Babak Winter Sonata Yang Terkesan

Hari ini saya baca berita dari  Asia News Network mengenai pelakon dan penyanyi Korea  yang popular dalam drama Winter Sonata, Park Yong Ha telah membunuh diri dengan menggantung diri pada wayar pengecas bateri telefon bimbitnya. Saya pasti ramai rakyat Malaysia terutamanya wanita, gadis dan surirumah ( saya lah ni ) mengenali wajah dan image beliau ini. Tahun 2002, fenomena Winter Sonata yang dibayangi musim sejuk yang putih dan panorama indah…

Macam Siti

“mama ni nak jadi macam Siti ke?” “kalau cantik kulit mulus bak telur dikupas apa salahnya.” “tuuu…tuuuu” – dia tunjuk dengan mucung mulut saja! Tepuk kepala saya sekejap. “Ya Allah……….. mama lupa!” Saya keluar pagi tadi, capai kunci kereta , hidupkan enjin dan sedia tunggu Intan masuk untuk ke sekolah – cuma serkup anak tudung! Nasib baik pagi masih gelap. ©kujie – Rupa dapat diubah, tabiat dibawa mati

Banci Penduduk Tu Apa Mama?

Banci Penduduk Tu Apa Mama?

Pagi tadi waktu dalam perjalanan ke sekolah Intan tanya “Katakan dia mengandung, semalam orang dah datang tanya-tanya …kemudian hari ini dia bersalin, nak kira macam mana ye?” Tanpa mukadimah tanpa permulaan tiba-tiba itu yang keluar dari mulutnya. Apa yang terlintas dalan fikiran, terus  mohon jawapan. Nasib baik saya cepat tangkap. Ini mesti kes semalam. Topik perbincangan kami sepanjang balik dari sekolah. Sekarang di kawasan perumahan saya digantung bunting “Banci Penduduk…

Header Hidup Biar Sedap

Header Hidup Biar Sedap pertama kali dilancarkan untuk tatapan umum ( background hadirin tepuk tepuk dan  belon dilepaskan ke udara ) Dah seminggu cari gambar yang sesuai, terimakasih kerana ramai yang bagi idea untuk guna  lukisan Intan dan my sweet friend Jiji yang siapkan header ni dengan cantik sekali.  Hubungi Jiji, dia ada banyak idea menarik untuk header. Sebenarnya 2-3 hari ni mood ovulation cycle dan kadar magnesium dalam badan…