Bila sentuh bab hutang ni, telan air liur pun rasa pahitnya. Siapa yang tak berhutang? Semua orang termasuk remaja 18 tahun pun dah berhutang. Hutang pembiayaan pengajian. Bila dah keluar universiti, baru mula bekerja 5-6 bulan , mula menambah hutang dengan membeli kereta.
Cuba senaraikan hutang yang kita ada – berapa banyak? Sebenarnya tak salah berhutang, tetapi perlulah mengikut keperluan bukan mengikut apa yang ditawarkan. Bila sudah diluar kemampuan, bertimbun-timbunlah hutang yang akhirnya membelengu kehidupan kita.
Ada beberapa situasi yang selalu menyebabkan kita berhutang dan ianya bersifat hutang lapuk (bad debt), contohnya hutang perkahwinan, hutang kereta , hutang kad kredit , hutang membeli rumah atau hutang membeli kelengkapan rumah.
Bagaimana nak langsaikan hutang tersebut? Inilah yang semua orang ingin mengetahuinya. Bertanya dan belajar dengan orang yang lebih tahu. Tetapi jangan bertanya dengan bank… bank bukanlah perancang kewangan. Mereka adalah tukang ambil wang dari poket kita.
Seseorang yang saya baca blognya, beli bukunya dan saya tahu beliau berkelayakkan untuk kita memdalami ilmu pengurusan kewangan adalah Pakdi atau nama penuhnya Suzardi Maulan.
Profesional Qualification: Certified Islamic Financial Planner (IFP) ™ from IBFIM & FPAM
Speciality: Prinsip Kekayaan Nabi Yusuf a.s (Surah Yusuf: 47-49)
Book: Rancang Wang Dari Sekarang (2010)
Ebook: Panduan Cash Flow (2012)
Blog: www.pakdi.net
FB: Suzardi Maulan
Media Appearances: TV al-Hijrah, IKIM.fm
Columnist: MajalahNiaga.com
Saya pernah membaca buku Rancang Wang Dari Sekarang yang ditulis oleh Pakdi dan sekarang beliau baru melancarkan Ebook : Panduan Cash Flow iaitu panduan step-by-step menjejaki duit yang ‘hilang’ setiap bulan dan cara-cara mengatasinya. Beli Ebook ini dan dapatkan 4 bab & 7 tips bonus sekarang juga secara percuma yang dikirimkan ke alamat email.
Pergi ke Panduan Cashflow , isikan alamat email untuk menerima tips bonus secara percuma. Belajarlah cara untuk mengawal diri dan menguruskan masalah kewangan kita secara bijak. Masalah tidak akan dapat diselesaikan tanpa usaha bersungguh-sungguh dan fokus kepada apa yang kita mahu lakukan.
Jejaklah duit yang kita ‘hilang’ setiap bulan. Saya pun bukannya pandai mengurus kewangan keluarga tetapi dah hujung² usia ni, cuma sekadar memberi peringatan kepada adik² yang masih jauh masa depannya.
Peribahasa Hutang
- Utang (hutang) samir belum selesai, hutang kajang tumbuh pula – Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Utang (hutang) tembilang belum langsai, utang (hutang) tajak bila pula.
- Kecil gunung dipandang, besar hutang disandang – Hutang itu walau sedikit sekalipun berat juga bagi orang yang menanggungnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Besar, besar gunung dipandang; kecil, kecil hutang disandang).
- Kecil hutang diansur, habis hutang dibayar – Tiap-tiap suatu pekerjaan yang besar dan berat jika diansur-ansur mengerjakannya nescaya akan berkurang, apa lagi kalau dapat disudahkan sekali gus.
- Sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar – Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai.
- Yang berhutang terjerat di kaki, yang menjamin terjerat di leher – Orang yang menjamin orang yang berhutang acap kali terpaksa membayar hutang tersebut kerana yang dijamin tidak dapat membayarnya ataupun melarikan diri.
- Alpa negeri alah, sia-sia hutang tumbuh – Alpa dan lalai mengakibatkan bencana.
- Utang (hutang) tiap helai bulu – Sangat banyak hutangnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Utang [hutang] sebelit [selilit] pinggang).
Sumber : Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sedih dan terkilan bila tengok ramai lelaki terpaksa berhutang semata-mata untuk puaskan hati keluarga bagi majlis perkahwinan gilang gemilang ” sekali seumur hidup”
Tahniah dan terima kasih atas peribahasa indah2 Kak Kujie
Indah peribahasa yang Kak Kujie selitkan di sini
alhamdulillah masih tiada hutang lagi. ye la tyka masih student kan.. he he..
tapi bila tyka belajar personal finance, tyka dah nampak cara kita untuk budget..
harap sebelum kita meninggal, tak ada lah hutang lagi kan..
hutang ptptn je ada, yang lain setakat nih takde lagi.
Dah bacabuku ni & memang bagus…
hurm..betul..sekarang ni mmg susah kalau tak berhutang.
apa yg buleh buat ialah bila dah cukup keperluan tu, mula lah target untuk keperluan seterusnya iaitu keperluan utk melangsaikan hutang.
Ebook yang wajib untuk dimiliki dan moga2 bisa membantu memberikan solusi untuk kita yang sedang terikat dengan utang piutang
sharing yang menarik, trims
Perit hidup berhutang. Hendak selesaikan memerlukan keazaman yang kuat dan berdisiplin.
jadi, sebolehnya. jangan berhutang..
wow bukan calang2 orang ni.hehehe
Alhamdullilah tiada hutang lagi setakat ni dengan manusia 🙂
memang dari dulu sentiasa mak tanamkan sifat berjimat cermat
serta bijak menggunakan wang saku + simpanan + utk simpanan..
lebih2 lagi elakkan dari berhutang…
Dah download… thanks kjie and pakdi
hidup zaman skrg, untuk merancang kewangan memang susah sebab banyak persekitaran yang menarik dan mengoda je.. hihi
ramai anak muda sanggup papa asalkan bergaya – akhirnya masalah ni timbul bila dah berkeluarga
dari start keja smapai sekarang dah hampir 10 tahun bayar hutang ptotn.. sapa kaat peminjam ptptn tak bayar hutang? ekeke
bagus bagus… hutang wajib dibayar
Terima kasih K. Jie.
Kalau nak buat contest macam haritu pun saya boleh bagi diskaun khas untuk K.Jie. hehe…
Terima kasih juga tuan puan yang telah membaca RWDS dan juga ebook ini.
kak jie agak sibuk – merancang bercuti / keluar daerah 2 minggu ni
(sebab tu belum beli ebook – tunggu balik dari bercuti )
kemudian ada beberapa projek yg dan dischedulekan, kemungkinan untuk bagi giveaway kepada pembaca tu ada. Tunggu lepas balik dari percutian di Tasik Kenyir…hihi
Pening kalau nak cakap pasal hutang ni…. tapi klu x berhutang payahlah pulak mana nak cari wang sejelepuk cam tu.. len lah kalo tauke balak.. huhuhu
kita tak boleh mengelak dan buat² tak ambil berat, kerana masalah hutang yang tidak terkawal boleh mempengaruhi keseluruhan kehidupan .
cuma kita kena belajar dan merancang untuk mengawal hutang yang perlu
satu2 nya hutang atas nama saya ialah hutang ptptn…. rasa lambat je nak habis walaupun tiap2 bulan bayar…. kalau la ada selonggok depan mata… mau nya habiskan hutang tu segera… 🙂
ops! kak jie lagi byk hutang le – ada kereta dan rumah atas nama kak jie. kena kerja lebih keras ni
hutang kereta, rumah semua atas nama husband.. nak buat cmna, bini tak keje.. kalau bini keje confirm nama pun tercatit dalam senarai hutang yg ada… hihihi…
kak jie pun tak keje, tapi kak jie ada buat carumah kwsp setiap bulan
jadi kak jie ada penyata kewangan , boleh gunakan utk ambil loan beli rumah dan kereta sendiri….guna nama je, tapi cik abg le juga yang bayar tiap bulannya.
kak jie surirumah berkwsp…hehehe
ohh..maksudnya dengan adanya kwsp nih kita boleh jugak buat loan sendiri walaupun duduk rumah shj ek. bagus jugak nih tak payah guna loan orang lain. terima kasih kak jie
bila memikirkan pasal hutang ni memang memeningkan kepala..cuma kalau boleh dielakkan tu, jangan la fikir untuk berhutang cam beli perabot ke ape ke yang bukan dalam list keperluan yang lebih kepada kehendak tu..
inilah perlunya kita belajar – belajar menguruskan kewangan.
berhutang mmg kita tak boleh elak, tetapi kena fikir keperluan ke keinginan
Hutang 🙁 kalau ada duit selonggok, memang ku langsaikan sekali terus. Tak nak mati, tapi masih berhutang.
kadang2 bila ada duit tak semestinya perlu langsai semua, mgkn yg ada perlu dilaburkan secara berhemah dan hutang yg perlu itu dibayar spt biasa… mcm modal pusingan.
org kaya yang banyak duit pun berhutang….
kat web pakdi bagitau dah habis rupanya..tengah cetak baru
tengah cetak kali ke 3
buku ini sesuai utk dibaca, bahasa yang mudah dan cetakan yang jelas
itulah..dulu lupa beli terus sebab tak berapa nak tahu sangat..ni dah nak masuk anak kedua kena lebih pandai mengurus lah..tq kak jie atas info 😉
sudah download previu..
dengan ekonomi sekarang ni, gaji 3-4 ribu pun boleh jadi tak cukup..memang perlukan panduan pengurusan sebegini
Buku Rancang Wang Dari Sekarang agak² ada lagi ke tak ye? Tak pernah nampak/mungkin tak perasan
betul tu cikgu..nak beli barang keperluan dapur kalau bawak RM100 pun belum tentu dapat nak beli apa yang dirancang tu..contoh kalau bawak RM50, beli minyak masak 2kg = RM6.25, beli ayam seekor RM13.00, beli telur sepapan RM9, beli beras 10kg RM26, tu belum lagi nak beli susu, gula dan sebagainya..hehehe
Cikgu,
Buku RWDS belum siap cetak lagi untuk cetakan ke-3 ni.
Saya pun masih menunggu. hoho…
oh..nak beli ni..dulu pernah komen kat entri lama kak jie cadang nak beli last² lupa..ni baru ingat balik..hehe
saya geram betul kalau orang duk buat pinjaman kalau nak berkahwin ni..nanti dah lepas kahwin. lagi susah jadinya..sebab baru nak mula hidup je dah ada macam2 hutang keliling pinggang..
tu la masalah bila nak kawin teringin nak buat besar besaran melebihi kemampuan..patutnya bila bab kawin ni, kedua belah pihak kena saling faham memahami tuntutan agama melalui perkahwinan tu dari tuntutan pandangan masyarakat..
Yang tak nak bayar hutang belajar macam mana pulak ni .. berkat ke ilmu yg dapat tu?
isteri sy masih lagi tertunggak untuk melangsaikan pinjaman PTPTN..agak sukar jugak bila lepas habis belajar apply kerja sana sini tapi tak ada rezeki lagi..cuma bila ada rezeki lebih dari pendapatan sy je baru leh bayar sikit sikit..
Ramai pelajar yang lupa dengan hutang PTPTN. Time berhutang sedap time nak bayar liat !
Sedang melangsaikan hutang2 yang ada..adeh perit rasanya bila bayar hutang yang bukan kita yang buat.Nak tak nak kena settle gak walau macam mana sekali pun.
kalau hutang yg bukan kita buat lagi lah rasa perit, tapi dah kena tempuh juga
anggap saja ada hikmah dariNya yg kita tak tahu – ganjaran akan datang
Assalamualaikum,
Daku juga seperti anda…langsaikan hutang yang tak guna sesenpun, tapi kena juga bayar sebab ikut hukum dunia, terbukti saya yang berhutang. Hukum di Sana…bukan hutang saya, tak apa.
Juga kena bayar hutang JPA…dah tinggal sikit je lagi, tak sampai pun 1K, 3 bulan lagi langsai.
Selagi blm habis bayar hutang, selalu doa “jangan mati dulu…tunggu hingga hutang dunia habis bayar dulu”
Tahun ni banyak juga hutang yang berjaya dilangsaikan… tapi masih banyak juga hutang besar2 macam kereta tu, buku pakdi yang kak jie bagi dalam kontest mudah tempoh hari pun banyak dah membuka mata kesedaran pengurusan wang ni. Semoga ebuku ni akan dapat memberikan panduan untuk melangsaikan segala hutang yang ada.
bagi kak jie, rumah dan kereta yang berpatutan dgn kita bukan satu bebanan, itu keperluan utk kehidupan…masalahnya hutang yang tidak sepatutnya yang kadang2 tak perlu pun…itu masalah bagi kebanyakkan orang yang terjerat dengan hutang.
Buku RWDS tu mudahkan nak baca dan faham…. saiz yg selesa utk org² mcm kak jie nak baca.