Honda Insight Edisi 2012 Dilancarkan
Pengetahuan Am

Honda Insight Edisi 2012 Dilancarkan

Honda Malaysia telah melancarkan Honda Insight edisi 2012 yang baru pada 29/2/2012. Model yang dinaiktaraf ini memukau pandangan lebih futuristik dan sporty.

Terasa masih segar pengalaman pandu uji kereta Hibrid ini yang telah saya ikuti bersama beberapa blogger lain Januari lepas. Honda telah membawa blogger mengikuti Test Drive Hybrid Vehicle Awareness Campaign pada 13 & 14 Januari 2012 ke Philea Resort & Spa, Ayer Keroh Melaka

Honda Insight Edisi 2012  menampilkan reka bentuk bumper depan yang dipadankan dengan  refleksi lampu tinted biru dibawahnya.

gambar honda insight depan

Bar dan kedudukan perkataan Insight telah direkabentuk baru menampakkan lebih  kemas dan menyerlah di bahagian bekalang.

Honda juga telah mengambil maklumbalas dan pandangan dari pelanggannya dengan menukar wiper motor garnish yang lebin nipis. Perubahan ini menambahkan ciri keselamatan untuk memberikan pemandu melihat belakang dengan lebih jelas.

wiper motor garnish tu apa … tu bahagian yang terdapat kat cermin kereta bahagian belakang.

 

Sewaktu pandu uji dahulu, ramai blogger yang memberi maklumbalas mengenai masalah bentuk belakang yang agak terhad penglihatannya.

Salah satu perubahan ketara dibahagian depan ialah reka bentuk lampu kabus dan lampu halogen kebiruan. Smart kan?

Penjimatan bahan api sentiasa menjadi keutamaan dalam penciptaan kereta hibrid.  Pengubahsuaian bentuk yang lebih aerodinamik  akan mengurangkan rintangan , yang secara langsung mengakibatkan  penjimatan bahan api yang lebih baik.

Sebagai sebuah kereta bandar , Honda Insight baru ditambah dengan bahan penebat bunyi untuk prestasi yang lebih baik NVH (bunyi, getaran dan kekasaran). Hasilnya adalah perjalanan yang lebih selesa dan menjadikan pemanduan yang menyeronokkan.

Peminat Honda Insight boleh memilih 4 warna pilihan yang menarik iaitu Super Platinum Aqua Metallic, Premium White Pearl, Crystal Black Pearl dan Alabaster Silver Metallic.

warna kereta honda insight

 

Sepanjang tahun 2011, sebanyak 8,394 unit kereta hibrid telah dijual dan Honda Insight telah menjadi yang terbaik apabila menguasai 54.4% bahagian dalam pasaran.

Selain ciri reka bentuk dan kekemasan dalaman, dengan harga RM99,800 ( on the road) yang ditawarkan menjadikan ianya kereta mesra alam yang termurah di pasaran. Keistimewaan yang ditawarkan oleh Honda Malaysia iaitu jaminan bateri selama 5 tahun tentu saja memberi markah bonus kepada pemilik Insight.

Dengar kata, ada blogger popular tu bercadang untuk mendapatkan kereta hibrid ini untuk isteri tercinta… wah! boleh tumpangkan kami balik kampung?

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

18 thoughts on “Honda Insight Edisi 2012 Dilancarkan

  1. Bila lah John Johny nak tukar Honda. .. dari dulu lagi motor honda pun tak beli…

  2. Cantiknya… tapi rasanya Aya nak beli kereta VIOS, murah skit kot… lagipun kat Sabah spare part kereta Toyota lebih banyak.. takpalah, tengok dari jauh jelah Honda insight..
    Jom terjah post menarik dari Aya ..Projek 100 BloggersMy Profile

  3. saya suka kereta ini. tapi dah terlepas beli kereta lain, nak tukar dah tak boleh..:(..jeles dengar boss baru menang kereta prius toyota dari public bank…rezeki orang..

  4. Saya memang sekarang sudah mula menitik berat mengenai “environment preserve” dan mengharapkan harga produk mesra alam ditawarkan pada harga mampu milik. Saya sedar teknologi yang diterapkan didalam produk teknologi besar memerlukan kos R&D yang tinggi.

    Mungkin suatu hari hasrat tersebut tercapai buat masa ini terpaksa menerima hakikat membawa kenderaan yang dikuasakan minyak fosil selagi kesedaran itu ada masih boleh mengurangkan impak kepada alam dengan mengurangkan pelepasan karbon ke udara.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Projek 100 Bloggers oleh BroframestoneMy Profile

Comments are closed.