Kata orang jauh perjalanan, luas pemandangan. Jadi saya nak berkongsi satu pemandangan yang tak pernah saya nampak di tempat lain. memandangkan bidang kerja suami saya bersangkut dengan pembinaan, jalanraya, lebuhraya, jambatan, cerun, bukit, longkang dan pelbagai lagi yang kita kerap nampak, kami agak alert dengan perkara-perkara yang orang tak berapa nak bagi perhatian.
Kenapa jalan ni kerap berlubang, kenapa cerun tu kerap runtuh, design tak betul ke, kedudukan level longkang lebih tinggi dari jalan ke..macam² yang akan dibincangkan.
Salah satu isu yang terlintas dalam perbincangan adalah apabila melihat beberapa batu tanda jarak yang terdapat laluan ini. Bukan satu.
Kalau nampak benda macam ni , apa yang bermain-main dalam akal fikiran?
Batu tanda yang di depan tu yang baharu, yang lama di belakang.
Apa yang salah, apa yang tak kena?
Kalau kedudukan ukuran jarak lari beberapa kaki, lebih mudah lebih murah kalau dialihkan sedikit pada kedudukan yang betul.
Kalau ejaan yang salah, ‘K’ menjadi ‘Kuala’. beratus ribu batu tanda dan papan tanda JKR perlu diubah di seluruh negara. Projek besar , wang besar dan peluang besar ni.
Mungkin ada perubahan pada laluan ‘ 181 ‘ . Lebih murah kalau bina satu yang baru dari tampal pada yang lama.
Kalau alasan dah rosak, cuba perhati dengan lebih jelas. Batu tanda yang lama lebih cantik lebih elok lebih berkualiti binaannya. Yang baru tu bergigis dan bergerigi macam digigit anjing.
Mungkin ada tokoh tempatan yang kaya raya buat sumbangan batu tanda , tak guna duit dari belanjawan negara.
Benda yang ada di depan mata, dipamerkan di tempat awam tak boleh nak halang kami untuk bercakap. Sampailah sekarang, kami tak temui jawapan yang kukuh dan logik mengenai keadaan ini. Hanya mereka dan keluarga mereka yang tahu perkara sebenar. Sebagai orang awam yang melalui jalan tersebut , ianya terus menjadi misteri nusantara.
Ini baru cerita papan tanda jalan raya, sudahnya banyak masa memang kat jalan raya. Kalau lalui kawasan Rompin, setiap jalan masuk ke kampung ditulis jarak. Senang kita nak tau kampung tu jauh atau tidak dari jalan utama.
nota : sepatutnya saya nak buat edisi Wordless Wednesday, tetapi risau kalau terlalu rumit untuk difahami, entri NatGeo minggu lepas pun ramai yang tak faham. Ada yang tanya NatGeo tu apa.
kritis dan sangat jeli ya anda ini
terima kasih sudah berbagi info
ini semua politik..kalau di fikirkan memang mengarut buat batu tanda baru..dah terlebih bajet la tu..
Jom terjah post menarik dari Sharafie ..Apakah Harlem Shake Satu Fenomena Baru?
first time tengok dua tanda macam ni…
Jom terjah post menarik dari Aya ..Top 20 Orang Terkaya di Malaysia 2013
nia area kampung adam ni.. Biasa laa, kontraktor xda keje.. Klu ubah, berape sen jer.. Bina baru ok sket.. HEHEHE.. Pandangan peribadi je ni..
Jom terjah post menarik dari adam narzuan ..Cara Pelik Membuat “RESUME”
rasanya saja ni.. xtau betul ke tak.. anggap yg baik jer.. agaknya bila diukur semula, jarak tu beza sikit, itu yg gambar pertama de depan blakang tu.. agknya la.. satu lagi mungkin de duit lebih, jadi buat je lah.. hehe.. boleh tak anggap macam ni?
Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..Review Buku | Mustafa Kamal Ataturk
Siapa yang boleh jawab kerana beberapa ‘flaws’ telah berjaya dibongkarkan susah juga hendak berhujah mempertahankan pembinaan batu tanda ini.
Eh. yang kanan tu lama punya ke? pelik.
Jom terjah post menarik dari Man ..Cilikan Sahaja
ni semua buat kerja sambil lewa.
Jom terjah post menarik dari Man ..WW# 18 – Bahasa
tapi mungkin gak faktor cuaca dan ratio bancuhan simen menyebabkan struktur jadi buruk.
Jom terjah post menarik dari Man ..Admin Page Facebook Meroyan Lagi
ni la org kata, satu gambar, seribu makna.. hehe… s suka ulasan akak kujie.. sama mcm apa sy fikirkan =)
Jom terjah post menarik dari mr.pingu ..Kisah Mimpi yang Pelik
persoalan yang timbul antara batu penanda baru dan lama. yang lama tu kualiti lebih mulia dari yang baharu. kan kan…
daripada persoalan tu.. kalau dikorek.. berbagai kesah akan bersangkut paut. pihak itu terlibat.. ini terlibat… silap haribulan… entri ni boleh dipolitikkan situasinya.
ps: saje je kasik bold keyword tu.. hahaha.. komen saya sangat SEO taww.. ekekekeke!
Jom terjah post menarik dari Azman Ishak ..WW: Raul Tikasep Natabaj
biarlah misteri agaknya kak jie
Jom terjah post menarik dari azura ..Besarnya Burger Yazid
dah terlebih duit agaknya tu…
Jom terjah post menarik dari hairulafiz ..Wordless Wednesday #17 : Sabar menunggu
hahahaha..terlebih kaya atau nak senang kerja?entah la saya pun tak faham..hehe
Jom terjah post menarik dari Hafizul ..Stroke – Ya Allah Aku Redha
Macam-macam zaman sekarang punya hal.
Jika nak tukar, tukar betul-betul. Tidak perlu buat hiasan bagai.
Menyusahkan pengguna jalan raya terutama orang luar dari negeri tersebut.
Jom terjah post menarik dari Asyrof Asri ..Kursus Teknik Psikologi Gaya Nabi – Ainon Mohd (Komen Saya)
mmg penuh misteri…kt trg plak tu.ish2.. 🙂
Jom terjah post menarik dari MK Kimi ..[Review] Jangan Baca Buku Ini!! Buku Abangensem.com
salam, kjie…
mcm pe,mbaziran je kan…
p/s: teman igt cerita misteri trnmpk apa2 tadi… hehe
Jom terjah post menarik dari Ummi Hanie ..Wordless Wednesday #65: Anak sulung Faezah Elai, Dealova Heyrinna Heykal
kak Jie.. boleh agaknya maza angkut salah satu batu tanda itu bikin batu lesung kat rumah.. tak pun bikin batu perhiasan.. ahaks.. hehehe
Jom terjah post menarik dari maza ..Asal Usul Kampung Sri Lukut, Kahang, Johor
errr… bikin batu nisan pun ok juga… hehehe
perghh… kerabat mana nak buat batu nisan sebesar gini…
nanti suruh abg angkut masuk dalam frontier dia bawa balik..hihi
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Stesen Minyak Untuk Kapal Laut
errr. . . kerabat raja KAPURRR. .. hehehe
Jom terjah post menarik dari maza ..Asal Usul Kampung Sri Lukut, Kahang, Johor
Ganti batu bisa dijadikan projek juga nantinya
Jom terjah post menarik dari Blog Keperawatan ..Akreditasi Rumah Sakit
pelik juga , nak buat apa smpai dua batu
Jom terjah post menarik dari puanbee ..WW : Makanan semasa sakit dan selepas sakit
Mesteri yang sukar dibongkar. Saya setuju dengan Kak jie, nak buat apa pun duit…
Jom terjah post menarik dari faizal ..MALAYSIA INTERNATIONAL TOURISM BLOGGER AWARDS 2013
nak kena bawak ke Parlimen ni..hehehe..
lain kontraktor tu kot, masing2 nak tunjuk hebat..
Jom terjah post menarik dari pipoq ..Batik ke Sabah
JKR – Jangan Kerja Rajin hehehe….Pernah juga nampak tempat yg ada dua tanda nih,dalam hati pun tertanya2 juga,sebab nya,budget dah lebih kut,atau lain kontraktor yg dapat kontrak baru 🙂
Jom terjah post menarik dari azman ..Ada Makhluk Hendak Bergurau
Rasanya sebab dah namakan jalan baru kot kakjie sebelum ni ada T je lepas tu dah ada road 181..
Tp tu lah kan..mungkin yg buat batu tanda dua2 tu kontraktor lain2 so yg baru buat tu dia x nak cabut yg lama
Jom terjah post menarik dari mijie ..Kejayaan bukan satu kebetulan
haaaaaa… ni kes tak sempat cabut batu lama laaa.. projek tu! 🙂
Jom terjah post menarik dari KiD ..10 Blogger Terbaik Malaysia
Mungkin betul atau orang memang malas nak buang batu lama
Jom terjah post menarik dari faizal ..MALAYSIA INTERNATIONAL TOURISM BLOGGER AWARDS 2013
soalan lain – perlu ke buat batu baru kalau batu lama lebih elok?
bukan masih elok… LEBIH ELOK
Payah tau nak cari jawapan misteri ni… dalam buku silibus SPM pun tak jumpa..hihihi
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Kemisterian
batu yg lama ada T je takde number pun pelik gak tu.
apekah. maintenance setiap beberapa tahun ke? haha
Jom terjah post menarik dari izwanyusof ..Panduan Mencari Tempat Latihan Industri atau Praktikal
kalau T saja yg perlu diganti, rasanya lebih murah ganti benda tu saja
kalau sebiji batu tanda jalan tu, berganda2 mahal
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Kemisterian
Dari sedili – Kuala Berang = lajunya kak jie drive.. hik3
Kadang2 papan tanda ni buat kita angin jugak. Dah senget
pun still tak dibaiki.. Lg2 yg tiada tanda berapa KM lagi nak sampai..
Jom terjah post menarik dari nurmisnan ..Wordless Wednesday #72
bukan laju…….. jauh hehehe
sebenarnya papan tanda bukan isu sangat
cuma keadaan batu jalan ada dua tu yg timbulkan misteri
yang lama masih elok, perlu ke diganti baru….
semua tu duit…duit..duit
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Kemisterian
ada ‘batu’ tanda ni kat kg saya dari plywood!! saya perasan bila lepas beberapa lama ‘batu’ tu patah sebab reput… sejak tu sy curious… kenapa batu tanda tu dari plywood? orang berkenaan tak periksa waktu mengesahkan siap kerja? atau mereka yang memasang ambil kesempatan sebab kg sy di pedalaman dan bukan laluan utama melainkan memang masuk ke kampung kami
Jom terjah post menarik dari mrs azmi ..ape kabor anak – anak bulus??
sebenarnya ikut jkr daerah masing²kan
kita yang berjalan ni akan jumpa macam²
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Kemisterian
yg bertulis ni pon tak bape nak paham.. kalau ww lagi ternganga kot. hehe
Jom terjah post menarik dari fariq ..Lahirkan Dua Pasang Anak Kembar Seiras
minta maaf, bahasa malaysia rendah kak jie tak memenuhi piawaian bahasa malaysia tinggi awak… makcik² guna bahasa tak memenuhi tatabahasa yang betul sampai orang tak faham.
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Kemisterian
haha.. takpe makcik.. kawan memang tak reti bab2 ni tak kisah la guna gaya bahasa cemane pon.. 😛
Jom terjah post menarik dari fariq ..Maradona Impikan Diego Fernando Bermain Bersama Messi Dan Aguero