Buah Tunjuk Langit
Pengetahuan Am

Buah Tunjuk Langit

buah tunjuk langit bentuk

Inilah Buah Tunjuk Langit. Buah ini memang mengadap langit bukan terjuntai seperti buah biasa kita tengok. Saya ambil kat rumah adik di Sungai Petani. Pokok Tunjuk Langit ni tumbuh depan rumah dia. Dia kutip buah yang dah gugur atau dijolok apabila dah matang.

Buah Tunjuk Langit dimakan sebagai herba traditional untuk melancarkan darah sesuai untuk pengawal penyakit kencing manis dan darah tinggi.  Ada banyak lagi khasiat Buah Tunjuk Langit tetapi saya tak berani nak memberi testimonial perubatan.  Amalkan saja sebagai salah satu usaha kerana setiap tumbuhan yang diciptakan Allah ada khasiat dan faedah kepada manusia.

buah tunjuk langit

Buah yang matang tu kita jemur dan  akan pecah/merkah seperti buah getah. Dalamnya ada kepingan nipis kelongsong warna cokelat yang mengandungi biji di dalam berwarna putih. Bijinya ringan dan akan diterbangkan angin mengikut proses semulajadi. Sebab itulah ada yang memanggil buah Tunjuk Langit ini sebagai  ” Buah Putar Angin”

Buah Tunjuk Langit atau nama saintifiknya Swietenia macrophylla juga dikenali sebagai Sky Fruit atau Buah Mahagony. Pokok herba ini adalah tumbuhan liar yang tumbuh di kawasan hutan hujan tropika. Pokok Mahogani adalah spesis balak yang berkuali tinggi yang berbuah setahun sekali sahaja.

biji buah tunjuk langit

Biji akan dikopek dan isi seperti kuaci itulah yang dimakan.

Cara makan Buah Tunjuk Langit:

  • Kunyah dan telan
  • Patah-patahkan biji dan rendam sebagai teh
  • Patah-patahkan atau hancurkan biji, telan terus dengan air – ini tahap saya yang tak tahan rasa pahit :p

Rasa Buah Tunjuk Langit ni sangatlah pahit. Selepas kita kopek isi bijinya, tangan masih terasa pahit.  Yang pahit itu penawar kata orang, jadi telan sajalah sebagai salah satu usaha.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

20 thoughts on “Buah Tunjuk Langit

  1. Tak sangka kat dalam dia ada biji. Macam kuaci la pulak. Tapi rasanya generasi yg lahir tahun 1980an ke atas memang tak sanggup nak mkn ni hihi

  2. Sememangnya buah-buahan tradisional ni banyak kelebihannya. Ramai yang dah tau, dan dah dibuktikan secara saintifik.

    Tapi dek kerana rasanya yang tak memenuhi selera tekak, khasiatnya juga diabaikan. Kita lebih suka yang sedap walaupun tahu bahayanya.

    Contoh macam buah mengkudu. Dari buah hinggalah ke akarnya ada khasiat yang boleh dimanfaatkan. Selain ianya mudah untuk ditanam.
    Jom terjah post menarik dari Pakar Merawat Sihir ..7 Jenis Sihir Melibatkan Suami Isteri & Ketahui Tanda-TandanyaMy Profile

Comments are closed.