Buat MyKad Siap Hari Yang Sama Di JPN Putrajaya
Panduan

Buat MyKad Siap Hari Yang Sama Di JPN Putrajaya

JPN Putrajaya
Inilah bangunan JPN Putrajaya. Pertama kali saya datang Putrajaya untuk Urusan Seri Paduka Baginda. Sebelum ini hanya di pejabat kerajaan daerah terdekat sahaja.

Nak dijadikan kisah, MYKAD bermutu tinggi suami tak boleh digunapakai di sebuah bank apabila dia mahu menukar kad ATM.  Suami kerja di Hulu Terengganu dan bercadang untuk balik ke KL sehari dan buat kad pengenalan siap sehari di JPN Putrajaya.  Kata orang, kalau buat Kad Pengenalan di JPN Putrajaya, siap dalam hari yang sama.

Saya pun bertanya kawan-kawan di Facebook untuk mendapatkan pendapat dari pengalaman mereka.  Dengar cerita adik kawan aku, makcik sepupu aku, kawan ayah aku, pakcik kawan office aku tak best, kita kena dengar sendiri cerita pengalaman dari pihak pertama.

buat-kad-pengenalan-siap -satu-hari

Awal-awal lagi Ellie Toh beritahu, Kad Pengenalan siap hari yang sama di JPN Putrajaya cuma cerita bohong.  Pengalaman dia selepas 2 minggu baru dapat Kad Pengenalan.  Itu pengalaman dia, kita tak boleh nafikan.

Nota  Pengetahuan Am : Orang Terengganu maksudkan Terengganu merujuk kepada Kuala Terengganu ( ibu negeri ) , orang luar Terengganu kalau sebut Terengganu dia maksudkan seluruh negeri Terengganu.

Amirah beritahu JPN Kuala Terengganu, kawan dia buat siap hari yang sama.

ic-siap-satuhari

Pengalaman Khairil Mazri lagi hebat.  Buat kat Gerik, Perak sampai 3 bulan.  Kali pertama saya dengar ni, biasa kalau buat kat JPN Daerah, 2 minggu dah boleh semak secara online.  Itu pengalaman saya buat Kad Pengenalan untuk Intan 3 tahun lepas.

JPN Kuantan, Kad Pengenalan siap dalam tempuh 24 jam.  Buat hari ini, esok dah boleh ambil.  JPN Kuantan tu JPN Negeri Pahang.

 

buat-ic-shah-alam

Buat Kad Pengenalan kat JPN Shah Alam, siap pada hari yang sama kata Rinn Azrinah.

Sitisara pula buat MyKAD kat JPN Shah Alam siap selepas 24 jam, maksudnya buat hari ini esok baru boleh ambil.

Cikgu Bani Hashim buat kat JPN Shah Alam juga siap sehari selepasnya, bukan pada hari yang sama

Pengalaman berbeza dari JPN Negeri Selangor.

Hilal Azmi Astro Awani cakap kalau buat Kad Pengenalan kat JPN Putrajaya boleh siap pada hari yang sama.

buat-ic-utc

Cik Puan Zuwan dan  Muhammad Tarmizi pula ada pengalaman buat Kad Pengenalan di JPN Putrajaya dan siap dalam tempuh 2 jam!  Inilah tempuh paling cepat siap yang saya tahu.

Makcik saya Minah Ali pula feedback, Kad Pengenalan boleh siap sehari kalau buat kat UTC Sentul.  Kalau UTC Ipoh siap dalam masa 24 jam kata Encik Pipoq.

Terima kasih untuk kawan-kawan yang berkongsi pengalaman, saya hargainya kerana ini adalah penyediaan sebelum saya sendiri yang terjah.

Begitu banyak pengalaman yang dikutip, sekarang saya ceritakan pula pengalaman saya sendiri.  Cerita pengalaman sendiri lebih best daripada kutip cerita orang, kan.  Kisa saya panjang bermula dari Hulu Terengganu.

Jam 4.00 pagi suami telefon, bas yang dinaiki dah sampai Plaza Tol Gombak.  Saya bingkas bersiap ala kadar, terus memandu seorang diri ke Hentian Duta dari Hulu Selangor.  Maka kedua suami dan isteri dari daerah hulu ini pun terus ke Putrajaya, tak berbaloi untuk balik rumah dan keluar semula.  Awal tak apa..jangan terlewat.

Kami bersarapan awal pagi di McDonalds Shell Sungai Besi.  Belum azan subuh dah masuk Putrajaya. Dengan bantuan Waze, terus parking berdekatan Masjid Besi di belakang bangunan JPN Putrajaya.

lokasi JPN Putrajaya

GPS JPN Putrajaya – 2.920615, 101.685199.  Antara Jalan Tun Abdul Razak dan Jalan Tuanku Abdul Rahman adalah tempat letak kereta yang luas.

Selepas solat subuh di Masjid Besi, kami suami isteri berjalan kaki  dengan santai dan tenangnya  ke bangunan JPN Putrajaya dan memasuki bangunan jam 7.15 pagi.  Tak boleh naik ke kaunter kerana 7.30 pagi baru boleh naik ke tingkat atas untuk segala jenis urusan JPN seperti Kad Pengenalan, Kelahiran, Kematian, Anak Angkat, Perkahwinan & Penceraian atau bahagian permohonan kewarganegaraan.

7.30 pagi dapat nombor, terus ke kaunter dan dalam masa 15 minit, semua urusan pun siap termasuk sesi bergambar.

Kedua-dua pegawai yang bertugas di kaunter dan yang mengambil gambar TIDAK BERJANJI sama ada MyKAD akan siap dalam masa 2 jam atau pada hari yang sama. Beliau menasihati kami supaya  hubungi nombor yang disertakan pada resit atau SMS untuk menyemak status permohonan MyKAD.

Cara Semakan Status Permohonan MyKAD melalui SMS

  • Taip JPN MYKAD < isi no kad pengenalan > dan hantar ke 15888
  • Cas penghantaran SMS dikenalan RM 0.15 dan cas penerimaan SMS RM 0.20

Nak semak status permohonan MyKAD secara online pun boleh.

Belum pukul 8 pagi, urusan dah siap, nak buat apa kat Putrajaya tu….. kami ambil keputusan untuk balik ke Hulu Selangor. Nak tunggu tak tau bila siap.

Balik rumah, saya masak makan tenghari dan selepas jam 1.30 tenghari, saya cuba semak status permohonan melalui SMS. Jawapannya MyKAD dah boleh diambil.

Terus bersiap-siap untuk ke Putrajaya pula dari Hulu Selangor sambil berdoa jalan tak sesak dan dapat sampai sebelum waktu pejabat di tutup.

Waktu Urusan Kaunter JPN Putrajaya

  • Isnin – Khamis – 8.00 pagi – 5.00 petang (Ibu Pejabat JPN Putrajaya dan JPN Ibu Negeri tidak ada waktu rehat, maksudnya pukul 1 -2 petang, urusan di kaunter masih dibuka)
  • Sabtu – Ahad – 9.00 pagi – 2.00 petang

Bayaran Ganti MyKad – RM 10.00

Nota :  Bayaran Ganti MyKad Hilang adalah berbeza.

  • Kehilangan Kali Pertama  RM110.00 ( Bayaran Proses 100 + Bayaran Permohonan 10)
  • Kehilangan Kali Kedua  RM210.00 ( Bayaran Proses 200 + Bayaran Permohonan 10)
  • Kehilangan Kali Ketiga dan seterusnya  RM310.00 ( Bayaran Proses 300 + Bayaran Permohonan 10)

kad pengenalan baru

Akhirnya, saya ingin mengesahkan bahawa urusan MYKAD atau Kad Pengenalan siap pada hari yang sama di JPN Putrajaya kecuali atas sebab sistem down atau masalah lain,

Malamnya, suami balik semula ke Hulu Terengganu….. balik sehari untuk Urusan Seri Paduka Baginda!

Macam mana pula pengalaman korang, sudi untuk berkongsi?

Nota : draft sebulan, baru nak publish!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

29 thoughts on “Buat MyKad Siap Hari Yang Sama Di JPN Putrajaya

  1. Nak bg tau je Mykad leh siap dlm 2jam kat Putrajaya tu klu semua line kelia…
    Kad stok banyak, network tak hang, tak black out.
    DAN YG PENTING…kedua-dua cap jari sepadan dgn rekod. Sbb masa kita apply petugas kaunter akan scan cap jari kita dan sistem akan verify dgn rekod. So klu network ok,sistem tip top takde hang…dlm tempoh 2jam leh dpt.

  2. Nadot masa ic hilang tahun lepas, buat kat jpn putrajaya, ambik keesokan hari. Tak sure la pulak sama ada hari yang sama dah siap or memang esoknya. Sebab duduk putrajaya je, tak de la masa tu rushing nak ambik ke. 🙂
    Jom terjah post menarik dari Nadot ..Penantian yang Berakhir Juga AkhirnyaMy Profile

  3. dulu saya ada rosak IC, lps tuu pg ke Pej Pendaftaran Selayang… tapi kena denda laa pulak…
    tanya kaunter dia kata kalau hilang tak kena denda… mmg pelik laaa kaunter tuu
    baik report hilang jee…

  4. Salam Kak Jie….

    Betul ke Anuar Mykad boleh buat kad diskaun? Dalam MSSP Shopper Apps berapa kerat je kedai yang join? Adakah keyakinan tinggi yang Mega Hypermart mcm Giant/Tesco/Mydin akan join suatu hari nanti sbb di situlah rakyat malaysia majoriti berbelanja berbelanja keperluan harian? Kalau yer big hypermart ni join, Memang menarik. Kita tunggu dan lihat….
    Jom terjah post menarik dari Noramin Mohamed Nor ..TIPS BERJAYA DALAM FOREX TRADINGMy Profile

  5. Salam..

    Hari tu saya baru buat IC kat JPN Seri Kembangan. 2 minggu baru siap.
    Nak pegi Putrajaya malas pulak. Tapi memang satu info menarik.
    Tak tau pulak boleh siap IC dalam 1 hari jer..

    Thanks for sharing.. 🙂

  6. sy x sempat lagi nak buat mykad baru…dah beberapa kali plan nak pegi tapi x sempat2….

    wpun Johor cuti Jumaat & Ahad ofis buka, sy masih x berkesempatan juga nak pegi….

  7. alaa kak jie.. aritu 2 kali kene tukar IC..kalau kesalah kita memang kena denda tapi kalau salah orang lain conthnya rumah kena pecah, x kena denda.. ada juga yang ajar kalau IC hilang wat report kena seluk atau kena ragut..
    Jom terjah post menarik dari Wanmus Sifu Adwords ..Sifu Adwords di Harian MetroMy Profile

  8. Suami saya hilang my kad.. Disebabkan nak cepat dia terus g buat kat Putrajaya sebab ingat immediately leh terus dapat… Tapi dia g lepas pukul 2 so kena ambik esoknya.. Kalau datang buat sebelum kol2 mmg sempat dapat hari yang sama cuma bukan 2 jam la….

  9. Betul cakap Kucin Gemuk tu..angah buat kat UTC Kuantan (UTC Pahang) hari tu pun siap hari keesokannya..
    Mungkin betul..adanya perbezaan dari setiap pengalaman rakan2 yang dinyatakan di atas tu disebabkan oleh masalah sistem down..kalau ada rezeki dan nasib baik, dapatlah cepat siap..
    ** Mesti staf2 kat JPN Putrajaya tu cakap..”amboi..cepatnya pakcik dan makcik ni mai nak buat IC”.. 🙂
    Jom terjah post menarik dari Hairul Azni ..Dah Lama Tak Dapat Komisen Dari Job Di RumahMy Profile

  10. Terima kasih di atas perkongsian info.. Untuk makluman Kak Jie, Mykad yang kita ada sekarang ini mempunyai 50 aplikasi kesemuanya.. MyKad di negara kita memang antara yang tercanggih di dunia..

    Disebabkan itu eloklah kita memanfaatkan Mykad yang kita ada dengan sebaiknya… 😉
    Jom terjah post menarik dari Anuar ..Affiliate Junction Awards Gala Night 2013My Profile

Comments are closed.