Isnin 13/10/2014
- 7.45 – 9.45 ( 2 jam ) – Bahasa Melayu
- 11.30 – 1.30 ( 2 jam ) – Mathematics
Selasa 14/10/2014
- 7.45 -9.45( 2 jam ) – Bahasa Ingeris
- 11.30 – 1.30 ( 2 jam ) – Science
Rabu 15/10/2014
7.45 – 9.45 ( 2 jam )
Kemahiran Hidup Bersepadu Teknikal
Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga
Kemahiran Hidup Bersepadu Pertanian
Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan
11.30 – 1.30 ( 2 jam ) – Pendidikan Islam
Khamis 16/10/2014
7.45 – 9.45 ( 2 jam )
Bahasa Arab
Bahasa Cina
BahasaTamil
Bahasa Punjabi
Bahasa Iban
Bahasa Kadazandusun
Jadual untuk Pentaksiran Tingkatan 3 ( PT3) yang akan bermula esok untuk kajian kes bagi mata pelajaran Sejarah dan Geografi.
Saya pun tak tahu nak cerita lebih lengkap, pesan saya kepada Intan… tempuh saja apa yang mendatang. Apa yang saya faham, kaedah peperiksaan ini melibatkan 3 bahagian iaitu Ujian Bertulis, Ujian Lisan dan Kajian Kes.
Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) adalah komponen pentaksiran pusat di peringkat menengah rendah.
Syarat-syarat untuk menduduki PT3 ialah
Murid Sekolah
- Semua murid sekolah kerajaan / sekolah bantuan kerajaan / Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) / sekolah di bawah agensi kerajaan / Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) / Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR), SM Pendidikan Khas, dan sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM atau Sekolah Swasta yang Tidak Berdaftar dengan KPM tetapi mengikuti kurikulum kebangsaan hendaklah melaksanakan PP di peringkat menengah rendah,
dan
- Murid berada di Tingkatan Tiga
Calon Persendirian
- Calon tidak berada dalam sistem persekolahan.
dan
- Calon telah berumur 14 tahun pada 1 Januari tahun pendaftaran.
Mata Pelajaran PT3
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Science
- Mathematics
- Pendidikan Islam
- Kemahiran Hidup Bersepadu
- Sejarah
- Geografi
- Bahasa Cina / Bahasa Tamil / Bahasa Arab / Bahasa Kadazandusun / Bahasa Iban
Semoga anak-anak kita dapat mengharungi semuanya dengan cemerlang. InsyaAllah….
Saya beritahu Intan untuk kongsi apa yang dia tempuh dalam PT3 tahun ini sebagai rujukan calon PT3 tahun 2015, dia cakap…” entah-entah dia orang pun tak guna PT3, dah tukar lain…. PT3 ni pun buat macam tak sungguh sungguh aje….”
Ini pengakuan dan pandangan calon PT3 tahun 2014
Setahu saya, selain dr 3 komponen penilaian yg kak kujie nyatakan di atas, ada penambah 1 lg komponen untuk penilaian PT3 ni. Yakni, sumbangan pelajar dalam aktiviti ko-kurikulum.
Allahualam..
Gementar pulak kali ni….
Tahun ni tak ada anak yg terlibat dgn PT3 yg ada cuma PS4