Pohon Cinta
Lokasi : Pulau Bunting, Yan, Kedah
Lokasi : Pulau Bunting, Yan, Kedah
Kisahnya seperti ini Saya beli tiket bas ke satu destinasi berharga RM 44.40 untuk dua penumpang dengan jumlah RM88.80. Saya hulurkan duit berjumpa RM 100.00 Penjaga kaunter pulangkan RM 11.00 genap. Selepas dia hulurkan duit kertas dua keping tersebut, saya masih tercengat di depan kaunter kerana baki RM 0.20 masih belum dipulangkan. Tetapi dia buat benda lain seolah-olah urusan kami telah selesai. Dia tak cakap apa-apa pun. Nak tak nak, saya…
Ke Genting lagi. Saya sebut LAGI sebab pada 2/12/2012 saya dah ke Genting. Ke Genting untuk kali ke berapa puluh dah, tak ingat. Bawa anak saudara yang datang bercuti sekolah. Masa tu kami memandu sampai ke atas. Jarak dari rumah lebih kurang 40 kilometer. Jalan-jalan sambil menghidup udara segar dan balik. Satu sen pun tak dikeluarkan di Genting. Kali ini adik no 6 dari Sungai Petani pula yang datang bercuti bersama…
Pagi semalam, seekor anak kucing tersesat mengiau tanpa arah. Nampak macam lapar sangat. Dia masuk ke dalam rumah cuba bermanja. Terus tuang makanan, tak sempat nak cari alas untuk bekas. Saya yakin ini kucing yang dibela jiran kerana kucing-kucing saya tidak pernah dan berani menyentuh manusia. Kucing saya nak mengiau pun susah. Tak pernah bising. Saya bela kucing terbiar bukan sebagai ‘ pet’. Pet apa ya…binatang kesayangan? Saya sayang kucing-kucing…