Komen Pun Kena Plagiat?

Komen Pun Kena Plagiat?

Robot spam pun dah gunakan Bahasa Melayu yang lancar dan betul. walaupun menggunakan nickname minah/mat makan ‘keju’ .  Nasib baik Encik Akismet tapis dan disumbat dalam ‘spam box’ tapi masih ada lebih 20 komen yang terlepas dari saringan. Semuanya bermula hujung minggu ini.   Komen diplagiat.  Robot spam pun dah pandai copycat. Syafiq.net pun dapat juga komen berbahasa ‘belacan’ ini.

Apa Perlu Dibuat Sebelum Keputusan Rasmi Pilihanraya Kecil Hulu Selangor Keluar?

Apa Perlu Dibuat Sebelum Keputusan Rasmi Pilihanraya Kecil Hulu Selangor Keluar?

Sebelum dapat keputusan rasmi Pilihanraya Kecil Hulu Selangor keluar, mestilah pengundi kena keluar mengundi dulu kan. Kalau tidak macam mana boleh dapat keputusan. Cuaca baik sangat pagi ni di Hulu Selangor. Saya pun nak keluar kejap lagi – pantau kawasan..hehehe Mengundi adalah hak anda, penentu masa depan negara. ( macam orang Jabatan Penerangan ) Mari kita ikuti langkah atau panduan mengundi semasa pilihanraya.

Nilai Sebuah Harga Diri

Nilai Sebuah Harga Diri

Harga diri kita terletak pada watak, perbuatan dan kehormatannya…bukan pada asal usul dan garis keturunan. jika anda melihat ular menyemburkan racunnya maka tanyalah kepadanya siapakah yang meletakkan racun itu di mulutnya tanyakan juga kepadanya bagaimana ia boleh hidup padahal mulutnya dipenuhi racun Semalam kat masjid jumpa kawan-kawan yang sama-sama bertugas waktu Pilihanraya Umum Ke 12 ( PRU 12 ) tahun 2008.

Cerita Pendek Yang Termalu

Cerita Pendek Yang Termalu

Saya suruh Along tengok Cik Serena, dah 2 hari tersadai. Hari tu saya cuba hidupkan tak mahu. Sebab ada kereta lain, pilihan lain saya abaikan je Cik Serena sejuk bawah pokok ceri depan rumah. Mungkin pengikat bateri tak ketat  sebab minggu lepas jadi macam tu. BIla cuit-cuit, usik sikit dah hidup. Encik suami tak ada, sikit-sikit bolehlah jengok cuit-cuit apa yang patut. Kalau dia ada buat-buat muka innocent tak tahu…