Banci Penduduk Tu Apa Mama?
Pengetahuan Am

Banci Penduduk Tu Apa Mama?

Pagi tadi waktu dalam perjalanan ke sekolah Intan tanya “Katakan dia mengandung, semalam orang dah datang tanya-tanya …kemudian hari ini dia bersalin, nak kira macam mana ye?”

Tanpa mukadimah tanpa permulaan tiba-tiba itu yang keluar dari mulutnya. Apa yang terlintas dalan fikiran, terus  mohon jawapan. Nasib baik saya cepat tangkap. Ini mesti kes semalam. Topik perbincangan kami sepanjang balik dari sekolah.

Sekarang di kawasan perumahan saya digantung bunting “Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 “. Bagi budak yang perihatin dengan persekitaran tempat, dia nampak saja sesuatu benda baru, naluri ingin tahu membuatkan berbagai soalan dia tanya mengenai banci.  Siapa, kenapa, apa dan bagaimana.

Saya bagitahu dia, zaman saya dulu ada orang datang ke rumah dan tanya beberapa soalan tentang berapa orang tinggal dalam rumah, berapa orang kanak-kanak yang ada, berapa ramai orang dewasa , berapa orang yang kerja, ada air atau elektrik dan beberapa soalan lagi yang saya pun dah lupa.

Kemudian orang tu akan lekat satu kertas sebesar buku 555 ( dia ada buku ini, buat conteng-conteng ) pada dinding depan rumah. Saya anggap kertas tersebut sebagai tanda, rumah ini telah dibanci. Kadang-kadang kertas tersebut bertukar warna dan pudar tak boleh dibaca tetapi masih lagi tersemat di dinding rumah sehingga bertahun-tahun.

Saya bagi tahu dia, data-data yang dikumpulkan ini membolehkan kerajaan tahu secara purata jumlah penduduk negara, pekerjaan penduduk , pendapatan isi rumah dan kemudahan asas.   Bila dah tahu, senang untuk buat perbelanjaan negara dan perancangan penyediaan kemudahan penduduk.  Data tentang kanak-kanak membolehkan kerajaan merancang pembinaan sekolah baru untuk sesuatu tempat.

Tak sangka pula dia boleh terfikir hingga soalan ibu mengandung.. anak dan mak bersembang isu negara.

INFO Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010

Banci kelima yang akan dijalankan sejak tertubuhnya Malaysia pada tahun 1963. ( 1970, 1980, 1991 dan 2000 ) akan meliputi semua jenis tempat kediaman dan penduduk (termasuk bukan warganegara) yang tinggal/akan tinggal di tempat kediaman mereka bagi tempoh enam bulan atau lebih dalam tahun 2010 pada Hari Banci.

Tempoh pembancian akan mengambil masa selama dua bulan iaitu bermula dari 6 Julai hingga 22 Ogos 2010. Hari Banci 2010 telah ditetapkan pada 6 Julai 2010 yang jatuh pada hari Selasa iaitu satu hari yang dianggap mempunyai mobiliti penduduk yang minimum.

* mobiliti – perihal mudah bergerak dr satu tempat ke tempat lain, berpindah tempat tinggal, bertukar pekerjaan dsb. ( Kamus Dewan )

Objektif Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010

  • Mengumpul maklumat perangkaan yang menyeluruh berkaitan penduduk dan perumahan negara.
  • Menyediakan maklumat yang meluas tentang:
  • – Bilangan penduduk dan isi rumah serta ciri-ciri demografi, sosial dan ekonomi;
    – Bilangan tempat kediaman mengikut jenis, ciri dan kemudahan asas yang sedia ada.

  • Menyediakan data asas penduduk dan perumahan di pelbagai peringkat geografi sehingga kekawasan yang kecil;
  • Mendapatkan maklumat terperinci berkaitan migrasi dalaman dan antarabangsa untuk melihat pola migrasi;
  • Asas kepada penyediaan geran daripada Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri; dan
  • Input kepada anggaran dan unjuran penduduk semasa

Ada 3 jenis kaedah pengumpulan data bancian

  • Temu ramah bersemuka
  • Drop-off and pick-up (DOPU) – Pembanci akan meninggalkan (drop-off) Kit Banci untuk responden mengisi sendiri dokumen dan mengambil semula (pick-up) dokumen yang telah lengkap diisi pada tarikh yang dipersetujui .
  • e-Census – Buat pertama kali, bancian memperkenalkan kaji selidik secara online di kawasan bandar  dengan mengisi soal selidik melalui laman web jabatan www.statistics.gov.my
  • Sumber : Laman web rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia.

    ©kujie – teringin nak cuba e-census , tapi saya tinggal kat hulu…

    Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

    35 thoughts on “Banci Penduduk Tu Apa Mama?

    1. Tahniah Kak Jie.. betul lah tu.. soklan pasal mengandung ni cuma di tanya kepada penduduk Sabah dan Sarawak sahaja. kat semenanjung rekod kelahiran dah lengkap. so sbb tu bayi yg lahir selepas 6 Julai 2010 tak perlu dibanci.. begitulah al-kisahnya..
      Jom terjah post menarik dari Benci ah ..EventsMy Profile

      1. kak jie bagitau lah…baby tu msk dlm banci akan dtg
        entah betul ke tidak

        tak pasti la juga dlm soalan tu ada tanya pasal due date, pasal mengandung, pasal lahirkan anak..hehe

      1. banci ni bukan urusan dgn anak – biasanya mak bapa yang jawap..jadi dia kurang faham
        tapi kita mak bapa pun bkn faham sgt pun… sesekali

        org tanya – kita bagi kerjasama sudahlah..itu bahagian kita

      1. itulah…rasa xcited nak cuba banci online
        baguskan…

        itulah budak2…kadang2 apa yg dia fikir sukar dijangkau..

      1. akan datang..hehe
        kalau dtg banci kt rumah kak jie, bagitau awal
        leh lah wat puding sagu gula merah ke 😆

    Comments are closed.