Gambar :  Cara Memilih Dan Mencuba Coli Yang Sesuai
Pengetahuan Am

Gambar : Cara Memilih Dan Mencuba Coli Yang Sesuai

Dulu saya pernah keluarkan entri cara-cara memilih coli dalam bentuk kiraan mathematik.

Katakan ukuran ukur lilit payudara  – 86 sm dan ukur lilit bawah payudara 74 sm. 86 tolak 74 = 12sm. Mangkuk coli yang adalah jenis B.

* Ukuran standard untuk mangkuk coli adalah mangkuk A – 10 sm, B – 12.5 sm dan C – 15 sm .

Entri lengkap  di sini – Petua ringkas jaga coli

Memilih coli adalah perkara rumit bagi perempuan. Bukan boleh pegang, belek, sentuh dan beli. Ini kerana bentuk setiap orang berbeza. Saiz saja berbeza² dan material juga mempengaruhi ketepatan jitu serasinya coli dan buah dada.

Jadi untuk tidak merumitkan murid² yang agak lemah dengan mathematik, hari ini saya berkongsi pula cara memilih baju dalam yang sesuai secara bergambar.


Masukkan tangan menerusi pita bahu.   Condongkan badan ke depan.   Biarkan buah dada masuk ke dalam mangkuk coli.  Pasangkan cangkuk.

* pasangkan cangkuk di depan, kemudian dipusing ke belakang itu cara yang salah ye Cik Kiah…


Baiki kedudukan tali bahu supaya selesa. Pastikan tali bahu tidak terlalu ketat atau terlalu longgar.


Tarik masuk lebihan isi buah dada ke dalam mangkuk coli. Pastikan buah dada masuk sepenuhnya ke dalam mangkuk coli.

Angkat tangan. Coli yang padan rapi tidak akan terangkat naik.

Kalau dah selesa dan sesuai, tukar semula coli asal, jangan terus disarung baju.  Saya tidak bertanggungjawap sekiranya anda ditahan kerana mencuri coli.

Gambar ini diambil dari fitting room Parkson tahun 2009 yang dipos dalam blog peribadi saya untuk rujukan dan panduan sendiri.

Tips dan teknik ini dikeluarkan oleh Triumph.

Rumitnya bab coli sehingga terdapat 3 mukasurat penerangan mengenai istilah coli di dalam Pusat Rujukan  Dewan Bahasa dan Pustaka.  Itu tidak termasuk rujukan dalam kategori Biologi.

  • Coli ( bra/ brassiere): Pakaian dalam wanita yang digunakan untuk membentuk dan mengampu payudara.
  • Coli Sari (cholee/choli) : Blaus sama sendat dan bergaris leher jeluk yang dipadankan dengan sari. Blaus ini biasanya dipakai oleh wanita India dan menjadi popular di Amerika Syarikat pada tahun 1968.
  • Coli Lekap (posts ) : Coli mangkuk tanpa tali dan tanpa bahagian belakang. Dipakai dengan melekapkan mangkuk coli pada payu dara dengan menggunakan perekat.
  • Coli Renang ( swimbra ) : Mangkuk berbentuk yang dicantum atau berasingan pada bahagian dalam sut renang untuk membentuk payudara
  • Coli Jeluk ( decollete bra/ plunge bra ): Coli bergaris leher bentuk V jeluk dan kedua-dua mangkuknya dicantumkan dengan pita penetap yang kecil dan dipakai bersama-sama pakaian berleher jelum.
  • Coli Memberi / Coli Saiz Bebas ( stretch bra/ one-size bra ) : Coli daripada fabrik kait spandeks, bertali kenyal dan biasanya mempunyai satu saiz atau adakalanya tiada berkancing.
  • Coli Ala Korset (long-line bra ): Coli yang menutupi bahagian payudara ke pinggang, dipakai bersama girdel, bertetulang wayar. Adakalanya dipakai tanpa tali.
  • Gaun dalam coli ( bra slip ) : Gaun dalam bercoli sendat yang popular pada tahun 1960-an.

boleh buka blog shopping jual bra…:lol:

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

38 thoughts on “Gambar : Cara Memilih Dan Mencuba Coli Yang Sesuai

  1. nak taye ckit ekk…beza coli hafcup dan fulcup??
    coli memang byk jenis…tp ada yg pki x padan ngan buah dada yee…apa reflek akan dtg…

  2. nak tanya cket..

    Katakan ukuran ukur lilit bawah payu dara – 86 sm dan ukuran payu dara 74 sm. 86 tolak 74 = 12. Mangkuk coli yang adalah jenis B.

    macam mana ukuran lilit bwh payu dara tu lebih besar dr ukuran payu dara??…ke den salah faham ukrn lilit bwh payu dara tu dan ukrn payudara tu…advice cket

    1. betullah tu, ada kesilapan sepatutnya ukurlilit payudara – ukur payudara – boleh klik link yang diberikan untuk rujukan entri sebelumnya kerana entri tersebut mengandungi beberapa tips lain . contoh untuk ukut dalam unit inci.

      terimakasih

  3. pernah teman someone untuk membeli..memula segan.tapi dah biasa..sampai tau lak kenapa yg jenis cenggini tak best, yg jenis cenggitu best..ooo.. 😎

  4. Tak pe Kak Jie,dengan entri macam ni,sekurang-kurang menambah pengetahuan am kepada pengunjung lelaki.Lagipun isu ini pun sebelum ni dibincangkan terlalu tertutup..Jadi macam mana la laki nak tau..hehe

  5. Banyak juga jenis-jenis coli yang saya tak tahu. Tapi cara memilih & cara pakai tu memang dah expert! Hahaha!

  6. kalau dia boleh jual secara terbuka, dengan dipakaikan patung model seksi, apa dia nak hairan kalau ada lelaki tertarik menarik…itukan sasaran dia..hehehe 😆

  7. lelaki tak pakai bra tapi tamai blogger lelaki ‘geek’
    dia tau ‘nilai’ entri ni – susah nak terang berbelik2 ni 😆

  8. Assalamualaikum,
    Mudah dijadikan panduan, tapi selalu juga buat-buat lupa kalau masa beli benda alah ni.

    Bermanfaat untuk lelaki dan wanita ya…

  9. Assalam..
    teringat satu kisah ttg coli ni suatu ketika dulu…
    antara si suami dgn si penjual…last2 si penjual yg malu..

  10. Akak tau, dalam 3 hari ini sahaja, sudah 2 blog yang menceritakan cara-cara pemakaian coli. tapi yang dalam blog satu lagi itu banyak lelaki yang komen. hahaha

Comments are closed.