Pengetahuan Am

Gambar anak-anak Michael Jackson dan status anak-anak dibawah 18 tahun.

Sources : Michael Jackson and Debbie Rowe ‘are not biological parents of any of his children’
How Jackson’s surgery was a desperate bid not to look like the father he hated

– Antara gossip antarabangsa terbaru tentang MJ, saya baca saja, no komen!

Apa yang boleh difikirkan bila melihat gambar anak-anak Michael Jackson ini?

Setelah disahkan Michael Jackson telah memeluk Islam sebelum meninggal dunia, macam mana dengan anak-anaknya? Agamanya? Akidahnya?

Sebenarnya banyak yang saya fikirkan dari persoalan anak-anak Michael Jackson ini. Kita boleh jadikan iktibar untuk masa depan di negara kita sendiri. Kes yang paling dekat dengan kita adalah pindaan undang-undang berkaitan penukaran agama dan Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) bagi status anak-anak di bawah 18 tahun.

Sebenarnya masalah ini akan timbul juga di negara kita selepas Kabinet pada 22 April 2009 lalu memutuskan kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibubapanya berkahwin walaupun ibu atau bapa mereka kemudian memeluk agama lain.

Bayangkan masalah ini, seorang ibu atau bapa telah memeluk agama Islam tetapi anaknya yang  dibawah umur 18 masih kekal agama sebelumnya, bagaimana ibu atau bapa anak itu boleh menunaikan tanggungjawap beliau selaras dengan tuntutan agama sekiranya anak beliau tidak seagama? Kebajikan anak ini termasuklah permasalahan aqidah, tumbesaran dan pembelajaran anak tersebut.

Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan menegaskan agama bagi seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapanya atau penjaganya.

Dari segi hukum, tanggungjawab ibu bapa membawa anak-anak mereka untuk sama-sama memeluk agama Islam adalah jelas.

Saya berharap pindaaan ini tidak diluluskan setelah Majlis Raja-Raja membuat keputusan untuk menangguhkan cadangan pindaan itu kerana bagi mengelak timbulnya pertikaian pihak tertentu pada masa akan datang.

Jadikanlah kes anak-anak Michael Jackson ini sebagai petunjuk dari Allah, iktibar untuk kita sendiri sebelum membuat apa-apa keputusan demi masa depan anak-anak Islam.

Rujukan :

©Kujie – 01/07/2009 – Selamat Ulangtahun Ayahandaku yang ke 68 . Semoga ditetapkan iman, panjang umur dalam keberkatan, kesenangan harta benda juga dipelihara Allah dari segala kesempitan dan kekusutan.

44 thoughts on “Gambar anak-anak Michael Jackson dan status anak-anak dibawah 18 tahun.

  1. atas kematian beliau,sama2 lah kite doa untuk arwah spy arwah dapat rehat dengan tenang dan dicucuri rahmat…….amin

  2. ksian anak dia..
    diowang nk jge ank MJ tu pown sbb nk harta MJ..
    I lOVE MICHALE JACKSON!!!!!!!!!!…

  3. Ya!MJ dah masuk Islam kan. Sekarang anak-anak MJ yang akan menjadi mangsa. Mangsa apa? Mangsa rebutan harta MJ! =/

  4. agama yang dianutnya masih baru. pegangannya masih longgar. aturannya masih belum cukup. benarlah jika mereka baru ucapkan kalimah sahadah seperti kain putih yang belum tercemar.

    ditambah pula dengan budaya hidup disana. harapannya janganlah anak-anak ini juga dipolitikkan.

    1. @megat, saya setuju dgn encik…hidup hanya sementara dan kite yang hidup sentiasa saling memperingati antara kite

  5. Orang yang diberi kuasa haruslah bersungguh-sungguh pertahankan haQ, terutama yang di tanah air kita ni. Bila baca/dengar berita2 sekarang ni memang terkejut terkejut dibuatnya. Risau pun ada 😕

    p/s: Selamat ulang tahun untuk ayah kak jie, semoga sihat-sihat selalu dan selamat menjalani hari-hari mendatang dengan baik.
    .-= iza´s last blog ..Penawar Rindu… =-.

  6. Manusia itu bersifat “tidak” disisi Allah, tidak yang mana? Itu kena mengaji pondok ler.. 🙄
    .-= haritz´s last blog ..Mesin ATM Tiada Note Kecil =-.

    1. @haritz, org belajar pondok je faham ke?

      kesian org lain yg baca , yg tak belajar pondok ( termasuk tuan blog )

  7. dema kat sinun tu omputih, agama asal dan agama kebangsaan jauh berbeza ngan kita, silap2 haribulan sebut jer islam, ketaq lutut dema kemain lagik.

    kat sini plaks, awat nak adjust2? kan dah elok dah, bukannya ada orang paksa2 apa-apa. lebih afdal bila ada kesohihan agama tu kat ic, esp bab anak2 dari parents islam. almaklumlah, sekarang ni kan manusia hebat2 belaka. dema tukar baju sama mudah macam tukar henpon.

    1. @Mak Su,

      pelik tapi benar…

      apabila sesetengah golongan kita yg dok di Msia ini, (mak bapak Islam dan dia bergelar Muslim); terutama yg mendabik mendakwa sbgi kaum elit..memandang status agama di IC menghalang kebebasan mereka.. tercabut makna ‘human right’…merasa dirinya dihina dan kerdil.. seolah2 sudah tercabut makna berbangga sebgi muslim kecuali bagi mereka kesedihan dan kesengsaraan!

      macam mana tu?!
      .-= maza´s last blog ..Gadis Bukit Kepis – Episod 5 =-.

    1. @cikun-kun, sebabnya, bile timbul perkara berbangkit kemudian hari….naik turun mahkamah….malu kita

  8. saya cadangkan soalan penjagaan anak2 itu: kita hendaklah kembali melihat Piagam Madinah & kembali kepada syirah.

    Kaedah penjagaan anak dua persimpangan ini telah ada cth kaedah terbaik yg pernah diajarkan oleh Rasulullah.Terutama ia tlh dirakamkan dlm perjanjian Hudaibah 1 & 2. Soalnya skrg, adakah kita (gomen & diri kita sendiri) mahu benar2 mengamalkan sistem & panduan yg pernah dicontohkan oleh nabi itu? Atau hanya tahu bercakap keadilan dr otak mental kita semata2, tanpa mahu merujuk & mengamalkn sistem yg dibangunkn oleh Rasulullah? Benarkah kita betul2 faham & menghayati Islam itu sendiri, hingga ada dlm kalangan kita mengatakn “we should do tht, or should*n do tht” tanpa mengerti apa itu hakikat sorg muslim yg diperkatakan & diajarkn oleh Rasulullah?

    1. @maza, komen dari org yg belajar tinggi2 hanya dpt difahmi oleh org yg juga belajar tinggi2….makcik2 mcm sy ni..dpt baca je tanpa faham…

      :p

      1. @Jie,

        erk! tak der ler belajar tinggi mana pun.. hehehe

        sekadar bawah pokok atas tanah jerk..

        hehheee

  9. kesian kat diaorang terkontang kanting… dah tak tahu nak kemana lagi… orang sana nak, orang sini pun nak… 🙁
    .-= shay´s last blog ..ULANG TAHUN KE 3 =-.

      1. @Jie, memang la ada yang nak jaga, nak jaga sebab diaorang waris ke, atau sebab nak harta ayah bebudak tu… 😆
        .-= shay´s last blog ..hari SHAY rajin… =-.

  10. Saya ada baca yg MJ ni terpikat dgn Islam lepas seorg saudara dia yg baru blk Mekah selalu hadiahkan dia mcm2 buku tentang Islam. Psl anak2 dia ni tak tahulah statusnya. Dah jd rebutan antara nenek ngn mak bdk2 ni. Bkn rebut apa..rebut harta MJ.
    .-= fazemy´s last blog ..Thank U My Followers =-.

    1. @fazemy, macam2 cerita, tak kisah sgt cerita disebalik semua tu…cuma setakat mana kita ambil pengajaran dr kisah tu….

  11. Ada kata MJ dah peluk Islam dari 2007 lagi, ada yang kata masa dia lepak Dubai awal tahun ni. Penat gak masa saya tulis dlm blog hari tu ramai yang tanya, bila dia peluk Islam sebab ramai tahu abang dia je. N ttg anak2 dia tu, masa blog hopping tadi ada kata anak dentist dia.
    .-= kruel74´s last blog ..Journalism is dead? =-.

    1. @kruel74, sy baca juga mcm2 kisah, tapi tak de la nk ambil kisah sgt sbb kite pn tak de bukti

  12. salam….
    baru tahu isu status anak-anak bawah 18 ni….harap negara kita boleh ambil iktibar dari isu ini
    p/s:mcm pelik tengok anak-anak MJ putih2 belaka 🙂
    .-= HuRuL_AiNi´s last blog ..Tips Mengurus Kewangan =-.

  13. Betul ke MJ dah masuk islam?
    Anak-anak dia memang takde iras anak-anak kacukan pun.
    Obama pun asalnya Islam tapi dah pilih kristiankan?
    susahkan……….
    yang kat malaysia ni pun ramai mengaku Islam tapi cara hidup dah tak macam islam dah pun. 😕 wallahualam.
    .-= zany´s last blog ..Boleh ke Kurung? =-.

    1. @zany, betul ke tak betul, sy tak de bukti
      tapi ada beberapa perkata yg perlu kita fikirkan dari peristiwa ini

  14. wa…muda2 dah popular
    tula….MJ pn masuk islam saat2 akhir
    anak dia yang no3 lari haru
    mak dia pn xtau sp
    neway, kalau rumours yang dikatakan
    micheal jackson dah msuk islam
    bgsla…
    kita doakan yang terbaek untuk dia
    .-= KampungBoy´s last blog ..Blog Informasi KampungBoy Pencen Jadi Blog DoFollow !! =-.

    1. @KampungBoy, mcm tu lah…. apa yg kita tau, cukup sekadar apa yg patut saja…yg lain2 urusan dia dgn Allah.

Comments are closed.