22 Mac 2011 adalah Hari Air Sedunia 2011 dengan temanya Air Untuk Bandar: Keperluan dan Cabaran.
Janda Baik, Jun 2009
Air adalah antara khazanah alam yang tidak ternilai harganya. Air menjadi unsur penting yang diperlukan oleh manusia dan seluruh kehidupan ciptaan Allah SWT.
Secara umumnya, sumber air di negara kita diperoleh dari air hujan. Hanya 10 peratus sahaja air yang diambil dari sumber air bawah tanah.
Negara kita dianggarkan mengalami purata hujan tahunan sebanyak 3000 mm dan purata kuantiti hujan tahunan sebanyak 990 bilion meter padu dan dikategorikan sebagai negara yang kaya dengan sumber air bagi memenuhi kehendak dan permintaan untuk aktiviti kehidupan harian.
Walaubagaimanpun, kesan daripada tabiat negatif manusia serta kemajuan sains dan teknologi yang kurang terkawal, telah menyumbang kepada kerosakkan sistem yang membekalkan sumber air mentah.
Marilah sama-sama kita menjaga khazanah alam ini dengan sebaik mungkin. Semoga sambutan tahunan ini dapat memberi impak dalam meningkatkan kesedaran dan pengetahuankita berhubung kepentingan pemeliharaan, pemuliharaan dan perlindungan terhadap sumber air .
Saya ingin berkongsi entri Angah – airmata mama. Dia telah menerangkan tentang bentuk air hasil dari pemerhatian sebuah iklan di tepi jalan.
Air yang menitis itu, betul ke bentuknya seperti teardrop? Bentuk tajam di atas?
Sebenarnya tidak kerana masa air jatuh, ada rintangan angin yang menjadikan bentuk air sedikit penyet. contoh seperti gambar di bawah.
Rupanya bentuk tajam ke atas ( teardrop ) tu hanyalah an optical illusion semata-mata… jadi, berhentilah berilusi
©kujie – hujan mencurah² seawal pagi tadi meraikan hari air!
a’ah… kalau layan mata ni memang bestkan akak…. 😆
emm..memang. Tanpa air, manusia susah nak hidup kat bumi ni..
hehhe kak jie 😛
xleh byg kemarau mcm kt afrika tu. kt kL ni kalau 5-6 hari tak hujan tu pun dah rasa panas terik yg melampau dah.
sejuk nyq…….tengok pun dah takut;takut sejuk
skgni nak dptkan air yang bersih payah dah…byk pencemaran..air yg ada skgni pun byk klorinnya… 🙁
Bab nasi cepat basi tu memang terbukti…sendiri alami
Bab air telaga tu….berbelas tahun guna air telaga juga…telaga dalammmm……….sejuk sebab kawasan bukit
air dia sedap
trimass akak. . 😉
itu anak Kak Jie yg cakap…kita tak nampak secar mata kasar sebenarnya… logik dari segi fizik 😆
Kita tak pernah alami kemarau xtrem, jadi tak rasa sgt, kempen sekadar kempen, jarang sgt betul2 insaf…bukan orang lain..diri sendiri ni pun 😐
owhhh…tu band! tak basah! 😆
hehehe… kalau cuti sekolah lagi kan best
ini hujan ribut pun kena keluar hantar intan juga 😆
Kita mewah dan tak rasa susah, jadi tak terfikir macam mana perit kalau sumber air terhad.
Kena jadi YB ni – jadilah calon nanti kami vote!
itu word angah – dia mcm2
Air telaga sedap ….. tapi dalam nak timba.
kadang2 terbabas juga..maklum kita biasa buka paip je air menderu2.
sampai ke petang ni shay…. kejap on kejap off
gerimis mengundang je
kalau nak print letak bawah bantal wat modal mimpi mlm nanti pun tak pe…hehe 😆
ambil je… ini perkongsian
akak,, saya nak pinjam entry ni boleh tak ?? saya akan masukkan link ke belog ni sekali cos saya ada join pertandingan mypengguna. . hope akak tak kesah. .
betul sangat la tu kak, dari pagi tad hujan, sampai sekarang…
masa keje tadi rasa malas jerk, dr pun kata dia rasa nak tido jerk…
Hargai air, pelihara kebersihan sumber air. Bayangkan kesusahan orang di Jepun untuk dapatkan bekalan air bersih sekarang ni. Jadi terasa insaf , dan tak nak bazir air dah.
teringat masa kecik-kecik dulu, kat felda takda air paip. so mandi air perigi je.
huhuhu…
maza sedang berusaha dan memujuk org kampung agar memelihara sungai temiggol yg itew.. demi kesejahteraan bersama kaedahnya….
word optical illusion.. hahaha best best best.
Sekarang ini hendak mandi air terjun dan air sungai bimbang kerana penyakit air kencing tikus.
hujan lebat rasa nak tarik selimut semula dan suruh suami pergi kerja sendiri..
tapi itu semua hanyalah khayalan semata – mata 😆 😆 😆
hehe berbeza pula debgan hujan yg ade i blog saya kak jie 😛
air nadi kehidupan. patut hargainya
oo cam tu cerita pasal airmata, tak tau pun sebelum nie. Thks
kak jie… dulu2 susahnya kita mengangkut air dari telaga. airnya pun bersih. bila masak nasi pun lambat basinya. la ni dah banyak klorin, beras cepat serap klorin. sebab tu org dulu2 awet muda & cergas ye.