Proses pengambilan darah tali pusat perlu dilakukan semasa bayi dilahirkan , tali pusat bayi akan dikepit dan dipotong. Doktor akan menyuntik jarum pada tali pusat.
Darah tali pusat akan dibekukan dan disimpan untuk kegunaan bayi sendiri atau mungkin untuk kegunaan kakak atau abangnya dimasa hadapan.
Darah tali pusat (cord) bayi kaya dengan sumber yang dipanggil ‘sel stem’ dan digunakan untuk menjana sel-sel dan tisu-tisu gantian bagi merawat penyakit yang berkait dengan darah seperti leukemia, lymphoma, aplastic anemia dan lain-lain.
Apakah sel stem?
Sel stem ialah Master Cells kerana dari sel utama inilah terbentuknya pelbagai tisu, organ, dan sistem di dalam keseluruhan sistem tubuh kita. Sel stem mempunyai kemampuan untuk berubah menjadi kebanyakan jenis sel atau tisu dalam badan manusia yang lain.
Apakah yang dimaksudkan dengan darah tali pusat?
Darah tali pusat adalah darah yang berada di dalam salur tali pusat dan uri yang keluar bersama-sama dengan kelahiran bayi apabila tali pusat tersebut dipotong. Secara tradisinya dalam masyarakat Melayu, tali pusat bayi yang baru dilahirkan akan diserahkan kepada bapa untuk dibasuh dan ditanam. Darah tali pusat merupakan punca yang baik bagi sel stem.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengeluarkan fatwa bahawa sel stem boleh digunakan untuk tujuan perubatan dan kaji selidik dengan syarat-syarat tertentu iaitu sel stem daripada kanak-kanak yang ingin digunakan harus mendapat keizinan dari ibu bapanya dan prosedurnya tidak memudaratkan. Ini bermakna penggunaan sel ini sewenang-wenangnya untuk tujuan tujuan komersial adalah diharamkan.
Setiap darah tali pusat yang ingin disimpan harus mengambil kira soal kepercayaan kepada penyimpannya. Jika berhasrat menyimpan darah tali pusat untuk kegunaan peribadi keluarga, tujuan kaji selidik dan perubatan, anda harus sentiasa meningkatkan pengetahuan dan memantau perkembangan teknologi sel stem agar tiada unsur penyalahgunaan sel ini oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Walaubagaimanapun, peluang untuk anak anda memerlukan darah tersebut sebagai rawatan dimasa hadapan adalah sangat rendah jadi apa salahnya jika kita menderma untuk mengubati penyakit-penyakit yang dihidapi oleh kanak-kanak lain.
Kredit : psittacula
Maklumat juga boleh didapati dari Pusat Darah Negara , Stemlife.com & cryocord
… wah ada derma darah tali pusat… satu ilmu baru dipelajari hari ni.. 🙂
samdaddycools last blog post..Bloggers POYO?
@samdaddycool, utk bakal baby baru ke nnt….
@Kujie, .. Baby??Insyaallah… 😆
samdaddycools last blog post..Blogroll
Kujie,
Time kasih info yang menarik ni.
Baru tahu pasal tabung Darah Tali Pusat ni. Ada caj ke?
Pasal simpan tali pusat dalam satu tempat ni, ada juga dengar.
@Kakak, kat Pusat Darah Negara tu kit derma
tapi kalau kita simpan kat tempat swasta tu..mmg ada caj
mahal la juga
Den tak sompek nak simpan utk anak2 den…
yang ado, den tanam sekali dgn uri2 tu ha….
huhuhu
erk! Jie – agak2 eh, bendalah tu bapak eh boleh guno sekali tak?
hmmm
❓ ❓ ❓
mazas last blog post..Bulan Membayar Cukai
@maza, buleh gak
kata org utk yg degil2
rebus , airnya minum
nmpknya awk ty mmg spesis degil
esk2 blk kg..selongkar lemari cari …. 😆
@Kujie,
eee tak sanggup den dibueknya…huhuhu
tak polah, den bacokan al fatihah 7 kali, kendian surah Kursi 11 kali….lepas tu, den hombuskan kek umbun2…
doa, mudah2an torang atie eh…..hehehhehe
mazas last blog post..Melihat Masa Hadapan
Tengok gambar bayi tu.. teringat masa sambut anak kedua saya yang lahir pada januari lepas..
nuaemans last blog post..Kekalahan Man Utd dan Sales Clickbank
pengalaman tu manis , kan
perasaan tak mungkin hilang bertahun2 pun 😆
salam kak jie. sy baru masuk blog akak dari wives&mothers blog. dah go through blog akak ni. banyak info best dan bagus. thanks for sharing. 🙂
blog berinfomasi beginilah yg bagus untuk dibaca. 🙂
keep it up, kak.
Amyzs last blog post..Oh, High Heel
Salam..terimakasih kerana singgah …blog makcik² je la Amyz
cerita anak beranak, periuk belanga je
sy pn baru taw psl bende ni 2-3 bulan lepas.. hajat hati nak buat tapi mahal bebeno! ceh2 mcm le sok lusa dah nak ade baby 😆
eh saye baru tau ade org simpan tali pusat 😯
kot igtkan wajib tanam sume2 tuh 😆 😆
maklumle i ni belum jadik mak org lagi
mrs azmis last blog post..kene TAG sudah~
a’aha….jadi derma sajalah..mgkn boleh digunakan utk org lain
tali pusat tu..hehehe..ramai yg simpan
tali pusat tu 5-7 hari baru gugur
ada sedikit kengiluan bila tengok gambar2 tu..
banyak ke dapat darah tali pusat tu yek kak Jie?
Neezas last blog post..From Yanbu with love
saja je kak jie publish gambar tu
biar masing2 tahu macam mana rupa bayi sewaktu dilahirkan…. 😆
kak jie baca , tak banyak neeza…dlm 80-100ml saja
perghhh.. ngeriii tewww
sbb tu kita tak jadi doktor ye me 😆
owh, baru saye tahu…
nak derma kt sape kak??
macam anak akak, akak simpan ek??
chekguBHs last blog post..Setibanya di rumah pengantin…
derma melalui hospital kita bersalin tu la…
kak jie tak de simpan pun…anak2 kak jie lahir sebelum thn 2000, belum ada lagi perkhidmatan tu kat M’sia.
pusat ada le….dah kecut 😆
owh. first time sampai sini, byk bende yang boleh buat ilmu. 😀 hehe
abdusfauzis last blog post..iTunes Genius Now Available In Malaysia : At Least For Me
terimakasih kerana singgah
Apasal dulu George W. tak nak buat ya? Hmmm…
kruel74s last blog post..Why you need lawyers…
sy tak boleh jwp soalan ni…tadi calling²dia tak angkat lah pula…. 😆
lupa ICCC 😆
saya tak tahu la plak pasal simpan tali pusat ni di Msia. kat italy ni diorang masih lagi dalam perbincangan bab pihak gereja tidak benarkan tali pusat bayi dibuat kajian manakala pusat perubatan mengatakan dengan adanya tali pusat ni memudahkan pencarian meraka terhadap kajian2 penyakit kronik.
izans last blog post..di pagi ahad
Kak Jie baca, kat M’sia sejak 2002
setakat ni ada 6,764 unit darah tali pusat dari seluruh negara
Jie…
Opah tak tahu sangat pasal research ni. Maklumlah, dah tue… tapi kalau untuk kebaikan, tak apalah kot. Setiap sesuatu yang dicipta oleh ALLAH tu ada kegunaannya tapi jangan sampai guna kajian tu untuk mengklon manusia pulak. Jangan cuba nak jadi TUHAN! Betul tak Jie? I must have your approval on every matter, Jie. No clue as to why!
Apa pun utk kebaikan mmg dibolehkan…cuma kena hati² takut disalahguna…sbb itu agaknya orang kita kurang yang menderma.
amboiiiiiiiii Opah ni…..
Sama macam maksu, tie pun ada simpan ketiga2 talipusat budak2 tu….. he he…jadi lari dari topik pulak…
tak de lari aihhh…lagi pun tak larat nak kejo.. 😆
semlm dok belek2 fail lama2 …… tgok bil hospital..kad2 klinik….gelang baby, mcm2lah
nostalgia sungguh makcik oiiii….rasa baru je lahirkan dia org
rupanyah dah lebih 10thn
oh boleh ek kat malaysia?
kat US baru je Obama luluskn..
masa bush dulu xleh..
Callisters last blog post..A perfect day for me
Bank Darah Negara ada sediakan Perkhidmatan Bank Darah Tali Pusat (Cord Blood) sejak tahun 2002
Kak Jie pun kurang tahu tapi ada baca kat forum lain..dia org diskus bab ni…tapi tentang simpan cord blood ni kat pihak swasta…
saya masih simpan tali pusat budak2 ni 🙂
kadang2 boleh jadi gossip anak beranak tu maksu… 😆
talipusat anak2 saya pun saya simpan..
ha ah org kata kalo dikumpulkan anak2 tu sepakat..ermmm ye ke?
muadzlifes last blog post..Semua Selamat…..
jgn di makan semut udah le….. 😆
rasa baru sgt lagi dok belek pusat anak2..
sedar2 dah tinggi melangit dah budak2 tu 😆
pernah dengar orang kata, kalau semua tali pusat anak² di simpan di satu tempat,
anak² tu jadi muafakat.
tapi tak pasti la kebenarannyer.
tali pusat bai sendiri bai pernah tengok.
kering. dok ada dalam salah satu laci mesin jahit mak.hehe..
fiezabaiduris last blog post..Ada bunga
kata org kalau budak tu degil..rebus bagi dia minum
kata org tua²…………ehehehe..> makcik ni belum tua
tadi belek2 semua harta benda budak2 tu masa baby….suwet sungguh
tgok kad klinik..tgok gelang baby
tali pusat Mia pun masih ada dalam drawer rumah tu…hehehe
Boss ada buat untuk anak dia…dengar cerita orang jer lah…
Umimias last blog post..Pada zaman dahulu, aku adalah pengumpul setem
simpan lek lok..mana tau ada rezeki..fofuler si mia tu
kleh claim simpan kat muzium
sha pun ada simpan tali pusat anak2..tapi simpan sendiri jek.. 😛 dulu masa 2nd baby ingatkan nak simpan gak..tapi mahal juga harganyer… 🙁
tu lah…. kak jie pun simpan tali pusat anak2 sampai kecut 😆
boleh juga kita menderma kat Tabung Darah Tali Pusat (TDTP) 🙂
nice info kak jie. tp aku ada sikit rasa geli. hehe
geli masa cuci uri ke?
tu…….tanggungjawap pertama selepas bergelar bapa 😆