Semalam Intan beritahu, cikgu mathematik dia tanya kat dalam kelas sesiapa ada petua nak bagi bulu kening cepat tumbuh. Anak cikgu dah guna pencukur bapa dia dan dah hilangkan sebelah bulu keningnya. Bukan seorang tetapi dua beradik , cumanya adik tu hilang sedikit di hujung kening.
Bila saya bertanya soalan ini kepada kawan-kawan di Facebook, rupanya ramai juga yang ada pengalaman anak mereka yang pernah cukur bulu kening. Ini bukan kes cukur bulu kening nak bentuk semula tu… ini kes cukur seluruh tanpa dia sendiri tau kesannya. Yang sengaja cukur dan bentuk tu dia buat secara sengaja dan jauh disudut hati dia pun sedar hukum dan larangan, cuma menafikan saja sebab nak ikut kata hati.
Antara petua bagi bulu kening cepat tumbuh :
- Bakar bunga cengkih, sapu kesan bakar tu pada garis kening – Ejam
- Bakar buah keras, tumbuk sampai keluar minyak dan sapu kat kening menggunkan putik kapas – Sis Lin, Syiza Hasan dan Oja Sijemariseni
- Guna aloevera ( lidah buaya ) – Nurul Ashikin dan Zaila Sidek,
- Letak minyak sapi – Latifah Bee
- Letak otak udang. Otak udang segar bukan yang dalam botol – Roshidayu Che Mat
- Guna minyak rambut bonbon – Muhammad Edwin Masripan
Terima kasih kawan-kawan yang berkongsi petua untuk bulu kening cepat tumbuh. Sebenarnya bulu kening memang akan tumbuh semula tetapi kalau boleh nak cepat-cepat tumbuh…. nak raya dah ni. hihi
Moga cepat lah tumbuhnya.
Kalau saya lebih pilih aloevera, lebih mudah soalnya di rumah juga ada
Harap2 salah satu daripada 6 petua berkenaan mujarab. Kesian budak tu takde kening sebelah. Ibu bapa kena lebih prihatin dengan setiap aktiviti anak2 nie. Kadang2 diorang nie terlebih kreatif.
Hehe..taiko bisness apa mcam haha..
hahaha.. ini serious kelakar.. yg plg nk tergelak bile kak jie ckp tang sekelip mata tu… yer lah kan, nk raya nii.. abis la glamer adik tu kat fb nnti family dok post gmba raya takde kening sebelah
Derma kilat bulu kening kekekekekeke
Sanggup tinggal komen ni kakakakahkah
haih…budak2 mmg suka berekperimen.kadang2 ibu bapa pun tak dapat nak menduga…sabarje lah…:-)
la..siannye..1st time dengar kes budak cukur bulu kening ni..kelakar pun ade gak..tp ye la dah nak raya ni kan..kene la cari jalan tumbuhkan balik cepat2..
Wah! ada juga? Jangan sampai lepas tumbuh, dia jadi lebat sangat pulak! Nanti mcm incredible Hulk jadinya.. 😀
Petua yg menarik. Tak pernah dgr lg petua nak tumbuhkan bulu kening ni. 🙂
ohh..ada rupanya ye petua nak tumbuh bulu kening cepat.
wah…boleh bagi kwn cube cara ni…hilang kening sbb kne api…kesian die….
hilang bulu kening mcm hilang dh seri muka..hihi
saya ingatkan kening ni takkan tumbuh dah. hihih
raya ni jadik perhatian le depa. ramai dok jeling anak sape leh tuh, hehe..
tapi kan lagi baik bagi balance…cukur sebelah lagi…he he he
Kejam sgt ni petua ni…. hahahaha
Rasanya minyak BON boleh digunakan cuma baunya tak dapat ditahan oleh hidung. 🙂
tak dapat bayang beraya takde sebelah kening. hehehe