru bagi saya – Bell Palsy bila kakak ipar bercerita tentang anaknya yang pernah mengalami, biras saya bercerita tentang kawan sepejabatnya yang sedang menderitai penyakit ini.

- Google Image


Bell Palsy adalah Lumpuh Otot Muka.
Bell Palsy bukanlah sejenis penyakit stroke tetapi kelumpuhan pada sebelah wajah. Seperti contoh kelumpuhan mata yang tidak boleh mengenyit, pipi yang tidak boleh bergerak, hidung, telinga mulut, muka yang herot dan lain-lain lagi yang melibatkan wajah. Bell Palsy hanya menyerang syaraf wajah tetapi fungsi tubuh lain berjalan normal dan kebanyakkannya berpunca daripada jangkitan virus seperti herpes atau influenza.

Saraf pada muka membolehkan seseorang itu tersenyum, masam dan melahirkan ekspresi wajah. Namun, gangguan pada saraf muka menyebabkan saraf muka lumpuh. Perkara paling serius apabila berlakunya Bell Palsy adalah penjagaan mata kerana ia tidak boleh ditutup sekali gus memudahkan kornea tercedera. Bell Palsy bukan satu penyakit sebaliknya gangguan yang disebabkan oleh banyak penyakit.

Bagaimanapun, Bell Palsy adalah masalah sementara kerana ia boleh dirawat. Namun, masalah itu masih boleh berulang.

Perlu dapatkan rawatan dengan segera dan ikuti beberapa siri terapi dan hindari dari wajah terkena hembusan angin secara terus ke wajah. Antara penyebab lain adalah terlalu lama berada di dalam ruang berhawa dingin atau pun mendapat semburan penghawa dingin atau kipas yang secara langsung tepat ke wajah

Cegahlah penyakit ini dengan menggunakan helmet penutup wajah untuk mencegah angin mengenai wajah jika menaiki motor dan jika tidur menggunakan kipas angin, jangan biarkan kipas angin menerpa wajah secara langsung. Jika kipas angin terpasang di siling, jangan tidur tepat di bawahnya.

Selepas bersenam dan berpeluh, JANGAN mandi atau mencuci wajah dengan air yang sejuk. Sekiranya mendaki gunung, gunakan penutup wajah / masker dan pelindung mata kerana suhu rendah, angin kencang, dan tekanan atmosfera yang rendah berpotensi tinggi menyebabkan Bell Palsy.

48 thoughts on “Kenal Bell Palsy?

  1. Assalamualaikum wbt..sy mila,actually sy pn mengalami masalah penyakit ni tapi sejak lahir lagi..dr kecil lg dh lali dgn ejekan kwn2 tp lama kelamaan sy blh terima semua..sy dpt kenalpasti penyakit ni pn melalui siaran Wanita Hari Ini..persoalannya adekah sy berpeluang utk pulih..pd kwn2 diruangan ini bagaimana caranya utk membantu masalah sy ini.. ~Thank you~

  2. As Salam, sy wani berusia 33 thn..pun terkena bell palsy..masa mula2 kena tu terkejut teramat sangat sebab tak tahu puncanya..hanya pikir stroke ker??? gi jumpa Dr terus minta jumpa pakar..rupa2nya bell palsy..buat fisio sekarang ni dah okay sikit ler sebab DR pun kata benda ni nak pulih memakan masa ada yang seminggu..2 minggu..sebulan malahan 6 bulan pun ada..yang penting kita kena kuat..masa mula2 kena tu emosi down sangat..tapi bila tengok wajah anak2 & suami serta keluarga kena kuat..muhasabah diri..sebab setiap dugaan yang Allah SWT berikan itu tandanya DIA sayang kat kita dan nak menguji sejauh mana ketabahan hati umatnya…

    simptom2 yang kita alami kebas/ sakit tengkuk..bila wat scan urat tengkuk tegang/sempit..stress pun salah satu sebabnya gak..

  3. [smbgan..]
    disebabkan maklumat pd saraf mata tak sampai pd otak. treatment utk penyakit ni adlh pengambilan steriod & fisioterapi. pd kawan2 yang mengalami penyakit ni atau ahli keluarga terdekat, walau ape pun penyakit kita, kuatkan hati & semangat. bykan berdoa pd Allah s.w.t agar disembuhkan penyakit ni. insyaAllah setiap penyakit tu ade penawarnye. πŸ˜‰

  4. salam. sy naz baru 21 thn. sy nk kongsi info psal bell palsy ni.sy sedang mengalami penyakit ni. asalnye bermula bila sy mengalami sakit telinga. doc bg ubat titis dan buat suction. dan alhamdulillah telinga saya ok. selang 2 hari selepas treatment 2 sy mule rase susah nak senyum.jd tak balance antara kiri & kanan. sy refer balik pd doc & after dignose, sy disahkan menghidapi penyakit ni. mmg tkejut gak sbb pyakit ni kebanyakan nye jadi pd org dewasa terutamanya lelaki. dier tak sakit lansung cume sy susah nak senyum, nak rasa makanan sebab sebelah lidah saya kebas, kalau minum, bibir tak bleh nak grip cawan dengan baik. lagi kelopak mate tak tertutup sepenuhnya disebabkan kegagalan maklumat saraf pada mata tak sampai pada otak. bell palsy ni boleh disembuhkan ngan pengambilan steroid & fisioterapi. pada kawan2 yang kene pnyakit ni, walau ape pun sakit kita, kita mesti kuat semangat. bykan berdoa pada Allah s.w.t minta disembuhkan. krn setiap penyakit tu ade penawarnye. insyaAllah ade hikmah disebalik kejadian-Nya. πŸ˜‰

  5. sebelum ni saya hanya dengar org cerita penyakit ni tapi x penah tahu nama sebenar penyakit ni.
    baru semalam anak saya yang berusia 2 tahun 10 bulan di sahkan oleh dok kena penyakit ni, x terucap dengan kata2 lagi, air mata je yang dapat mengalir……. ya Allah pulih kan la anak ku dia masih kecil n x tau ape2, biarla aku yang rasa semua 2………. dok kata agak mencabar untuk memulih kan nya kerana dia kanak2 dan susah untuk dia faham ape yang kita arahkan……
    tabahkan lah hati hamba mu ini. amin…….

    1. Salam Rin…

      Simpati saya untuk Rin…moga Rin lebih tabah dan kuat semangat untuk hadapi ujian ini..jangan putus asa dan berusaha. Mohon doa dari Allah kerana dialah Maha Mengetahui dan Maha Pengasih.

      Jangan putus asa, anak Rin memerlukan ibubapa yang kuat untuk membantu dia melalui proses penyembuhan. Doktor membuat jangkaan tetapi semua tu adalah ketentuan Allah…berusaha selagi termampu.

    2. sis rin..anak sy dah kener BP dah seminggu dan masih begitu tiada perubahan..umurnya br 2thn..xde ubat yg doktor bg..cuma eye drop..sukar sy nak urut sbb dia dah pandai nangis n refuse bila buat pelik2 kat dia..klu anak sis dah sembuh, apa yg sis rin buat kat dia sbgi altenatif

  6. tgh kena la ni…mula2 sedih gila ingat stroke…mcm2 terbayang…dh jmpa DR baru tau…tolong doakan cepat baik yer…TK atas info ni……

  7. baru dgr cerita pesakit nie last 2 months.

    dia amik produk dr german namanya fitline. skang nie wajah kembali normal. badan pun fit. se fit harga barangnya. hueheuheuehue…

    but.. produk tu sgt bagus utk org yg kena penyakit nie.

    (er… org yg amik produk nie kalau tgk muka tak sangka umurnya 50++. muda you… πŸ™‚ )
    .-= Zana´s last blog ..Sejarah Berulang =-.

    1. @Zana, mcm salegirl je zana nie…hehehehe
      anak saudara kak jie buat terapi kt hospital swasta kt Klang, dlm 2-3 bulan dah baik…kos perubatan hampir rm 1 K tapi yg paling tak best insuran tak cover. 😐

      1. @Jie,

        uish… sabar je la. rasa zana kalau amik yg insurans utk wanita pun rasanya tak cover. masaelah nie kerap gak melanda kat org sekarang nie. byk pikir! πŸ˜€

        terapi tuh lebih kurang rega mknn tu gak ka jie. πŸ™‚ asal sihat, alhamdulillah…
        .-= Zana´s last blog ..Bengang! =-.

  8. oo nama penyakit tu encik bell… teringat masa sekolah, ada cikgu sorang kena penyakit ni. kesian dia. ada budak2 nakal gelak kat dia bila tengok dia bercakap πŸ™ .
    rasa nak luku ja kalau tengok perangai cenggitu πŸ‘Ώ huhu cam berani
    .-= iza´s last blog ..Cerita Saya dan Putu… =-.

    1. @iza, dia dpt nama dr Scottish anatomist Charles Bell. Ramai yg tatau , Kak Jie pun..tapi kalau kita tgok muka org mcm tu, mmg kurang ajar lah kita dok gelak2 pada ciptaan Allah….bukan diminta jadi mcm tu , kan..nak2 bila kita tau itu sejenis penyakit

  9. menakutkan macam ni punya penyakit pun ada ke… πŸ˜•
    .-= shay´s last blog ..SIAP JUGA… =-.

      1. @Jie, tapi kak kujie masa shay baca tajuk dia je kan, shay ingat tu nama orang… :mrgreen:
        Tak tau la pulak tu sebenarnya sejens penyakit… πŸ˜†
        .-= shay´s last blog ..Di HARI ahad =-.

  10. Kena penghawa dingin pun akan dapat bell palsy? War…bahayanya! =( Macam ni kena jual hawa dingin dan jangan guna kipas angin lar! ha πŸ˜›

    1. @tekkaus, kalau hembusan dia direct tepat ke muka..kalau boleh biar dia swing

      kalau tak mau…bagi le kat kak jie…tgh panas membahang ni πŸ˜€

  11. Salam kak jie…
    Su ada senior nasa belajar dulu yg hadapi masalah ni. Tak perasanpun yg dia tak boleh kelipkan mata sehingga diperhati betul-betul.

    Tapi masa kali terakhir jumpa, su perasan yg dia susah nak senyum. Tak macam zaman kami belajar dulu. Ingatkan dia dah berubah kelakuan, rupanya sbb dia ada masalah ni… Entah bagaimana dia skrg… lost contact. Moga Allah sembuhkan sakitnya….
    .-= suara´s last blog ..Rajuk selipar…? =-.

    1. @suara, anak saudara kak jie pun..masa tu dia tgh bercuti semester, bolehlah pergi terapi…bangun pagi tiba2 muka herot…

      Insyaallah boleh sembuh…penyakit ini sementara

  12. aku takut la dengan entri ni, aduh. tobat. πŸ˜‰
    .-= marzuki´s last blog ..Pengiklanan =-.

    1. @N.H, semoga kita tahu dan beringat2…sbb saya pun baru tahu walaupun ada saudara terdekat yg kena

  13. hmm nasib baik dah beli dan pakai helmet full face to kanzz.. vromm vromm vrooommmmmm….

    hehehehe

    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

    1. @TokNabe, tahu lah juga..saya tak pernah tau
      bila kakak ipar bercerita, biras pun bercerita
      rupanya penyakit ini ramai yg kena πŸ˜•

  14. Ooo…ingat ia penyakit stroke…

    Info yang menarik!!
    .-= Tie´s last blog ..Mari melancong =-.

    1. @Tie, betul Tie… mula2 tu ingat stoke..tapi bila dah jumpa doktor, dia cakap bukan stroke…salah satu punca adalah stress.

Comments are closed.