Cuti Ganti Hari Raya Haji 2012
Pengetahuan Am

Cuti Ganti Hari Raya Haji 2012

cuti ganti hari raya haji 2012

Ini adalah takwim yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaan Malaysia awal tahun 2012. Jika berlaku perubahan semasa, saya akan udpate kemudian. Biasalah cuti sekolah boleh berubah dari masa ke semasa.

Mengikut takwin KPM, hari Raya Haji 2012 adalah pada 26hb Oktober 2012 ( Jumaat )  dan sekolah akan mula cuti berganti pada 25hb Oktober 2012 ( Khamis ).  Cuti ini telah pun diganti pada 14hb April 2012.

Sekolah di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis akan bercuti dari 25 hingga 27 Oktober 2012 ( Khamis – Sabtu )

Sekolah di negeri lain akan bercuti dari 25 hingga 28 Oktober 2012 ( Khamis – Ahad )

Mak-mak jangan lupa, masa Aidilfiri 2012 baru-baru ni , cuti sekolah pada 16 Ogos perlu diganti pada Sabtu, 8 September manakala cuti berganti 17 Ogos diganti pada Sabtu, 22 September 2012. Jangan buat-buat lupa… hiks!

Saya ada anak  yang belajar  di utara, seorang di selatan dan suami yang bekerja di timur, cuti sekolah adalah pengetahuan am yang perlu sangat diambil tahu.  Senang untuk kami merancang berkumpul bersama.

takwim penuh – Jadual Persekolahan 2012

 

Nota :  

CUTI AM PERSEKUTUAN 2012

  • Hari Raya Qurban 26 Oktober (Jumaat) – semua negeri cuti
  • Hari Raya Qurban (Hari Kedua) 27 Oktober (Sabtu ) – Kelantan & Terengganu sahaja

CUTI AM NEGERI 2012

  • Hari Raya Qurban (Hari Kedua) 27 Oktober (Sabtu) – Kedah & Perlis sahaja

 

Nota : – Sekolah akan bercuti hujung tahun pada 9/11/2012

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

30 thoughts on “Cuti Ganti Hari Raya Haji 2012

  1. Rasanya, yang belajar di pusat pengajian tinggi tak terlibat kot..

    erm, cuti raya haji ni betul-betul jatuh berhampiran selepas final exam. hohoho, boleh lah pergi bercuti. hihihi
    Jom terjah post menarik dari HAdira Kifly ..TerbengkalaiMy Profile

      1. Kak Jie,
        kami di Kelantan, kalau tak balik raya haji…macam tak best sangat-sangat.

        Bila dah tengok tarikh raya tu, dengan hari kerja…nampak gaya mcm tak dapat nak cuti seminggu. Balik Kelantan, kalau takat 2-3 hari memang penat sebab perjalanan je pun dah makan 2 hari, saya pula rabun malam untuk memandu malam2. Penat! Tapi kena gigih jugak.

        Jom kak jie…beraya aidiladha di kelantan 😉
        Jom terjah post menarik dari Anyss ..Terperangkap Dalam Banjir Kilat Di SerdangMy Profile

Comments are closed.