Heboh-Heboh Raya Di senQ
Pengetahuan Am

Heboh-Heboh Raya Di senQ

Sedang mencari gadget terkini untuk memenuhi keperluan setiap individu bukanlah satu perkara mudah.  Sewaktu suami pulang bercuti dari Algeria baru-baru ini kami juga mengalami dilema yang serupa.  Mencari smartphone mengikut keperluan yang sesuai dengan kehidupan kami.

Terlalu banyak pilihan dan dengan pengetahuan yang hampir tiada, kami masuk satu demi satu kedai dan mendengar berbagai pendapat dan maklumat sehingga menambah kekeliruan untuk membuat pilihan.

Untuk mengatasi masalah kebuntuan tersebut, saya cadangkan berkunjunglah  ke senQ   Digital Station yang terdekat  dan bertanya kepada krew perkhidmatan  mereka.

Antara keistimewaan membeli belah  di senQ , pembeli disajikan dengan berbagai pilihan terkini  serta mempunyai kelengkapan persekitaran yang selesa untuk menguji produk tersebut dengan demo yang lengkap.


Kebanyakkan smartphone terkini dalam pasaran seperti Samsung Galaxy Tab, HTC Sensations, HTC Incredible S, HTC Wildfire S, HTC Desire HD, Samsung Galaxy Ace, Blackberry Bold 9780, Blackberry Torch 9800 dan banyak lagi boleh didapati dengan tawaran harga yang sangat menarik.

Konsep megastore senQ dengan menyediakan kemudahan  internet dan bilik bunyi khas yang memfokuskan kepada produk berlainan kategori dan jenama serta dibantu oleh khidmat pelanggan yang profesional untuk menjawab segala pertanyaan pelanggan.

Bertetapan dengan makna senQ® itu sendiri – “sensing the quality” yang membenarkan pelanggan mengenali pelbagai produk berteknologi tinggi seperti yang diimpikan dengan sentuhan, rasa dan menguji dalam persekitaran yang luas dan selesa.

Sedang meninjau-ninjau kedai harga patut, saya tertarik dengan tawaran harga dari senQ  iaitu antara penjual produk elektrik terbesar di negara ini.

Antara produck-produk elektrik dan electronik yang turut ditawarkan harga promosi  sempena Heboh Heboh Raya   seperti televisyen plasma, televisyen papan cecair kristal (LCD dan LED), digital camera, computer riba, komputer peribadi, smart phone, PC tablet, sistem teater rumah, penghawa dingin, peti sejuk side-by-side, mesin basuh dan pelbagai barangan keperluan isi  rumah dengan skim bayaran yang berpatutan.

senQ juga mengamalkan sistem penghantaran barangan yang cekap bagi memastikan setiap barangan yang ditempah pelanggan dihantar dengan segera ke rumah pelanggan. Kini anda boleh membeli barangan di KL dan menghantar ke tempat lain seperti Taiping dan sebagainya tanpa bayaran ‘extra’

Heboh Heboh Raya di senQ bermula dari 1hb Julai hingga 30hb September 2011 dengan rebat tunai sehingga RM 500 untuk setiap pembelian terpilih melalui skim ansuran mudah AEON. Wow, nampaknya Raya ini memang ‘special’!

Selain itu, senQ juga mempunyai strategi tersendiri untuk menarik kesetiaan pelanggan seperti program PlusOne.

Sebagai ahli PlusOne,pembeli boleh menikmati rebat harga istimewa dan jaminan produk  tambahan.

Dengan ‘1 year extended warranty’ yang ditawarkan kepada ahli PlusOne, saya memperolehi lebih 1 tahun jaminan untuk TV LED saya, walaupun tempoh 1 tahun jaminan kilang/jenama (from supplier) telah tamat. TV saya tetap dibaiki dengan percuma.

Antara cawangan di Selangor terdapat di The Mines , IOI Mall, Klang Parade , SACC Mall dan Tesco Setia Alam. Anda boleh juga mengunjungi lokasi terdekat di Kuala Lumpur seperti di Sri Hartamas, Leisure Mall, Jusco AU2 dan The Mall.

Dua hari lepas, sedang leka melayan movie di ruang tamu, tiba-tiba terbau hangit dan asap keluar dari kipas siling. Terkejut kami anak beranak.

Mungkin sudah sampai tempoh jangka hayat dan ditambah pula dengan penggunaan yang maksimum sejak akhir-akhir ini. Apa tidaknya, mengikut lapor Jabatan Meteorologi Malaysia , negara kita sekarang sedang mengalami musim monsun barat daya yang lebih kering dan panas.

Nampaknya kenalah beli kipas angin siling yang baru tak lama lagi. Tak sanggup membahang dalam keadaan cuaca seperti sekarang.

Saya juga sedang merancang memasang penghawa dingin untuk bilik Angah, Tertunda sejak kepulangan suami bercuti baru-baru ini. Inilah masa yang tepat untuk berkunjung ke senQ sempena promosi Heboh Heboh Raya!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

42 thoughts on “Heboh-Heboh Raya Di senQ

  1. detail, saya pun suka shopping kt senq. yg bestnya kalau ada barang rosak senang hanya hantar ke senq shj, tk payah pegi service centre produk tersebut.

  2. Salam

    Kadang² kita intai dri luar sebab ada rasa prasangka di dalam….untuk hilangkan keraguan, tak salah masuk dan mengenali

  3. kelebihan dia boleh beli kat tempat lain, dia hantar kt rumah…kadang2 kita berjalan, pergi holiday….ternampak sesuatu yg kita berkenan tapi bila beli , susah nak bawa balik….

    boleh beli kt KL, dia hantar kt bandar lain

  4. Salam kak jie,

    Saya banyak kali dah tengok senQ ni,tapi tak pernah masuk.Baru tahu onfo tentangnya selepas baca entry ni.Lepas ni bolehlah cuba jenguk-jenguk ke sana.

  5. my wife member senQ dan majoriti alat letrik beli kat senQ (macam entri iklan je heee) kalau betul syukur masyukkk.

  6. Assalamualaikum,
    Tengah rancang nak beli microwave untuk kegunaan efektif bulan Ramadhan nanti. Kita tengok siapa yang kenaaaaaaaa!

  7. sya dah lama jd ahli Sen-Q Plus 1…selalu jgk beli brg2 letrik & dah byk dpt point terkumpul..yg penting di Sen-Q byk pilihan + harga yg kompetitif…

    1. Bro Nazri,

      So maknanya kalau beli brg kat SenQ,kita xpyh bayar interest la ek?
      Utk apply kad tu,bpe RM yuran dia?

  8. sekali je masuk senQ ni masa nak beli tv.last2 beli kat kedai apek sebelah sungai segamat je.nama kedai tu pun aku lupa.haha… 😆

  9. ye la kak. Jenama yang familiar dan outlet ni byk kat shopping mall. Tak penah lagi beli barang dari sana.

    Promo raya awal lagi….

  10. Takde duit/sen nak ke SenQ. 😀
    yang penting masyuk kan kak jie.

  11. kak, kalau raya rasanya shopping di sana la jawabnya if barang-barang murah.. 🙂
    lagipun pilihan di tangan kita

  12. belum lagi masuk bulan puasa, suasana raya tu dah mula terasa bila kempen2 raya mcm ni dah stat… ‘kot memot’ tu lg awal buat raya megadeal dorg… hu3!

  13. syarikat jual barabg cam senq senheng dah nak jadi cam walmart n bestbuy kt US. semua ada, not just barang letrik

Comments are closed.