Dua tiga hari lepas, saya hampir dirempuh dari arah hadapan oleh sebuah motorsikal yang terbabas sewaktu mengambil selekoh. Beberapa meter dia berpusing dan motorsikalnya bergelungsur ke arah bertentangan iaitu arah kedudukan kereta saya sedang bergerak.
Kejadian berlaku di kawasan perumahan kami, syukur kerana penunggang motorsikal tidak cedera, morotsikal tidak rosak teruk dan saya yang berada di arah bertentang juga selamat. Musim hujan macam sekarang ni , jalan memang basah dan licin. Periksalah bunga tayar kenderaan kita selalu.
Kadang-kadang keadaan jalan juga boleh menyebabkan kenderaan mudah terbabas seperti pasir atau lumpur yang terpercik ke atas jalan.
Hari ini saya nak share tips dan panduan memandu di waktu hujan yang saya ambil dari Laman Facebook Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia). Moga kita bersedia dalam keadaan tersebut dan mengambil beberapa langkah perlu yang mungkin boleh mengelakkan kita dan pemandu lain di timpa musibah semasa pemanduan.
Tips Memandu Semasa Hujan Lebat
- Elakkan menekan brek secara mendadak apabila kereta tergelincir – cara terbaik ialah kawal pemanduan menggunakan kemudi (steering).
- Kalau boleh, jangan memandu di lane paling kanan. Percikan ke cermin hadapan kereta apabila kenderaan dari arah berlawanan terlanggar lopak air akan menghalang pandangan ke depan.
- Jangan mengekori terlalu rapat dengan kereta di hadapan.
- JANGAN menyalakan lampu kecemasan (hazard), kerana lampu itu sepatutnya dinyalakan apabila BERHENTI sahaja.
- Elakkan memandu terlalu laju. Kelajuan melebihi 80 km/j akan mengakibatkan kenderaan mengalami Hydroplaning. Ia adalah satu fenomena di mana tayar kenderaan anda kurang menyentuh permukaan jalan dan ianya seakan-akan meluncur di atas jalanraya
- Selepas meredah jalan dinaiki air, elakkan terus memandu laju kerana sistem brek tidak berfungsi sepenuhnya berikutan permukaan brek yang basah.
- Pasang lampu. Kereta sekarang kebanyakkan berwarna silver, bila gerimis pun, warna dah kabur dan tidak jelas bagi pemandu lain.
- Ketika memulakan perjalanan ketika hujan, keringkan tapak kasut kerana boleh terjadi tapak kasut licin sewaktu memijak pedal minyak atau brek
Tips tambahan, gunalah cermin mata hitam ( sunglass ) jenis polarized. Sunglass jenis polarized sesuai dipakai semasa memandu di waktu malam, ketika hujan atau apabila pandangan kabur. Saya gunakan cermin mata hitam jenis ini, suami belikan sewaktu balik dari Algeria. Memang pandangan lebih jelas, bersih dan kurang silau apabila memandu di waktu malam.
Nota : Suami saya di Hulu Terengganu, air dah naik tetapi belum maksimum. Kepada penduduk Kuantan, terutamanya sepupu saya Hairul Azni dan keluarga Mak Su, keluarga Mak Wa saya di Kuantan semoga semuanya selamat.
kalau lebat sangat kak, kat kawasan pekan-pekan ke ape saya rela berhenti cari kedai mamak dan hirup secawan kopi panasss..
fuhhh..
*tips entri ini asas yang perlu dikongsi!
alin adalah org yg tak boleh bwk kereta sms hujan…semuanya tak nmpk…kena berhenti kereta hingga hujan berhenti
salam Kak Jie , saya kurang setuju pemakaian cermin mata hitam polarized pada waktu malam…sebenarnya pada waktu malam adalah lebih baik tidak memakai sebarang kanta cermin mata bertinted termasuk polarized…
tidak dinafikan memakai kanta polarized pemandangan kita lebih sharp , tetapi ianya hanya sesuai untuk dipakai di siang hari sahaja…
pada waktu malam kurang cahaya , maka jika memakai sebarang kanta bertinted akan mengurangkan lagi jumlah cahaya memasuki mata…
Alhamdulillah. Tips yg memang wajar kita ambil dan amalkan. Kalau tak amal, memang biasanya sukar utk dilaksana bila keadaan sebenar terjadi.
Terima kasih kak jie berkongsi…best
p.s- moga2 sedara2 kita yg alami bah sabar dan selamat semuanya…ameen
Eh saya pun ada pengalaman yg sama macam kak jie, cuma masa tu bukan hujan tapi waktu pagi, jalan licin disebabkan embun. Nasib baik saya sempat elak motor yg masuk dilaluan saya…
Selama musim hijan sangat riskan sekali terjadi kecelakaan, kita harus selalu berhati2 dalam pengemudi di perjalanan
trims atas tipsnya Kak Jie 🙂
Mood pemanduan selamat patut diamalkan semasa hujan.
Maksudnya, ketengangan perasaan sbelum mulakan pemanduan tu penting. Kalau tengah marah2..elakkan memandu…bahaya…kan?
tips yang sangat membantu untuk memandu dengan baik saat musim hujan…
Memang banyak kemalangan dalam musim hujan ni. Dalam minggu ni sahaja, ada dua orang kenalan saya terlibat dalam kemalangan. Mujur tiada kecederaan berat.
Musim hujan ni juga, saya perhatikan kebanyakkan pemandu di KL ni masih lagi memandu secara sembrono tanpa ambil peduli keselamatan pengguna lain terutamanya penunggang motosikal.
Baru tau cermin mata hitam polarized boleh pakai malam2.. tapi pandangan mata tak gelap ke ek?
suami saya gunakan rain x utk cermin depan dan belakang, air memang meluncur laju. cermin pun bersih je. tapi, kena rajin sapu sebulan sekali. 🙂
Ketika hujan, jalan raya akan basah dan tayar tidak mencengkam sebaik padi hari tidak hujan. Lebih bahaya lopak yang disangka cetek sebenarnya dalam boleh mengundang kemalangan kalau tayar terbenam ke dalam lopak air diatas jalan raya.
Ini salah satu perkara yg menakutkan pengguna jalanraya. Lopak ‘tersembunyi’ bak perangkap buat pengguna.
tu la. memang ramai yang pakai lampu hazard tu..
dan juga, pastikan cermin hadapan bersih dan juga kalis air (hujan). Cermin kalis air akan menyebabkan air yang jatuh ke atas cermin akan tergelongsor sendiri secara tarikan graviti ataupun tolakan angin.
Cermin yang tidak kalis air akan menyebakan air hujan yang jatuh atas cemin akan stay statik dan mengkaburkan pandangan. Kalau guna wiper pun, masih ada sisa air pada cermin.
saya memang selalu menggunakan sunglass polarized time drive….
dgr dr ikimfm, semasa masuk ke dalam air separuh dr tayar, kena memandu perlahan dgn pada masa yg sama menekan brek, supaya break disk sentiasa panas dan tak bengkok..
thanks sharing tips nie kak jie..Insyallah,setakat nie mengikuti tips yang diberikan..
Hmm. baru tahu tentang pemakaian polarized sunglass waktu malam ni. terima kasih atas info. nanti boleh cuba. tapi saya dah pakai spek pulak. huhu
kerap nampak orang switch on hazard light masa dalam hujan…
patutlah nampak ramai orang pakai sunglasses waktu malam.. baru saya tahu.. bagus jugak sbb malam kan silau bila ada kenderaan dari arah depan kan..
betul betul..kalau nampak orang pakai sunglass waktu malam, tu mmg yang polarized . pemandangan lebih jelas
terima kasih utk suami sebab belikan waktu balik dari luar negara…agak mahal tetapi sangat berbaloi