Update Galaxy S3 Android 4.1.2
Panduan

Update Galaxy S3 Android 4.1.2

Akhirnya Galaxy S3 saya dah update official firmware Jelly Bean Android 4.1.2 selepas Samsung memperkenalkan kemaskini kepada pengguna di Malaysia akhir bulan lepas.

image

Mudah saja  cara nak update Galaxy S3.

  • Restart
  • Setting – About Device – Software Update.
  • Klik Update untuk semak adaakah telefon telah menerima kemaskini tersebut.

image

Saya ambil masa lebih kurang 25 minit untuk proses kemaskini Android 4.1.2.  Tempuh masa bergantung kepada kelajuan capaian internet.

Lepas update, saya hantar message pada Angah, konon-konon nak berlagaklah.. kan!

“Angah dah lama ada 4.1.2 lah… Along pun dah upgrade, Abah pun…. ” cepat saja dia balas.  Terlupa pula dia dah install custom rom untuk S1, S2 dan Splus masa cuti semester baru-baru ni.

image

Ini komen lengkap Angah mengenai Android 4.1.2 yang dia pernah tulis di forum. Saya copy paste saja, anak beranak boleh kawtim.

  • Video call with Gtalk. No Gtalk vid call on Gb.
  • Beautiful UI. The spaces, the consistency of usage of colours, the fresh new look of android.
  • Built in Data Monitor. I can track my data usage and warning if almost reach limit.
  • Expandable volume control(we can set media volume, ring volume and alarm volume just by pressing the button)
  • Great keyboard.
  • More apps supported.(apex launcher, some games, Chrome, stuff)
  • Settings button accessible in notification
  • Swipeable notification (I like this because i can keep my text message to be read later while deleting other notification)
  • Quick reply text messages using button on notification area without opening the messaging app.
  • Google Now cards. It shows stuff without having to search for it.
  • Very organized system settings.
  • Different Widget displayed.(eg. Google+ widget in GB is a text bar to post new statuses. In JB, it shows people from our circle’s posts.)
  • Fast stock browser. (Updated html support)
  • Can save web page for offline reading.
  • Can place shortcuts on lockscreen.
  • Apps on the market had given guidelines on the app layout.(not making apps that looks like iPhones and Windows phone apps)
  • No pre-installed bloatwares.
  • Can block push notification

image

Multi Window Galaxy S3 Android 4.1.2

image

Dengan Multi Window boleh buka dua window setentak – atas dan bawah.  Boleh twit sambil layan youtube atau tengok TV.  Separate bar boleh diubah untuk dapatkan space yagn kita mahu. Yang paling best dapat edit gambar dengan mudah gunakan Paper Artist 

Kalau tak dapat update secara OTA ( over the air ) bolehlah memuat turun terus melalui Samsung KIES.

sent from my GT-i9300

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

66 thoughts on “Update Galaxy S3 Android 4.1.2

    1. Pertama sekali, nyatakan version android.
      Kedua, nyatakan beli di negara mana phone tersebut.
      Ketiga, check baseband dalam about phone kat settings.

  1. Saya punya android pun baru update dari ice-cream sandwich ke jelly bean 🙂
    Masalahnya saya still tak biasa lagi dengan jelly bean ni. Hihi

  2. s3 suami sy pun dah upgrade ke 4.1.2..jeles je..sy masih menunggu official jellybean utk galaxy note…huhu lambatnya..

  3. Bestnya kalau ada Galaxy S3 jugak.. Tapi nak buat macam mana, masih guna Galaxy S je sekarang ni.. Takde kemampuan lagi nak dapatkan S3..

    Tapi Galaxy S saya pun guna Custom ROM jugak.. Jelly Bean.. CyanogenMod 10.1.. Android 4.2.1.. 😀

    1. samalah… Angah tu guna S sl, kalau S1 ramai juga orang tau, kalau SL mmg limited saja, developer pun tak ramai nak custom rom. Dia lagi awal pakai 4.1.2 sebab dia custom rom sendiri. Kak Jie je nak tunggu official firmware.
      Along Splus . suami kak jie S2 pun lagi awal upgrade…

    1. erk.. kak jie cuma update official firmware samsung saja.. tak nak root .
      perlu check software update saja..klik apa yg patuh…siap.

      anak² kak jie org muda mcm korang bolehlah… nak godek itu ini.

    1. masa tu dah version lagi terkini.. yang ni dah so yesterday
      teknologi bergerak laju
      apa yang kita belajar kat semester 1, bila dah final year dah ketinggalan ..hiks!

  4. Emm seronoknya dapat buat team sama anak beranak..haha..tak pernah lagi cuba teknologi mcm ni..rasa ketinggalan jer hidup ni..hehe..

    1. anak kak jie minat benda ni, dia masih foundation kat kedah
      tak ada masa nak berblog… kalau entri teknikal mcm ni, kak jie akan tanya dia
      dia reply kat whatsapp… hiks!

    1. Sebenarnya Android bukan saja ada di dalam telefon mahal
      ada beberapa kategori harga mengikut kemampuan pembeli
      sebab itulah android agak terkenal , kena ianya memenuhi keperluan pelbagai peringkat kemampuan pembeli, bukan target kepada sasaran segolongan sahaja.

  5. belum ada rezeki untuk mencuba telefon mahal-mahal ni. Tapi pengetahuan macam ni, patut diambil perhatian untuk kemudahan akan datang 🙂

    1. bukan semua yang beli s3 tahu ada update terkini atau untuk upgrade
      kakjie untung sebab ada anak remaja yang kerap berkongsi info… boleh je bercerita bab mcm ni

  6. gua tak mampu kata apa-apa. hp gua cuma boleh sms dan call sahaja. Paling hebat pun, leh dengar radio dan ada kalkulator..

    lampu dah rosak. haha

    1. sama. 2011 Sony Xperia famili tak dapat update JB. lagi pula Sony dan Ericson berpecah.

      p/s: dok jeling-jeling Xperia Z 😉

    1. alaaaa…jgn lah ckp mcm tu
      kalau kak jie ada 10, kak jie bg satu ye… ye… cian dia…hahaha

      kak jie beli dgn duit hasil blogging. hadiah utk diri sendiri :p

Comments are closed.