Salah satu keperluan untuk mendaftar masuk ke universiti adalah membuat pemeriksaan kesihatan. Kita biasa sebut medical check up saja. Kalau pergi ke klinik, dia tulis Pre-University Medical Check-up tu dah boleh buat disitu.
Medical check up ini bergantung kepada keperluan universiti. Secara asasnya pemeriksaan fizikal seperti tinggi, berat, tekanan darah, pemeriksaan mata, x-ray dada, pemeriksaan air kencing mengesan dadah dan ada kes memerlukan pemeriksaan HIV dan Hepatitis B.
Di klinik kerajaan tempat saya, nak buat medical check up kena booking, tak dibuat setiap masa. Cuma ada pemeriksaan fizikal tanpa urine test. Harga medical check up di klinik kerajaan ( tanpa urine test ) RM 20.00. Dia suruh buat urine test di klinik lain ( swasta ).
Saya pergi ke klinik swasta, BP Diagnostic , harga untuk buat urine test sahaha , RM 50.00 kalau nak buat medical check up ( fizikal dan x-ray ) RM 80.00. Lebih RM 10.00 kalau saya buat di klinik kerajaan, perlu buat pendaftaran di dua tempat.
Malas nak ke sana sini, Angah buat medical check up di BP Diagnostic Centre depan Balai Polis Rawang tu.
Tahun 2010 sewaktu nak masuk MRSM dia dah buat x-ray. Bila sibuk-sibuk dengan medical check up macam ni , teringat kisah rindu belahan dadamu dulu.
Nota : situasi sama saja, nak masuk Form 4 ke nak masuk U, kalau mak tak ketuk berkali-kali, tak bergerak.
Kalau g swasta dapat buat Medical Checkup dengan cepat.
Jom terjah post menarik dari Norhayati Suaib ..Pemeriksaan Kesihatan Ibu Hamil Di Klinik Kerajaan
tak juga
saya ada pengalaman klinik kerajaan dan klinik swasta
cepat atau lambat bergantung kepada org di depan kita tu sakit apa
kalau org depan kita tu suntik vaksin aje..mana2 klinik pun cepat
kalau org depan kita tu nak cuci luka ke, mana2 klinik pun lambat
kalau gi klinik swasta pun kita bukan boleh potong Q, kalau depan kita 5 org…5 orglah kita kena tunggu. Klinik kerajaan pun sama.
kat klinik swasta kemaman RM100 …. mahal…. 🙁
Jom terjah post menarik dari syamila ..Jana Pendapatan Dengan Agent Dropship Mamapayish
Check up kesehatan sangat bagus tuk dilakukan nie, saya harus mencontoh Kak Jie. Soalnya cukup jarang saya lakukan…
Nice share
Jom terjah post menarik dari Rina ..PHP Script To Detect And Display Visitor’s Country Using His IP Address Location Lookup
tak ingat dulu masuk keje berapa hengget..hoho
Kira murah juga tu. Tempat saya kalau totalkan semua sekitar RM120
Jom terjah post menarik dari Bidadari.my ..Perasaan Takut Adalah Punca Kepada Perasaan Marah
Kalau nak masuk kerja dalam kerajaan pun kena wat medical checkup jugak. Dalam hidup ni entah brp kali buat x-ray daaaaa. Tak bahaya ke hah?
Ha. Ada yang berkira RM10. Tak berduit katanya. Tapi tengok kepada masa dan keperluan. Ada banyak masa boleh beratur panjang di hospital kerajaan.
Jom terjah post menarik dari Adam Roslan ..(VIDEO) Super Spontan 2013 pertaruh Ketam Konfius dan Semut Sentap
aduh dah lama tak adakan medical check up beruntunglah baca artikel ini jadi ingat
Jom terjah post menarik dari munir ardi ..Blog Marketing Untuk Perusahaan
Taklah banyak sangat bezanya…RM10 saja!
Jom terjah post menarik dari Mohd Shubhi ..Usahawan yang merdeka
beza rm10.00 , tapi servis jauh lebih baik…
Jom terjah post menarik dari papa mifz ..Jejaka Banting Sudah Nikah…??
beza cum rm10 … baik pergi swasta tk perlu tunggu lama2 ..
Jom terjah post menarik dari puanbee ..Amalan memakan kurma ketika mengandung dan untuk kanak-kanak.
dah lama dah tak buat Medical Check up. last sekali masa apply untuk kendali mesin x-ray
Jom terjah post menarik dari Ladfe Amir ..Simpan Gambar Kekasih Lama
kalau keluarga nak buat medical check up, memang fikir cepat je..terus ke swasta.. tak fikir gi kerajaan.. lambat..
Jom terjah post menarik dari Norfanil ..Mykad Smart Shopper Diskaun Semasa Shopping
bolehlah tu kak jie, ada tempat lagi mahal dalam seratus lebih ada..
Jom terjah post menarik dari hafiz ..Mini Giveaway Blogger Kacak HafizRahim
hah…entri ni bkn fokus tang mahal murah tu…nak korang nampak beza klinik kerajaan dgn klinik swasta cuma rm 10
itu yg nak disampaikan…sebab kekadang kita nak pi klinik swasta , kita tertanya-tanya, mahal ke murah.
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Harga Medical Check Up Masuk U Di Klinik Swasta
anak saudara saya akan masuk ke UAI 1/9/2013 ni .. alhamdulillah semuga Allah jadikan anak-anak yang berjaya masuk U ini berjaya bukan yg asyik dibuai dunia percintaan dan akhirnya gagal separuh jalan seperti sebahagian kecil mahasiswa Melayu.
Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Percutian Beijing penuh dengan penipuan
biasalah kena ketuk tu..
Jom terjah post menarik dari encik bakul ..3 Cara Nak Tebus Point Dalam MyKad Smart Shopper
biasalah kak..remaja..kalau x diketuk,x jalan la dia..hehe
Jom terjah post menarik dari Fakarepain ..FAKTA YANG ANDA SEMUA TIDAK PERNAH PEDULI
saya tak ingat berapa buat benda ni x-ray semua masa nak masuk matrik dulu. dia nak x-ray je lepas tu checkup klinik uia buatkan..
Jom terjah post menarik dari Izwan ..Syoknya Blogging Dengan Internet Celcom First Prime!
memang itulah harga kos sebenarnya, dekat hospital kerajaan sebab harga dia murah sebab ada subsidi kerajaan.
Jom terjah post menarik dari blogger lelaki ..CEO Lelaki Terkaya Di Dunia 2013
SA ada medical check up tahunan bagi yg umur 35 tahun dan 40 thn…sib baik company tanggung
Jom terjah post menarik dari suriaamanda ..Chic On The Go-Sophie Paris Newest Collection
Belanja pemeriksaan kesihatan boleh tahan harga kosnya. Macam saya adalah pekerja Sinaran memerlukan pemeriksaan berkala dan kos ditanggung oleh syarikat. Kalau tidak parah juga hendak keluar dari wang dari poket sendiri.
Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Wordless Wednesday – Teh Tarik 3 Layer
Kadang terfikir,orang yang ada kemampuan jenuh juga nak cari duit tu.Nak tak nak kena buat juga.
* Anak2 bila ada mak,memang liat sikit nak buat hehehe…sebab Mak adalah pembangkit semangat 🙂
Jom terjah post menarik dari azman ..Kisah Raya – Berakhir Ramadan
teringat masa anak saya nak masuk army, kena buat medical checkup di hospital kerajaan kena bayar RM 15, begitu juga nak masuk U kena bayar RM 20 jer….
Untuk masuk army sepatutnya RM 30 tetapi pihak ATM bayarkan separuh jer RM 15…
Jom terjah post menarik dari sukma ..Terbang Lagi Ke Perth, Australia
Saya pula nak suruh suami buat medical check up. Puas bebel, kita perempuan selalu rajin juga pegi check up. Memang secara fizikal nampak ok. Tapi, dalaman kita tak tau. Saya prefer swasta juga.