Bunga Purple Showers Ruellia Brittoniana
Pengetahuan Am

Bunga Purple Showers Ruellia Brittoniana

Saya baru tanam pokok bunga berwarna purple ini sebulan. Ambil dari rumah mak saudara ( mak blogger Hairul Azni )sewaktu bercuti ke Gambang.

Masa tu tak tau apa nama pokok renek ini.ย  Panggil lavender saja sebab berwarna purple atau blue-violet.

image

Pagi tadi sesambil berkemas-kemas taman sebelum bercuti seminggu, nampak bunga-bunga purple ini meriah berkembang.

Carian di internet menemui nama sebenar bunga dalam jenis petunia ini adalah Ruellia brittoniana atau Mexican Purple Showers.ย  Bunga-bunga dalam spesis petunia dianggap eksotik kerana selain menghasilkan bunga dalam warna yang menarik, ianya bukan tumbuhan asal negara kita.ย 

image

Ruellia Brittoniana berasal dari Mexico dan barat daya Amerika Syarikat.

Bunga purple ini tumbuh renek kira-kira 3 kaki dan amat mudah untuk hidup.ย  Bunganya seperti tiub dan kekal kembang hanya sehari.

image

Pokok saya baru ada 6 batang, bila dah berkembang biak nanti elok untuk border dinding pagar kerana dengan ketinggian tersebut ianya sesuai sebagai pokok sempadan.

sent from my GT-i9300

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

46 thoughts on “Bunga Purple Showers Ruellia Brittoniana

  1. Terima kasih atas sharing gambar bunga kat atas. sangat-sangat cantik, izinkan saya untuk copy gambar bunga tersebut buat koleksi.

  2. tenang je tengok bunga tue. ^_^ suka. senang tumbuh ye sis? penjagaannya macam mana?

    1. susah juga nak cari info pasal bunga ni, sebab tak tau nak mula dari mana
      yang kita tau, bunga purple…nasib juga pengalaman mencari informasi maklumat membantu

    1. ayat nak masuk meminang ni
      intan tu masih sekolah, tanak nasi pun tak pandai
      jerang air pun main petik suiz je..masak kari je dia pandai………….. mee megi kari!

      hehehe

    1. baru je tanam, belum membiak rimbun lagi tu
      nanti boleh bagi kat kawanยฒ
      mudah sgt nak hidupnya
      potong batang, cucuk je kat tanah.. boleh hidup

  3. cantik bunga ni..
    saya tak boleh jaga bunga-bunga ni kak jie.. kucing saya buat macam taman permainan dorang je.. tahu tahu pokok dah senget la, pasu pecah la…

  4. purple, fave color! seronok kan bile pkok bunga yg ditanam menjadi. mmg nampak ala2 seri pagi ngan bunga raya ๐Ÿ™‚

  5. Sekali tengok pada gambar bunga yang close-up tu, macam bunga raya, tanpa stigma (bahagian yang ada debunga tu). Menarik warnanya.

    1. maca seri pagi, hanya kekal sehari
      mudah nak tanam. patahkan batang dan cucuk
      tak sampai 2 bulan tanam, dah meriah berbunga…

Comments are closed.