Hari ini saya dah pos beberapa keping kad raya. Walaupun tak banyak, masih kekalkan juga tradisi ini. Saya mahu anak-anak tahu dan merasai pengalaman menghantar atau menerima kad raya.
Rasa sangat rare sebab beli setem untuk pos kad raya. Benda kirim mengirim kad raya ni, orang dah tak buat. Perkara hampir lupus. Saya masih kirim kad raya walaupun tak semeriah zaman dulu sebagai salah satu cara untuk dicontohi oleh anak-anak. Supaya mereka masih ingat kenangan dan pengalaman seperti ini.
Zaman saya remaja dulu setem kad raya berharga 20 sen atau 30 sen. Hari ini di tahun 2014, harga setem untuk pos kad raya ialah 50 sen. Hantar 10 keping, harga setem dah RM 5.
Awal pagi saya dah berdiri depan pintu pejabat pos. Maklumlah dah jarang sangat ke pejabat pos, tak ingat waktu pejabat pos di buka. Sepanjang bulan Ramadan, pejabat pos dibuka dari :
- Isnin – Jumaat : 8.30 pagi hingga 6.30 ptg
- Sabtu: 8:30 pagi hingga 5:00 ptg
( kecuali Sabtu pertama setiap bulan atau Cuti Umum )
Dah lama tak beli setem. Bagus juga tau ni. 😀
Selamat Hari Raya, Kak. 😉
Selamat hariraya maaf zahir batin..
50 sen?
dah takde dah nampaknya setem 10 sen nampaknya..
masa kecik2 dlu mmg berlumba dengan adik, sape dapat kad raya paling byk..rindunya zaman kad raya!!
Teringat masa kecik2 dulu selalu dapat kad raya 🙂
huhu.xsangka kak kujie masih kekalkan hntr kad raya mcm ni..
Sudah lama sekali sudah tidak pernah berkirim memakai pos.
Seingat saya pos dulu 20 sen je… Naik dah harga setem. Nasib baik tak tepek setem 20 sen yang masih ada ni hehehe..
dah lama juga saya tak pos kad raya. a bit traditional kan. sebab adanya teknologi saya tak pilih dah traditional ni. tp kalau dapat kad raya tu best jugak rasanya.
Saya dah mula pos kad Raya. Baru sempat hantar 3 keping jer dulu. Terkenang zaman sekolah. Rajin kirim kad raya.
setem raya da kuar.. duit raya biler lagi…=)
Kad raya untuk saya ada tak kak jie?
dah lama tak dapat kad raya…dulu masa kecik2 ada jugak hantar kat artis,,hehehe (tapi tak pernah dibalas pon)
Benda rare agaknya…tu yg berbeza-beza..hih
yeay yeay dapat kad raya…yeay yeya
harga setem sekarang berbeza.. tak silap saya, untuk surat yang bergam dengan tidak bergam pun berbeza harga setem.. paling tidak boleh terima secara logik, kos setem untuk alamat yang ditulis dengan tangan dan dengan alamat yang ditaip guna komputer kemudian ditampal pun berbeza..
sekarang dah tak popular kad raya…paling tidakpun hantar sms sahaja untuk kawan-kawan
Aah memang lama dah tak pos kad raya…maklumla dunia serba canggih sekarang ni…tapi lagi best dulu-dulu bila terima kad raya…sekarang dah tak de feel dah bila hantar by whatsup or fb…
wow…wow..wow…..dah lama dah tak dapat kad raya.
lame dah tak hantar kad raye… rasa rindu pulak time dulu2…
Harga setem pun sudah naik.
SALAM RAMADHAN AL MUBARAK buat kak jie, intan dan family…sorry lama sgt sha menyepi dari geng2 blogger…. erm kad raya utk sha ada tak ? heheheheh
Lamo xdapat kad raya, lepas2 dah kahwin xde nk kirim kad raya lagi hehe.
last guna setem dulu..masa tulis surat cinta kat universiti dulu-dulu. haha..
50 sen ni untuk semua saiz dan berat kad raya? Ker ada ukuran piawai? Nak pos kad raya jugak lah. 😀
Minggu pertama dah dapat kad selamat hari raya dari CEO Karangkraf
Tempat saya dikenakan RM0.60. Dulu RM0.20 je, sekarang pun dah lain.
60 sen… kenapa berbeza?