Pengetahuan Am

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam – Talak

Mahkamah Rendah Syariah memutuskan telah gugur talak ‘bain sughro’ selepas perkahwinan 12 hari antara Muhammad Roslin Hashim, 34 dan Faizah Mohamad. Talak tersebut membawa maksud tidak boleh rujuk kerana tiada edah, tetapi perlu bernikah semula jika ingin hidup bersama.

ceraiTerus terang, saya agak kurang tahu mengenai hal talak dan cerai. Sepatutnya setiap orang mesti dan faham mengenainya. Memanglah perkahwinan bagi pasangan suami isteri ialah kehidupan yang berterusan di dalam keadaan bahagia dan dirahmati oleh Allah. Tetapi apabila wujud ketidakserasian dan ketidakfahaman , ikatan yang dibina rengang dan tidak boleh dipulihkan lagi, maka Islam memberikan ruang kepada pasangan tersebut untuk menggunakan talak sebagai jalan penyelesaian.

Takrif talak dan jenisnya.

Talak dari segi bahasa ialah melepas dan terlepas. Manakala dari segi syara`, talak dimaksudkan sebagai merungkai ikatan perkahwinan dengan lafaz talak dan sebagainya.  Islam memberikan kuasa talak kepada pihak suami manakala pihak isteri juga boleh menuntut perceraian dalam bentuk-bentuk lain sama ada secara khuluk (tebus talak), fasakh dan taklik melalui saluran Mahkamah Syariah.

Ada tiga jenis talak yang perlu diketahui :-

Talak Soreh – iaitu talak yang jelas dan nyata. Contohnya suami telah berkata:   “Aku jatuhkan kamu dengan talak satu.”

Talak Kinayah – talak yang memerlukan kepada niat di mana ada kalanya lafaz yang diucapkan itu berbeza-beza tetapi niatnya memang hendak menceraikan isterinya. Contohnya suami berkata kepada isterinya:  “Engkau tidak boleh aku gunakan lagi”

Talak Taklik – talak yang bergantung kepada sesuatu perkara atau perbuatan. Contohnya suami berkata: “Jika engkau keluar dari rumah ini, engkau aku talakkan dengan talak satu.”

Mengikut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam ( Negeri Selangor Darul Ehsan) 2003, ada beberapa jenis talak yang telah diperuntukkan oleh undang-undang Syariah

Seksyen 47 – Perceraian dengan talak atau dengan perintah Mahkamah

Perceraian jenis ini difailkan samada oleh suami atau isteri yang hendak bercerai di Mahkamah Syariah setelah usaha-usaha perdamaian telah dilakukan oleh kedua belah pihak.

Apabila Mahkamah menerima permohonan perceraian tersebut daripada salah satu pihak, maka Mahkamah akan memanggil pihak-pihak di hadapan Mahkamah dan menyiasat samada pihak satu lagi bersetuju dengan permohonan tersebut.

Sekiranya pihak satu lagi membantah permohonan tersebut, maka Mahkamah boleh mengarahkan supaya dilantik Jawatankuasa Pendamai yang terdiri daripada wakil suami dan wakl isteri. Jika tiada perdamaian yang dapat dicapai, maka perkara tersebut akan dirafa`kan kepada Mahkamah untuk membuat keputusan.

Seksyen 49 – Perceraian Khulu` atau Tebus Talak

Perceraian Khulu` bermaksud isteri menebus dirinya agar dibebaskan oleh suaminya dengan cara mengembalikan mas kahwin yang telah mereka sepakati sebelum ini kepada suaminya.

Mahkamah membenarkan perceraian khulu` apabila suami tidak bersetuju mejatuhkan talaq dengan kerelaannya tetapi perceraian tersebut dibuat secara khulu` dan dipersetujui kedua-dua pihak. Sekiranya pihak-pihak bersetuju dengan talak secara khulu` tersebut, maka Mahkamah akan mengarahkan suami melafazkan talak dan talak tersebut adalah talak bain sughro yang bermaksud tidak boleh rujuk antara kedua belah pihak. Jumlah bayaran tebus talaq tersebut hendaklah dipersetujui oleh suami dan isteri dan sekiranya ada percanggahan, maka Mahkamah boleh mentaksirkan jumlah yang sepatutnya dibayar oleh isteri mengikut Hukum Syara` berdasarkan pertimbangan taraf dan sumaber kewangan pihak-pihak bertikai.

Seksyen 50- Perceraiaan di bawah Ta`liq atau janji

Seseorang isteri yang berhak mendapat perceraian menurut syarat-syarat yang terkandung di dalam surat perakuan ta`liq yang dibaca semasa majlis akad nikah boleh memohon perceraian di Mahkamah.

Seksyen 51 – Perceraian dengan li`an

Li`an bermaksud dari segi bahasa menghalau dan menjauhkan. Li`an dari segi istilah ialah beberapa perkataan tertentu yang digunakan sebagai hujah oleh orang yang terpaksa menuduh orang yang mencemarkan tempat tidurnya dan memberi malu kepadanya sebagai berzina.

Seksyen 53 – Perceraian secara Fasakh

Fasakh bermaksud apabila berlaku salah satu atau lebih daripada perkara-perkara yang telah digariskan oleh Syara` dan peruntukan Undang-undang, maka isteri atau suami boleh memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan perintah membubarkan perkahwinan mereka.

Perkara-perkara yang boleh disabitkan untuk seseorang isteri atau suami memohon fasakh yang diperuntukkan dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam ( Negeri Selangor Darul Ehsan) ialah :

  • (1) Suami atau isteri tidak diketahui tempat tinggalnya selama tempoh lebih daripada satu tahun
  • (2) Suami telah cuai atau telah tidak mengadakan nafkah zahir selama tempoh tiga bulan
  • (3) Suami atau isteri telah dihukum penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih
  • (4) Suami atau isteri telah tidak menunaikan nafkah batin selama tempoh satu tahun
  • (5) Suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan dan isteri tidak tahu bahawa semasa perkahwinan suami telah mati pucuk
  • (6) Suami atau isteri gila selama tempoh dua tahun atau mengidap penyakit kusta atau vitiligo atau sedang mengidap penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit
  • (7) Isteri yang telah dikahwinkan oleh Wali Mujbir sebelum dia mencapai umur baligh dan dia menolak perkahwinan itu sebelum mecapai umur lapan belas tahun dan dia tidak disetubuhi oleh suaminya
  • (8) Suami atau isteri menganiaya isteri atau suaminya iaitu dengan
  • (i) lazim menyakiti atau mejadikan kehidupan pihak satu lagi menderita akibat perbuatan aniaya tersebut
  • (ii) berkawan dengan perempuan-perempuan atau lelaki-lelaki jahat atau berperangai keji mengikut Hukum Syara`
  • (iii) memaksa isteri hidup secara lucah
  • (iv) melupuskan harta isteri atau suami atau melarang isteri atau suami dari menggunakan hak-haknya di sisi undang-undang terhadap harta
  • (v) menghalang isteri atau suami dari menunaikan atau menjalankan kewajipan atau amalan agamanya
  • (vi) jika suami mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak melayani isteri yang berkenaan secara adil mengikut Syara`
  • (9) Isteri masih tidak disetubuhi oleh suami walaupun setelah empat bulan berlalu kerana suami bersengaja enggan menyetubuhinya
  • (10) Isteri tidak izin akan perkahwinannya sendiri atau izinnya tidak sah samada kerana dipaksa, kesilapan, ketidak sempurnaan akal atau hal keadaan lain yang diakui Hukum Syara`
  • (11) Isteri sakit otak,walaupun semasa perkahwinan tersebut dia berkebolehan memberi izin yang sah dan sakitnya itu berterusan atau berselangan dan sakitnya adalah dari satu jenis atau setakat tidak melayakkan dia berkahwin
  • (12) Apa-apa alasan yang diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan perkahwinan atau bagi fasakh di bawah Syara`

Sekiranya sabit perkara di atas bagi salah satu pihak daripada salah satu atau lebih daripada perkara yang telah disebutkan, maka Mahkamah boleh memfasakhkan nikah pihak-pihak tersebut.

Penyelesaian kepada talak merupakan jalan terakhir yang perlu digunakan oleh pasangan tersebut bagi menyelesaikan masalah yang timbul. Jika talak digunakan untuk menunjukkan kekuasaan suami kepada isteri dan atas alasan nafsu sahaja, maka jadilah talak tersebut sebagai perkara halal yang dimurkai oleh Allah.

Kecekapan suami dan kebijaksanaan isteri amat diperlukan di mana dalam setiap perkahwinan perlu mempunyai matlamat di mana seorang suami atau isteri wajib menambah dan mendalami ilmu mengenai kekeluargaan di samping berusaha menjalankan tanggungjawab yang diberi dengan penuh

amanah demi memelihara keteguhan rumah tangganya .

Penafian : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini.

Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus (contohnya, perubatan, perundangan dan sebagainya yang berisiko) sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

19 thoughts on “Enakmen Undang-undang Keluarga Islam – Talak

  1. bukankah nafkah anak2 wajib diberi oleh bapa walaupun telah bercerai. Apa buktinya yang bapa ada memberi nafkah? Ada yang mengaku memberi nafkah walhal semua dusta. Manusia zaman sekarang sudah tidak malu utk menipu lagi. 😳

  2. 1) kalo suami isteri bercerai,kemanakah sepatutnya anak yang berumur 5 dan 7 tahun hak jagaannya.

    2) Sekiranya suami bernikah tanpa keizinan isteri pertama sebelum mereka bercerai, adakah pihak suami boleh diambil tindakan undang2? bagaimanakah jalnnya.

    3) Kenapa ibu tidak boleh berkahwin lain sehingga anak2nya mencapai umur tertentu sedangkan bapa boleh? Jika dikira dari segi mengabaikan, ibu tiri terkenal dengan sikap pilih kasihnya juga. Bukankahapabila ibu berkahwin lain membolehkan kehidupan lebih terjamin dari segi nafkah???

  3. Jie, thanks for the info. Cuma rasa sedih bila mengenangkan orang-orang muda sekarang ni, kebanyakannya mengambil ringan dan remeh hal-hal perkahwinan ni. Bagi opah orang jaman dulu-dulu, bila berkahwin, biarlah buat selama-lamanya. Sampai mati. Bagi opah lagi, jika seorang wanita itu meninggal dunia semasa dia bergelar isteri orang (kecuali kalau suaminya mati dahulu) maknanya, matinya dalam keadaan terhormat. Ini pendapat peribadi opah ajelah. Jangan lak ada yang murka dengan aku lak nanti… huhu. 😛

    ODs last blog post..Writer’s Block

  4. kasihan ya?? berhabis duit akhirnya ini penamatnya.

    harapan.. moga jalan hidup kita kekal begini sampai mati. amin…

    mmg tak berapa masuk dgn cerita diorg nie kak jie. sbb lelaki ckp ni, perempuan cakap ni, pihak ke 3 pun ckp jugak! huhuehuheue…

    Zanas last blog post..Di Suatu Hari……

    1. @Zana, aminnn……….. erk… kes tu ye
      ye lah..tak faham motif apa sebab nak ‘buat tu’ kena 2 org
      hahaha..tatau lah..depa
      tak yah fikir2….. kita doakan moga masing2 bahagia dgn jalan yg dipilih

  5. wow.. banyak nya info pasal talak ni… terima kasih kak jie… mcm mcm ilmu ble dapat dari blog ni…

    12 hai jerr… ish ish ish…. macam memain jak kahwin ni…

    1. @Adry, susah juga nak cakap
      sebenarnya ada juga kes mcm ni..seminggu kawen berpisah
      tapi…derang tu org fofuler
      jadi kes nampak berprofile tinggi :mrgreen:

      kita mgkn tak dpt hafal kesemua prasa undang2 tu..tapi kalau tau yg asas2 cukup lah

  6. Kak Jie, maza dengan mz tu macam orang yang sama jeee… :mrgreen:
    baru je dua tiga hari lepas neeza ngaji surah An nisa’ ada disebut pasal cerai berai ni..
    tapi nak suruh ulas, tak reti la pulak hehee..

    kalau boleh, biarlah kita bercerai mati kan kak Jie.. teringat neeza ada 1 couple canteen runner tempat neeza kerja dulu.. meninggal dunia sesama.. accident masa balik dari pasar, lepas beli barang… tragis.. tapi betul la dia sehidup semati.. tinggalkan 5 orang anak.. sedih la pulak.. 😥

    1. @Neeza, orang lain2 tu….maza tu > mazaaida.blogspot.com

      pakcik mz tu link dia > emzack.blogspot.com

      tapipakcik mz ni dah lama tak mai sini…blog pun dah bersawang..dulu2 kt blog lama kak jie ..dia je lah tiap bulan “pengomen terhangat’

      skrg ni dah sejuk mcm ais batu :mrgreen:

      kalau bab undang2 ni…nk kena baca betul2…kena ambil tau juga dan kena faham juga.. mgkn faham sikit2…bila ada kes baru kita rujuk dgn pihak yg sepatutnya..tau hak diri kita.

      penting tu…

        1. @maza,

          nasihat 20 sen maza…

          “Bergantunglah kasih kepada yg kekal.. bukan benda yg temporary nie.. hehhehe”

          kalau kita bergantung kepada yg tidak kekal, makanya kita akan selalu kecewa… tetapi hidup ini ialah tempat test dan menjadi saksi kpd kehebatan Tuhan”

          wakakakkak

          cermin cerminkan….. hehehhe

          mazas last blog post..Harga Petrol Naik!

  7. da katanya x pernah bersama … tader la edah. x bleh rujuk. tp leh kawen smula kalo nak.
    *tu pun satu. sowang kata pernah bersama. sowang lagi blom pernah. part ni pun da tak sefahaman. mcm mana tu? heran pak cik :))*

    1. @mz, tu la pakcik…. apa perasaan dia org ye..sorang ckp dah pernah..sorang ckp belum pernah..eee…hal ni rasanya tak akan terjadi sorang2….mesti berdua, kan

      tapi kes dah tutup..tka payah kita ulas lebih2..kan…kita ambil tau je hal2 undang2 hak diri masing2 :mrgreen:

    1. @maza, amboi dia……..bru terpisah dok jejauh bape tahun je
      tu pun hujung minggu jumpa..dah berangan2 dah :mrgreen:

      1. @Kujie,

        alahai.. apalah salahnya saling membantu… bukan orang lain pun nak dibantu, kaum hawa gak kan..hehehhehe

        bukannya dosa pun…

        wakakakka

        mazas last blog post..Harga Petrol Naik!

Comments are closed.