Pengetahuan Am

Asid Gastrik

Saya baca kisah potret lukisan Mona Lisa di Muzium Louvre disimbah teh panas oleh seorang pengunjung wanita. Bagaimanapun, tindakan pantas pengawal di situ berjaya menahan wanita Russia terbabit dan lukisan legenda Leonardo da Vinci itu yang dilindungi kaca kalis peluru tidak mengalami sebarang kerosakan.

Tiba-tiba teringat Green Tea, Jasmine Tea hadiah dari Beijing.

Teh…apalah sangatkan sebab kita di Malaysia lagi ganas. Rasanya berita disimbah asid paling kerapa kita dengar dari disimbah teh.

  • Seorang konstabel polis mengalami kecederaan di badan selepas disimbah asid oleh isterinya di rumahnya . Difahamkan kejadian berlaku kira-kira pukul 4.30 pagi ketika anggota polis berusia 20-an itu berada di dalam rumah berkenaan bersama teman wanitanya. Anggota polis itu dipercayai sedang dalam proses perceraian dengan isterinya. – 17/08/2009
  • Seorang bapa bertindak kejam memperkosa dan menikam anak tirinya sebelum menyimbah asid kepada mangsa kerana bimbang perbuatan tersebut terbongkar. Suspek yang berusia 58 tahun itu bagaimanapun ditemui mati setelah dipercayai bertindak membunuh diri dengan meminum asid selepas kejadian tersebut disedari oleh sekumpulan penduduk kampung – 09/08/2009
  • 40 buah kereta disimbah asid di kawasan di Apartmen Aman Putra Jinjang Utara – 19/01/2009
  • Seorang peniaga barang kemas terpakai, melecur di bahagian kepala dan dada akibat disimbah asid seorang pembonceng motosikal yang turun meluru ke arahnya di bandar Pasir Mas – 13/07/2007
  • Seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan mendatangkan kecederaan parah dengan cara menyimbah asid ke muka suaminya – 30/03/2007
  • Mangsa simbah asid oleh suaminya, Ramlah Mohamad, diakui jiran dan kaum keluarga sebagai seorang wanita yang cantik dan diminati ramai lelaki – 01/03/2007
  • Seorang nelayan dihukum penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mengugut untuk menyimbah dua rakan sekerjanya dengan asid. – 01/06/2006
  • Seorang anggota tentera yang berterus terang menyatakan hasrat untuk berpoligami cedera parah pada bahagian muka dan keseluruhan badan selepas disimbah asid, dipercayai perbuatan isterinya dalam kejadian di Kampung Legeh, Jeli – 02/08/2005
  • Seorang bekas banduan dihukum penjara 12 tahun dan sebatan tujuh kali oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah mengaku salah menyebabkan kecederaan dengan menyimbah asid ke atas seorang sepupunya – 28/04/2004
  • Seorang detektif dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang cedera parah pada badan dan mukanya terkena asid yang disimbah oleh dua lelaki tidak dikenali di sebuah taman permainan di Jalan USJ 11/7, Subang Jaya – 11/03/2004

Sebut pasal asid, teringat pula  kes rembesan asid hydroklorik ( hyperacidity ) di dalam perut yang menyebabkan penyakit popular bulan puasa, gastrik (peptik ulcer disease (PUD)) .

Mengikut kajian , ketika berpuasa rembesan asid hydroklorik ini tidak bertambah malah didapati puasa boleh mengurangkan rembesan asid ini oleh itu pesakit gastrik berupaya untuk berpuasa.

Tip sepanjang bulan puasa untuk pesakit gastrik.

  • Mengambil berat tentang pemakanan semasa bersahur bukan hanya disebabkan oleh masalah gastritis tetapi kerana ia merupakan amalan yang disunatkan
  • Bersahur pada waktu menjelang imsak dan bukannya sebelum tidur
  • Bersederhana semasa berbuka dan tidak mengambil makanan berlebihan kerana ini mungkin menyebabkan sebu hulu hati
  • Mengelakkan makan sepanjang malam dan tidur dalam keadaan perut yang penuh. Keadaan ini hanya membebankan usus yang sepatutnya berehat semasa tidur. Makanlah antara tiga hingga empat jam sebelum tidur
  • Elakkan tabiat terus tidur sebaik makan sahur kerana ia menimbulkan masalah pada sistem penghadaman
  • Elakkan makanan yang bercuka , rempah dan berlemak
  • Sesetengah sayuran mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kubis dan kacang soya. Hindari makanan ini
  • Bersahur dengan makanan dan bukan sekadar minum air supaya dapat mengisi perut yang kosong
  • Solat tarawih bagi memudahkan penghadaman makanan.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

28 thoughts on “Asid Gastrik

  1. Kujie,
    Setuju sangat, apalah sangat dengan teh tu.
    Yang kat Malaysia ni memang lagi ganas, suka sangat simbah asid..
    Hmmm…bagus tips untuk orang yang ada gastrik tu.

  2. semlm aku kena serang gastric masa blk kerja…kul 5 ptg lak tu…tetiba je air mata aku bgenang2…ubat mmg ada standby tp yg buat aku sedih tu aku nak sgt bpuasa mcm tahun2 sebelum aku ada penyakit ni….pilu sgt rasa hati semlm tu apakah ini ramadhan aku yang terakhir…hahh sampai mcm tu aku pikir….last2 aku buat keputusan aku nak teruskan jugak puasa aku ptg tu sambil aku bdoa dlm hati semoga Allah redakan gastric yang menyerang aku masa tu….sakit wooo sampai takleh nak bnafas….alhamdullillah….Allah makbulkan niat aku petang tu…gastric aku myerang tak kira waktu….tu yang aku risau tu….mintak2 lah jgn sampai aku tpaksa korbankan puasa aku…kepada yg suka guna gastrik sbg sebab tak puasa…bawak2lah btaubat…sesungguhnya apabila nikmat itu ditarik masa itu barulah tau mcm mana rasa…..

  3. Harap takdelaa kene gastrik puasa tahun ni.. pernah kena tapi bukan di bulan ramadhan.. apapun itu bukan tiket untuk terus pegi makan sampai tak ingat..
    .-= nuaeman´s last blog ..Jom Tarawih! =-.

  4. Ooo… Tie memang ada gastrik. Tapi bila puasa memang tak pernah kena.

    Sebabnya kita berniat, dan maklumat itu sampai ke otak. Otak akan berkomunikasi dengan organ dalaman. Perut akan jadi ‘baik’, ekekeke……..
    .-= Tie´s last blog ..Mimpi lagi =-.

    1. @maza,
      Amboi…pokcik ni asyik ingat makan je…puasa baru 3 hari dah ingat kuih raya !! Memang nak kena pulas telinga !! :mrgreen:
      .-= Tie´s last blog ..Mimpi lagi =-.

    2. @maza, alahaiii…nostalgia tu buat kuih siput….dulu2..itu je kepakarannya… hehehehe

      masa zaman ‘microwave cap butterfly’

      huhuhu…….

  5. waa entry kona lipat gitu hari ni kak jie. dari teh – kona pi asid – kona pi asid dalam perut 😎
    Wanita tu nak ajak Mona Lisa nge-teh kot.
    Ngeri lah baca kes2 simabah asid. Kalau hilang ehsan camtu lah jadi nya 🙁
    Elok sangat tips tu…selalu amik mudah ja terutama sahur.

    p/s: masak apa juadah berbuka hari ni kak jie, nak sikit 😀
    .-= iza~de~bintang´s last blog ..Mentari Terik Tak Terasa… =-.

    1. @iza~de~bintang, bulan-bulan posa tak buleh ‘lurus’ sangat…ramai yg mengantuk..huhuhu

      ramai yg duduk bujang mmg tak bersahur..itu penting, kan.

      kak jie tak de masak penuh meja aih..tak reti nak makan..satu jenis je cukup

  6. kak jie dah keluarkan nasihat rempah ratus dia dahh,hahha
    sape yang buat2 tak faham lagi tu,faham2 kan la yee….

    tak boleh puasa sbb gastrik? hehehe

  7. saya memang tak faham dari dulu lagi. perkataan paling popular dikalangan rakan-rakan beralasan untuk tidak berpuasa.

    tuhan maha mengetahui, subhanallah.

  8. tiba puasa je,gastrik pun tiba sama ek..tade gastrik,tiba2 ada tu yg masalah tu…hehehe

    simbah teh?kalau saya disimbah teh..saya nganga je..teh free tu..hhehehe

Comments are closed.