Pengetahuan Am

Hamil di usia tua

Isnin sudah?  Cepatnya Ahad berlalu….  Sebelum tidur malam tadi dapat email dari nurrainaafsana.blogspot.com

Assalamualaikum wbh Jie…

Semoga diberkati ALLAH selalu.

Opah saja nak kacau Jie ni, nak tahu Jie dah sihat ke belum? Dah beli pregnancy kit dah? Jangan isy isy Jie, ada perempuan umur 70 bersalin kat India. Hah… tak caya, Google aje… huhu. Opah doakan agar Jie cepat sembuh dan sihat. Mwah.

hahahaha…Opah ni buat lawak antarabangsalah pula!  Terus mimpi ngeri….  Pagi² saya ajak Pakcik Google temankan cari info, ingat nak pecahkan rekod tapi bila kenangkan saya perlu tunggu 30 taHun lagi untuk lepasi umur tersebuT saya offer orang lainlah.   Apa kata Opah yang atasi rekod ini.

Mesti ramai yang setuju, kan……!

Omkari Panwar - ibu tertua di dunia ketika ini
Omkari Panwar - ibu tertua di dunia ketika ini


Seorang wanita dari Uttar Pradesh bernama Omkari Panwar menjadi ibu tertua di dunia ketika ini bila melahirkan bayi kembar pada usianya yang ke 70 tahun setelah melakukan IVF.

World's oldest mother gives birth to twins at 70
World's oldest mother gives birth to twins at 70

Pasangan ini melakukan IVF dengan tujuan ingin mendapatkan anak lelaki  sebagai warisnya setelah mempunyai dua anak perempuan kira kira 40 tahun lalu, dan juga 5 orang cucu, Mereka hampir melarat setelah melelong tanahnya, menjual kesemua kerbaunya dan juga pinjaman hampir 4400 Pound sterling untuk membiayai kelahiran ini.

“I can die a happy man and a proud father “ Kata suaminya , Charan Singh Panwar yang telah berusia 77 tahun.

Persoalan kita hari ini ye puan-puan…. sekiranya setahun dua umur pasangan ini tak panjang ( kita merancang namun Allah yang menentukan ) bagaimanakah nasib si anak?

Walaupun perubatan moden boleh menolong wanita berusia mengalami kehamilan yang selamat, komplikasi perubatan pada usia sebegini adalah lebih tinggi berbanding dengan wanita yang lebih muda disebabkan ketidaknormalan pada telur disebabkan oleh kromosom yang tidak normal.

Komplikasi-komplikasi kehamilan pada usia lewat (Rujukan Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, HUSM, Dr. Shah Reza Johan Noor )

– Berisiko tinggi untuk bersalin melalui pembedahan Caesarean dan juga penggunaan perkakas khas untuk membantu kelahiran seperti forseps dan vakum

– Bayi kurang berat badan

– Penyakit-penyakit lain seperti kencing manis dan darah tinggi juga memudaratkan kehamilan

– Pendarahan yang banyak selepas bersalin

– Kelahiran sebelum masanya

– Kemungkinan janin meninggal. Ini mungkin disebabkan oleh faktor aneuplodi dan genetik lain yang berkait rapat dengan kelanjutan umur.

Bakal-bakal ibu yang lebih tua juga berisiko mengalami insiden kelahiran sindrom down, keabnormalan janin yang bercorak genetik, keguguran secara spontan dan kematian perinatal.

Beliau turut menasihatkan wanita mengambil vitamin tertentu seperti asid folat, dua tiga bulan sebelum mengandung untuk menghindari pembentukan janin yang tidak sempurna.

Capai berat badan ideal dan tinggalkan tabiat buruk. Apabila haid tidak datang, buatlah ujian mengandung dan seterusnya menerima perawatan antenatal daripada doktor yang prihatin dan fokus terhadap permasalahan semasa kesihatan supaya pencegahan dan seterusnya pengesanan dapat dilakukan sekali gus memaksimumkan kaedah perawatan..

©Kujie – dalam sibuk² diraikan oleh anak masing² sempena Hari Ibu, ada tak ucapkan terimakasih pada sang suami kerana kromosom XY kepunyaan  dialah  ysang membuatkan kita berjaya menjadi seorang ibu…. saya sudah!.:lol:

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

49 thoughts on “Hamil di usia tua

  1. wah..pertama kali aku dengar wanita berumur 70tahun melahirkan anak. Kuasa Tuhan kan..

  2. hehe. jiran sy umo 57 gtu. patut da pencen. tapi mengandung. 3-4 bulan x turun rumah. segan dengan orang kampung.

    ubeys last blog post..Ir Nizar Menteri Besar Perak Yang Sah

    1. @Neeza, eemmm….kalau ye pun..biarlah dgn niat yg baik…kan neezakan..kita sebagai ibu ni tak de pula nk banding2 kelebihan anak lelaki ke perempuan….masing2 ada peranan tersendiri

  3. in a way kan Kak Jie, respect dengan husband dia sebab sanggup dapatkan anak lelaki dari isteri yang berusia 77 tahun. Kalau orang lain mungkin….. kawin aje isteri baru yang muda, jelitawan dan segar bugar… tak payah perabih duit buat IVF.. kosnya mungkin lebih sedikit dari buat IVF kan Kak Jie..

    tapi kan… ish… hamil di umur 77 tahun?? tanaaaakkkkk!!!

    Neezas last blog post..Apa khabar dia agaknya?

    1. @Neeza, neeza….. tapi tak elok juga kalau alasan hanya kerana hendakkan anak lelaki….ngape…anak perempuan tu tak elok ke?

      kawen lagi satu bukan 100% boleh dpt anak lelaki

      hehehehehe………..tanak tu bergema satu arab :mrgreen:

    1. @Lan Bingka, hahaha…kak jie ada sebab2 kesihatan…ketiga2 kelahiran anak masalah teruk hingga pembedahan..tak best la nk cerita 😉 ….

  4. walaupun zaman moden ini, susu ibu boleh diganti dengan susu lembu tepung tapi tak sama dengan susu ibu

    jadi mungkin anak yang daripada pasangan tua tidak sihat sebab susu ibu ‘expired’?

    BAGAKs last blog post..Bulan Penuh Di Tengah Hutan

    1. @BAGAK, hehe teringat pula cikgu aku pernah cerita…mungkin sbb itulah anak2 tak menyaut cakap ibu sbb tak msra sgt, al maklumlah dari kecil dah minum susu lembu dan tak merasa susu badan 🙂

      haha…bunyi nya lain cikit la…kenapa time cikgu aku dulu cakap sedap jek bunyinya 🙂 Susu badan boleh xpired ke…setahu aku tak… kak jie boleh la buat entri pasal ni 🙂

      Active Bloggers last blog post..Active Blogger Kini Do Follow

      1. @Active Blogger, kak jie menyusukan kesemua anak2 lengkap 2 tahun..cuma anak pertama 6 bulan…maklum ibu muda..tak byk pengalaman..lagi pun zaman dulu tak de sokongan langsung pada ibu2 yg menyusu anak..org nampak ibu yg menyusu anak tu mcm kuno…out of date!

        skrg ni je banyak info dan berbagai2 program utk menyokong penyusuan ibu.

        pasal2 menyusu, makanan awal anak2 rasanya dah ade entri lepas..tatau tang mana

  5. kalau bapaknyer mati lagi 20 tahun baru ler boleh rasa bangga…
    tapi kalau mati dalam masa 5 tahun nie..
    tak ker naya anak2 itu…
    ni kisah sadis yang luarbiasa…

  6. kakjie

    tunggu sikit tahun lagi, tunggu anak kakjie kahwin, masa tu pakat-pakat ada baby, baru meriah anak saudara sebaya pakcik/makciknya. 😆

    banyak pro and kon ada baby di usia lebih 40 ni. apa-apa pun rezeki.

    zanys last blog post..Syukur, tak jadi ikut.

    1. @zany, tak de la zany… kak jie ditakdirkan mmg anak ade 3 saja
      adalah sebab2 peribadi yang tak dapatlah nak diceritakan pada semua org
      bkn cerita gembira pun….
      tak semua boleh diceritakan pada public, kan… :mrgreen:

  7. 🙄 🙄

    siapa nak bela depa kalau mak ayah dah pergi nnt???

    kesian anak tuh…

    kekadang manusia nie berfikir mengikut nafsu gak ek?? hueheuhue

    Zanas last blog post..Iklan!!

  8. huyooo….kuat betul nenek nie yek! tp peliknyer usia senja mcm ni masih bleh paknen lagik!! paling sedih perjalanan baby tu masih panjang tp usia ibu dia rasa mcm takpanjang kut?

    mayas last blog post..Tentang kakak

  9. Boleh buat ebook psai
    rahsia bunting di usia senja
    ngeh…ngeh
    kuat makan jamu mak cik nie

    KampungBoys last blog post..Jom Ucap Selamat Hari Ibu

  10. Hebat tuh jd ibu pd usia tua. 😎

    Eriyzas last blog post..Kasih Ibu Abadi Di Kalbu

    1. @iza, hahaha…yg ngeri tu..entah mana opah dpt gossip tu
      mcm artis…kahkah..ade gossip..kendian buat media conf, nafikan :mrgreen:

  11. Jie…
    Opah tak dapat ler nak sambut cabaran Jie pecahkan rekod Omkari tu. Sebab anney boys dah tak larat nak swim laju-laju dah… kalau tidak, dah berderet dah anak-anak aku 😆 😆 😆 😆 😈 👿

    ODs last blog post..Mere Mortal

      1. @Kujie, Jie… Maza ni Dr Maza yang keluar kat paper Utusan (Bicara Agama tu) ke? Bicara Dr Maza dari Britain gitu… dia ke?

        ODs last blog post..Mere Mortal

  12. saya dah tengok anak orang India ni tahun lepas masa cite dia boom kat paper… biasanya kan bayi² gebu je… kulit merah dan tegang tapi anaknya berlainan. kuasa Allah swt….

    saya tak ucap kat hubby pun pasai saya tunggu hari bapa next month huhu!

    suealeens last blog post..Selamat Hari Ibu @ Happy Mother’s Day

    1. @suealeen, sebenarnya nk wat entri lagi…cisss…ni opah punya pasal la ni.

      tu la…bile dia ckp mcm tu, google cari kot2 ade rekod baru….sbb ni kes tahun lepas Jun 2008.

      Itulah…sy terfikir…4-5 tahun kalau pasangan tu tak de lagi..sapa nk bela anak2 tu..

      kita ni mcm2 dok fikir…

      hahaha…..ucapan kena simpan dulu ye :p

Comments are closed.