Tunggu siang dulu…..

Jam 6.30 pagi. Masih berbalam  gelapnya. Dari sliding door yang diselak , angin lembut pagi menyusup masuk mengucapkan salam selamat pagi . Lembut tanpa rakus. Tiba² tercium wangian ……..

Lewat gawat , apa nak buat

Baca berita di Kosmo buat saya sesak nafas. Lebih 3,000 beratur panjang untuk ‘merebut’ hanya 150 kerja kosong menyebabkan berlaku kesesakan jalan raya sejauh lapan kilometer. Kebanyakan jawatan kosong itu merupakan jawatan rendah seperti penjual barangan cenderamata, pembantu makanan dan minuman, tukang masak, pembantu runcit dan tukang cuci selain renjer. Inilah keadaan yang akan berlaku akibat krisis kewangan global . Bersediakah kita?

Sampainya hatimu

Jam : 2 petang . Hari : Ahad Cahaya matahari terik memancar dari celah sliding door yang terbuka luas.  Langsir nipis bunga kuning seperti kemuncup  di padang rumput terbuai² ditiup angin. Sepasang suami isteri berehat kekenyangan selepas   melantak pari bakar fresh dari Pasir Penambang.  Isteri baring mengalaskan lengan suami sambil  hidung kembang kempis menahan  bau mengadap tv di bawah kipas siling ligat berkejaran sesama sendiri pada kelajuan 4. “Abang…..”  bisik…