Sunat Solat Witir

Witir itu maknanya ganjil, yakni tidak genap bilangan rakaatnnya. Ulamak bersepakat bahawa waktu solat sunat witir itu ialah selepas solat Isyak hingga sampai fajar. Ini berdasarkan keterangan hadis riwayat daripada Abu Tamin Al-Jaisyani yang antara maksudnya: Rasulullah bersabda : ” Sesungguhnya Allah memberikan tambahan kepadamu suatu solat, iaitu solat witir. Maka kerjakanlah solat itu antara solat Isyak dan hingga ke solat fajar “ Setelah menunaikan Solat Fardhu Isyak dan setelah…

Puasa dan anak-anak

Lumrah bagi ibubapa yang mempunyai anak² mesti berdepan dengan berbagai soal jawap batal tak batal, sah tak sahnya puasa. Macam² soalan yang akan terkeluar dari mereka.Ikut cara saya, saya tidak akan terus menjawap memberi keputusan sah atau tidak puasa itu tetapi saya akan bertanya balik  ‘Perkara-perkara yang membatalkan puasa’. Dari situ saya mengajar dia berfikir untuk mencari jawapannya.Angah deman hari ini, dari semalam lagi. Bersahur tadi masih lembik di meja…

Lidah dan hati

Seorang ibu yang dermawan telah menghadiah seekor kambing kepada Loqman al-Hakim seraya berpesan: “Sembelihlah kambing ini dan berikan saya bahagian yang terburuk daripadanya untuk saya makan.” Setelah disembelih, dikirimkan kepada ibu tersebut hati dan lidah kambing itu. Beberapa hari kemudian, ibu itu sekali lagi menghadiahkan seekor kambing dan berpesan agar sesudah disembelih dikirimkan juga kepadanya sebahagian daripadanya. Pada kali yang kedua ini, bukan lagi bahagian yang terburuk yang dipesankannya, tetapi…

Buah Tampoi Buah Larah

Dalam perjalanan balik dari sekolah tadi, nampak orang jual buah ini.  Saya beli 2 ikat untuk bagi peluang anak² mengenal buah²an  exotik yang jarang ditemui. Kenal? Ini lah buah larah @ laghah – sebut dengan loghat Perak. Isinya warna oren. Kalau isinya putih, itu namanya buah tampoi @ Baccaurea spp.. Pakcik kedai tu cakap.. Saya belum tau macam mana rasanya.  Kalau buah tampoi tu pernahlah makan.  Tunggu malam baru rasa,…