Buah ni kami jumpa pada hari terakhir di Chiangmai, Thailand. Ada sebiji dalam bakul bersama buah-buah lain yang dijual di gerai kuih depan Masjid Hidayatul Islam Banhaw Halal Street Hilal Town. Nampak macam buah hiasan, buah plastik. Teruja tak pernah jumpa, kami beli juga dengan harga 40 Baht.
Penjual tu dah bagitahu nama. Kami pun dah menyebut 10 kali tapi lepas gerak 10 meter masing-masing pun dah lupa apa nama buah tersebut. Balik ke guesthouse, tanya staff semula. Nama buah ni ‘Gac Fruit’. Dengan maklumat tersebut, barulah saya google mencari maklumat. Makcik penjual tu pun tak berapa pandai nak terangkan cara-cara nak makan buah tersebut.
Gac Fruit atau sebutannya Fak Khooa ( bunyinya Fuck Cow ) bukanlah buah yang mudah dijumpai di Thailand kerana ianya buah bermusim setahun sekali dan biasanya lebih senang didapati pada bulan Disember dan Januari. Buahnya akan matang berwarna oren gelap dalam bentuk bulat atau bujur. Pokonya menjalar seperti pokok markisa.
Di Chiangmai, jus Fak Khooa di jual sebotol dengan harga 15 Baht. Buah ni tak boleh makan macam tu sahaja kerana ianya beracun. Ianya kena buat jus dan penyediaan yang betul.
Sampai di rumah, saya mula mencari maklumat di youtube cara menyediakan jus buah Fak Khooa tersebut. Rasanya tak terlalu manis tak terlalu masam , hampir kepada rasa strawberry.
Inilah isi bahagian dalam buah Fak Khooa – isi pulpa merah dan berbiji hitam.
Keluarkan semua isi buah dan ramas di dalam air untuk memisahkan biji berwarna hitam dengan pati pulpa berwarna merah.
Biji buah Fak Khooa yang akan dijadikan benih dan semangkuk jus.
Pati yang terhasil perlu di masak hingga mendidih.
Campur pati buah Gac dengan air dan gula untuk mendapatkan rasa yang diingini.
Nama latin bagi buah ini ialah Momordica cochinchinensis . Fak Khooa kaya dengan antioksidan beta- karotena, lycopene (70 kali lebih daripada pada tomato ), dan zeaxanthin. Ia mengandungi kepekatan tertinggi beta karotena daripada mana-mana buah-buahan atau sayur-sayuran.
Beruntungnya kerana berpeluang bertemu dan merasa buah yang jarang ditemui seperti ini.
wahh..
pelik betul isi buah tu eh.
Memang unik rupanya…bila dah buat jus nampak sedap sangat tuuu
Bila sekali imbas, nampak macam mainan yang diperbuat dari getah tu
macam ikan buntal pun ada..isi dalam plak nampak macam ulas nangka 🙂
Jom terjah post menarik dari Amir ..Video 9 minit ni akan dedahkan cara tingkatkan jualan tanpa perlu tambah kos iklan
1st time tengok buah ni kak jie… comel pula bentuk nya..macam durian kecil.. 🙂
Jom terjah post menarik dari Aya ..Set Bersalin NR – 11 Kelebihan Nona Roguy Wajib Tahu!!
jauh berjalan luas pengalaman, sebab tu kena travel selalu, world is an open book, never find the end..
Jom terjah post menarik dari Nurul ..Testimoni Herb-Lax
belum pernah lihat buah seperti ini
First time dengar dan tahu sal Gac fruit ni…buah-buahan negara Gajah Putih ni macam-macam kan?
first time tengok buah ni.. pelik2 sungguh buah2an kat Thailand kan?
Subhanallah uniknya buah ni. Kalau saya yg dapat entah2 saya makan terus camtu ja. Tak sempat nak buat jus dah. Hihi
Jom terjah post menarik dari ummi mra ..9 Tip Untuk Anak Yang Kurus & Enggan Makan
Momordica Cochinchinensis banyak ditemui di Thailand, Laos, Vietnam, Myanmar dan China. Khasiat tinggi dan dijadikan sebagai makanan tambahan.
Jom terjah post menarik dari Inspirasi Huda ..Promosi Shaklee September 2015
wahhh macam sedap sangat… merahnya tu boleh buat meleleh liur..hihi
Jom terjah post menarik dari efie muhamad ..SHAKLEE STAR ASIA TRIP – BANGKOK
wahhhh, nampak sedap sangat.. merahnya tu memang buat telan liur lah..hihihi
Jom terjah post menarik dari efie muhamad ..SHAKLEE STAR ASIA TRIP – BANGKOK
Nampak sedap. Terutama bila warna merah. Tambah berselera. Macam sedap. Macam mana rasa jus ni
Jom terjah post menarik dari ChikTie ..Aktiviti bertema : Tema Kenderaan Di Darat
pelik juga nampak buahnya kan
Jom terjah post menarik dari Raihanah Ahmad ..Kesan Soya GMO dan Soya Non-GMO
Yang bleh makan cuma yang warna merah tu je ek.
Ingatkan yang tebal kuning tu pon bleh makan.
Jom terjah post menarik dari Sue ..Insurans perumahan MRTA, MRTT, MLTA dan MLTT. Mana satu nak pilih?
Bagus buah ni kaya antioksidan.
Untung kak Ji dapat rasa buah exotik ni 🙂
Jom terjah post menarik dari Siti Zawiyah ..Sembuh Diabetes Tanpa Ubat
antioksidan yang tinggi memang elok untuk kesihatan
Jom terjah post menarik dari Raihanah Ahmad ..Fenomena ESP Jadi Pilihan Ramai Wanita
Nampak macam durian ,bang
Salam kenal saya baru belajar menggunakan blog
macam buah durian..tapi bukan..tak pernah sy cuba makan buah ni…mesti sedap ni…mesti cuba ni..:)
Jom terjah post menarik dari Coway Malaysia ..Coway Water Filter Pilihan Rakyat
Bentuk buah tu macam buah terung pungaq kata orang kampung Aina tetapi buah tu tak boleh makan sebab beracun. Lagipun buah terung pungaq tu kecik dan pokok tak menjalar.
boleh hidup tu kalau tanam..peh kacuk ape entah ni…kalerful
Jom terjah post menarik dari Belang tarung ..Bagaimana Wang Kertas Di Buat Serta Peranan Emas dan Perak Sebagai Mata Wang
Kak Ji simpan biji? Mana tahu kot-kot hidup.. Boleh cuba tanam di Malaysia lepas ni.
Jom terjah post menarik dari Travelog Siti ..Walnut segar dari ladang
Nampak macam buah mainan.. memang kena masak ke kak jie? ingat leh makan terus..
Jom terjah post menarik dari azstory311 ..Masalah Cicak Yang Bermaharajalela..!!
setuju dengan @akubiomed.. ingtkan spesis durian..unik.. Subhanallah
Jom terjah post menarik dari kaki pelangi ..EPAL KURANGKAN RISIKO JANTUNG
Sekali pandang macam buah durian. Rasanya masam-masam macam strawberry. Nampaknya kena tambah gula.
Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Dell Professional P2211H Monitor LED sebagai monitor kedua