Kemisterian
Kata orang jauh perjalanan, luas pemandangan. Jadi saya nak berkongsi satu pemandangan yang tak pernah saya nampak di tempat lain. memandangkan bidang kerja suami saya bersangkut dengan pembinaan, jalanraya, lebuhraya, jambatan, cerun, bukit, longkang dan pelbagai lagi yang kita kerap nampak, kami agak alert dengan perkara-perkara yang orang tak berapa nak bagi perhatian. Kenapa jalan ni kerap berlubang, kenapa cerun tu kerap runtuh, design tak betul ke, kedudukan level longkang…
Berjaya Bayar Pinjaman Perumahan Lebin Awal
Seronoknya rasa, leganya jiwa tak tau nak cakap lagu mana… hari ini pergi ke Maybank cawangan Jalan Raya Laut untuk isi form discharge of charge ( pelepasan gadaian ) untuk pinjaman perumahan . Pertama kali nak uruskan hal macam ni, terfikir juga. Kalau habis bayar kereta, kita dapat geran yang menjadi bukti hak milik, kalau dah habis bayar rumah, kita dapat apa? Itulah benda yang saya dok fikir² tak sudah.…
Lalu Kong Kong Ke Sedili Mencari Sepit Biru
Sebenarnya perjalanan kami ke Sedili Kechil, Kota Tinggi sengaja memilih jalan yang jauh semata-mata ingin melalui Jambatan Kong Kong , Lebuhraya Senai-Desaru. Kalau ikut Ulu Tiram – Kota Tinggi lebih dekat. Tahun 2007 , suami saya pernah tinggal di Masai, Johor untuk kerja-kerja membina jambatan yang merentasi Sungai Johor di Kampung Kong Kong. Sejak tu, kami tak berpeluang untuk ke Johor. Alang-alang dah ke selatan, teringin juga untuk tengok jambatan…