Boss… saya H1N1

When  the  boss is  calling…. Sekarang ni mudah nak dapatkan MC, batuk-batuk dengan selesema depan doktor, mesti dia suruh kuarantin kat rumah. Tapi jangan merayau…..kan dah kantoi!

Demam peperiksaan rupanya

Pihak sekolah telefon tadi, suruh datang jemput Angah. Dia demam. Sebenarnya memang dari semalam lagi dia demam, tapi nak juga ke sekolah sebab ada peperiksaan. ” Awak pergi hospital, rehat di rumah. Tak perlu datang sekolah. Tak perlu ambil trial exam. Saya nak awak sihat dan ambil PMR dengan cemerlang. Saya tahu awak boleh.” Pesan cikgu.

Asri Rabbani meninggal dunia

Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kurang sejam yang lalu akibat serangan jantung di Hospital Pantai, Bangsar. Menurut rakannya, Azadan, jenazah arwah Asri akan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas ini. Dimaklumkan, arwah meninggal dunia selepas jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program ‘Syahadah’ di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Cerita rakyat sebelum tidur

Sewaktu pemerintahan Dinasti Qing, seorang majistret di sebuah daerah meminta seorang tukang jahit membuatkannya jubah rasmi yang baru. ” Tuan, terlebih dulu beritahu saya jawatan yang tuan sandang. Adakah tuan baru menjadi pegawai atau baru dilantik ke jawatan baru atau sudah lama menjadi pegawai?” tanya tukang jahit itu. ” Apa kena mengenanya dengan hasratku membuat jubah baru?” soal majistret itu dengan penuh kehairanan. ” Oh, banyak !