Niat Puasa
Niat puasa boleh dibaca di dalam bahasa yang difahami oleh seseorang Muslim itu. “Sengaja aku berniat puasa esok hari untuk menunaikan fardu Ramadan tahun ini kerana Allah Taala.” Jie ~ Ada pengungjung yang memasuki blog saya melalui perkataan “ niat puasa“. Pada malam Ramadhan pertama, saya mendapat berpuluh² kiriman sms mengucapkan selamat berpuasa…terimakasih. Tetapi untuk kawan² yang rapat saya telah membalas dengan menghantar lafaz niat puasa, sekadar ingatan jika terlupa.…