Semalam Google mengumumkan fungsi baru untuk GMail, iaitu membolehkan sesiapa sahaja rakan Google+ menghantar email walaupun tidak mengetahui alamat emel kita. Bila kita taip nama dibahagian alamat email, akan keluar beberapa nama rakan Google+ yang dicadangkan. Pengirim tidak akan dapat melihat alamat email kita kecuali selepas kita membalas email tersebut.
Secara default, setting bahagian ini akan membenarkan sesiapa rakan Google+ untuk mengirimkan email .
Atas faktor privasi, kita boleh ubah tetapan untuk membuat pilihan.
- Klik pada pautan ini untuk ke halaman tetapan Gmail (jika link tidak berfungsi, buka Gmail, klik gear di bahagian atas kanan, dan pilih “Setting”).
- Pada Tab “General” cari “Email via Google+”, klik menu drop-down, dan tukar “Anyone on Google+” ke “No one.”
- Scrol ke bawah halaman dan klik pada “Save Changes.”
Hanya kerana saya menambah rakan Google+ tidak bermakna saya dengan mudah suka untuk menerima email. Sebelum ini pun ada penapis kemasukkan email melalui Gmail iaitu sekiranya rakan yang didalam ‘circles Google+’ menghantar email, email tersebut akan memasuki kategori “Primary”. Sekiranya seseorang yang tidak berada di dalam ‘circles Google+’, email yang dihantar akan memasuki kotak kategori “Social”.
Saya memang menghadkan perhubungan melalui email personal kerana email yang diterima melalui Hubungi Saya di blog pun dah tak terbalas dan terlayan. Saya perlu ada kawalan keatas aktiviti online.
oooo baru tau … ini caranya …
Info yang baik Kak Jie..Thanks a lot 🙂
salam kujie. terima kasih atas perkongsian. hari ahad tu terkejut bila tiba2 dapat 30 lebih emel notification dari google+, yg sebelum ni appear di google+ saja. cepat2 saya buat seperti yg kujie tunjukkan di atas. problem solve.
memang sangat annoying menerima emel/update yang kita tak nak.
Terima kasih Kak Joe atas perkongsian info. Penting untuk mengelakkan diri menjadi mangsa spammer.
bagus setting ni.. kadang kadang privacy kena jaga jugak.. lagi la kalau macam akak.. reader berpuluh ribu sehari..
Terima kasih kak jie berkongsi.
Benda2 online ni mmg kena kawal…kalau tak..haru jadinya..hehe
patut ler e-mail saya dah beribu riban masuk..tak berbalas lagi…nice sharing……..
Terima kasih di atas perkongsian..
Boleh set supaya tidak ganggu email yang annoying.
Lama sekali saya tidak menyentuh jejaring sosial terutama Google+
Infonya sangat bermanfaat buat saya yang belum tahu ini. Terima kasih banyak Kak Jie
Alhamdulillah.. Dah tukar..
Alamakkkk… Memang kena ubah setting ni.. Thanks kak jie.. Tak sia2 follow blog kak jie ni.. Kalau tak memang tak perasan pun fungsi baru ni.. 😀
dah jadik!Tq kak jie!hehe
yeah google dah update hehe..nti blh try kt email kita 🙂
Kena ubah juga setting ni
dah setting pun.
harap takde siapa nak hantar sesuka hati kat emel sy. huhu
Thaks kak jie. baru sedar fungsi ni
memang agak terganggu la dulu. tapi sekarang, dah ada tab berbeza. So, kalau ada pun yang wat, tak nampak annoying sangat.
Memang boleh hantar melalui email tapi tak nak guna email tersebut takut rasa ‘terganggu’ dengan kedatangan email kita hari-hari.
Yeah! Terima kasih kak.. Mesti banyak yang spam pasnih.. saya nih ada jer orang yg tak dikenali kat G+ tu. Tak pepasal byk yg hantar email prmote macam2..