Saya suka tengok gambar cantik- suka sehingga saya sering berada di dalam web fotografi luar negara dan sering tweet gambar menarik yang ditemui. Follower twitter saya tentu perasan kebiasaan ini.
Tetapi saya tak bersetuju tiap kali suami suarakan niat untuk memiliki DSRL kerana saya rasa ‘pelaburan’ ribu ribu hanya sekadar minat yang tidak dapat digunakan secara optimum bukanlah pelaburan yang terbaik.
Kepuasan dan keinginan perlu ada sempadan.
Kami bukan muda lagi untuk baru memulakan hobi ini. Masa yang sedetik ada ini rasanya lebih bernilai untuk digunakan hal² lain yang menjadi keutamaan. Sekarang pun sibuk yang amat, celah bedah mana nak selit² belajar tentang fotografi.
Korang yang muda belia tu mungkin masih cergas, masih mampu untuk membahagi masa.
Nikmati keindahan ciptaan Allah yang diabadikan oleh orang lain juga boleh.
Cherry Blossoms in Rain
There are 12 different varieties of ornamental, or flowering, cherry trees in the District of Columbia. Ornamental cherry trees do not produce fruit.
Warbler Amid Cherry Blossoms
The famed cherry trees were given to the U.S. capital city by Japan in 1912. More than 3,000 trees—and 12 different varieties—made the oversea journey from Yokohama to the District of Columbia
Cherry Blossoms, Italy
Colorful cherry blossoms grace the fertile foothills of the Alps near Verona, Italy. The blossoms emerge from buds in early spring.
Cherry Blossoms and Jefferson Memorial
sumber : nationalgeographic.com
p/s masih kekalkan capture asal supaya tak ‘lari’ keindahan maksud dan gambar.
cerita dan kesan yang kita tinggalkan di dunia setelah mati umpama
cermin nilai dari perilaku kita selama hidup
4-5 bikik? Camtu, kasi kat Jai jelah 1..wahahaha
tak kenal maka tak cinta
ciptaan Allah memang menakjubkan
kalau nak diikutkan perkara ada kelebihan masing2..
Setuju ngan pandangan Abang Maza, tapi dalam masa yang sama sangat memahami situasi Kak Jie dan family. Jadiiiii…. beli pon okay, tak beli pun okay hehe. Lagipun kamera2 kecik la ni pun memang berkuasa, yg penting composition cun, gambar pun cun lah.
Tapi kan, kalau alam semula jadi tu cantik, pakai camera henpon pun cantik. Subhanallah, mata kita merakam apa yg tak mampu dirakam oleh ciptaan manusia. Masa kat Pulau Kapalai, Semporna dulu, pemandangan sangat indahhhhhh. Rasa macam tak reti ambil gambar jer sebab apa yang depan mata jauh lebih indah dari yang capture oleh dslr tu (iza yg tak mahir, tgk gambar pro ambik mmg cantik sangat2) 🙂
Iza sokong Abang Ann beli, capture the best moment, peluang tu yang jarang2 datang, priceless.
(erk rasa2 nak kena tarik telinga ngan Kak Jie niii ekekeke )
dah berkeluarga ni ada benda yg lebih penting dari miliki dslr. kalau beli tapi x fully utilize pon x guna gak
bagi yang dah berkeluarga, pendidikan utk anak2 perlu lebih diutamakan..klu ada hasrat nak beli benda2 yang tak berapa utama, boleh tangguh dulu hasrat tuu…
ok la..so kire justify la kak jie cakap bende tu tak perlu..’buat masa sekarang’..hihih..
keutamaan pendidikan anak-anak kan .. so better priority kan ape yang perlu di utamakan…
Saya minat menikmati hasil fotografi. Tak semestinya DSLR je solutionnya. Saya setuju dgn kJie. Keperluan dan keinginan adalah suatu yang berbeza dan mengikut latar belakang individu tu sendiri.
ramai yang claim minat fotografi, guna camera DSLR…. tapi amik gambo pakai mode auto! camne tuh??
Memang cantik sangat..besh!!tw kak jie dpt cuci mate
itu yg sakit ati tu kujie, ish gmbr member biasa2 aje yaaa.. napelah duk ambik gmbr kumbang, sy ckp kat kwn sy tu, kalo nak gmbr kumbang, search aje kat google images berlambak ada haa…
actually, apa2 hal pun kalau berlebih2 akan jadi tak elok, begitu ler kalo berlebih2 dlm potograpi. kalau keluar mendaki ngn member2, jgn lupa ambil gambar member2, snap barang sekeping dua. ini bila pulang, konect ke pc, tgk ada gmbr bunga, bukit, batu dan kumbang aje. huhuuh.
mama,org2 veteran ni (err,sesuai lah kot veteran haha) mmg suka gambar2 scenery mcm ni eh ma? sbb my mom pun, hari2 online search gambar scenery mcm ni,pastu kumpul bebanyak -___-
haih isu DSLR ni pun 1 hal jugak ma. bila org2 baru (nobody in photography punya industries)beli slr, diorg cop wannabe la, bajet bagus la sangkut slr, mcm la gambar cun sangat blablabla. typical minded! #tetibeemo haha
kalau ada rezeki lebih apa salahnya kan kak jie. saya memang minat fotografi dan masih muda(hehehe) so teringin gak nak belajar teknik fotografi.cumanya lom ada modal lagi nak beli DSLR.
muda+minat-takda DSLR= 🙁
Kalau nak senarikan, tak terhitung
Kita yang bekerluarga, ada tanggungjawap, ada anak2 yg membesar, nak sekolah nak masuk kolej mmg fikir patlima juta kali baru nak beli…hehe
Mgkn kita membesar dlm generasi yang susah nak dapat apa saja, tak mcm generasi skrg…
Alasan Kak Jie
Masa – kalau cik abg tu ada kt M’sia. Dia sibuk mengalahkan YB!
Keutamaan – yuran pengajian anak2 lebih utama
Bukan bab kebaikan atau keburukan benda alah tu… semua benda ada baiknya kalau kita guna dgn cara yang betul 😆
Waalaikumsalam…
cantik kan…. biasalah yang cantik selalu menyejukkan hati 😆
Anak Kak Jie ada akaun deviantart.com – dia suka lukis.
Kak Jie suka tengok kat nationalgeographic.com
kadang2 gambar dari angkasa atau ceruk yang tak pernah dijejak manusia…sangat menghargai
ikut kemampuan, skrg ni kak jie boleh beli 4-5 biji tapi bila dah beli…………..
ambil gambar ambil gambar..belajar itu ini….ilmu
memang baik
tapi….
ilmu yang wajib kak jie belum khatam lagi.
masa kak jie yang ada makin pendek…dah tua
ini fikiran cetek kak jie lah..orang lain mgkn akal panjang, fikirnya lain 😆
Waaaaa.. Cantikk.. Tajuk entri kak jie ni dah macam tajuk novel. Hihi..
DSLR.. Ummm.. Tak mampu nak dimiliki.. Pakai digicam biasa pun boleh aje. Lps tu edit. Ngeee..
kadang2 sebab tak dpt dimiliki kita lebih menghargai, ye kan
😆
ada berbagai sebab dan alasan utk berdolak dalik, kan..hehe
Lebih suka gambar selain dari gambar orang..mgkn gambar orang tu biasa2 saja.
tak pe Kak Jie… mmg bukan semua yg indah-indah tu bole jadi hak milik… dapat tengok pun jadi la kan… ;p
Guna kamera kompak dan puashati juga – kena ada kreativiti untuk cari sudut yang menaik utk gambar ada cerita.
Kadang dari orang biasa, kamera biasa dia boleh jadi pro yang akan mendatangkan hasil atau sara hidup.
Itu fakta yang bukan cakap kosong
Tapi bukan semua orang – dlm hidup ni ada beberapa pilihan yang kita perlu buat , yang perlu ditimbang baik buruk dan kalau apa yg kita pilih itu mesti bersesuaian dgn corak kehidupan kita dan rancangan kehidupan kita…bukan sekadar terpengaruh dgn orang lain
kadang2 sbb kita tak memiliki kita lebih menghargai…. 😆
cepat cepat dia jadi geng ye…..heheh 😆
Rm 2-3K – yuran pengajian anak sulung kak jie kat kolej 3-5k satu semester. Kos sara hidup sebulan 5-6 ratus.
Itu lebih penting. INi pendapat kak jie, mgkn orang lain ada PTPTN yang sara hidup anak² mereka. Jadi keutamaan mereka dan Kak Jie berbeza.
Terimakasih Maza komen panjang lebar….. ini pendapat Maza, saya sangat hargai.
Apa yang saya tulis, itu pendapat dari sudut kehidupan saya…pendapat ini lahir dari latar belakang, taraf pemikiran saya yang agak konservertif mengenai hal2 material dan kehidupan keluarga…contoh : keperluan pengajian anak2 saya, beberapa hal yg lebih utama yg belum saya capai.
Lagi pun , masa. Masa kami berkeluarga sangat terhad. Kalau suami di M’sia…. pagi petang siang malam ada saja aktiviti. Mesyuarat surau, ajk kampung, parti politiknya, kejap kawan datang kejap orang call…. jadi masa yang seciput itu saya lebih sarahkan dia gunakan utk hal2 lain yang lebih utama.
Utama bagi kami mungkin bukan keutamaan bagi orang lain..ye dak.. 😆 😆
Jai minat ngan foto, tapi duit tu je yang kurang mampu.. Kalau x dah sambar dah..he3
baik sungguh sokongan sedara…..terima kasih.
wah..kak kujie punya hobi sama dengan sy gak? kekeke..sy selalu menengok gambar di website deviantart.com ja..sbb kat situ ramai photographer letak gambar untuk di jual kadang-kadang..memukau pemandangan kita dikala sedih mahupon suram..
alamak.. baru perasan. .sudah macam entry baru lah fulaks.. heheh..
minta maaf kakjie.. tumpang lalu ya.. hehee
kalau maza kan. maza rasa tak kisah pun jika mak maza yg sudah berumur 61 thn itu hendak bermain dgn fotografi. Masuk kelas pun tak apa jika itu hobinya.. selagi mana hobi itu dapat mendatangkan faedah dan ketenangan jiwanya.
1) kerana ilmu itu harus ditunttut sampai ke liang lahat…
2)Nabi juga sukakan landskap (keindahan alam)
3) fotografi bukan sekadar merakam gambar, tetapi masa, tempat dan sejarah.
4) kita akan lebih hargai alam dan kecantikan kurniaan Tuhan
5) ada DSLR tak bermakna kita akan menjadi boros atau perbuatan yg sia2… ia bergantung kpd kita bagaimana hendak channel kemudahan dan peralatan tesebut…
6)memang ada DSLR yg murah sekarang ini…tutorial dan belajar dikit2 pun volleh terutama dari laman web gitew.. kan teknologi alam maya kan ada.. heheheh (blh jimat duit sehhh)
7) Dia berkerja keras selama ini, tak salah kalau dia nak merasa nikmat dari kekerasan kerja tersebut..mahu rasa manisnya juga gitew..
8) fotografi hobi yg elok dan mendatangkan faedah, sekurang2nya utk bersenam memanjat bukit mencari shot yg cantik…
9) org lelaki ni kalau dah suka, dlm diam2 pun dia jadiiii.. hehehe…dan takut gak kalau2 dia pendam aje hingga makan hati, susah lah fulak..
10)abg ann tangkap gambar, kak jie siar kat blog ni.. hehhee
11) abg ann ada jiwa seni
12)elok main kamera walaupun bukan DSLR daripada main SKI kat malaysia.. tontulah lagi banyak belanjanya hahahha…
13)kalau fikir membazir maka membazirlah ia, tetapi kalau fikir banyak kegunaan maka faedah pun bayak dikesani…
14) err.. biarlah kengkawan tambah sendiri..
psst: maza bukan nak bagi nasihat, kerana rasanya maza tak wajar pun nak bagi nasihat….ini sekadar pandangan org muda yg lantun-lantun. Namun yg terbaik tentulah datangnya dari Tuhan, dan keduanya datang dari perbincangan yg membina antara kedua belah pihak…
maza tumpang lalu aje.. berdehem tidak, batuk pun tidak.. hehehhe
salam kakjie.. huhuhu
😳 😳 😳
Assalamualaikum,
Salam perkenalan,
Sungguh, sejuk hati melihat bunga yang
lembut dan cantik.
tak salah rasanya klu hendak memiliki kamera DSLR sekiranya dimanfaatkan sepenuhnya..silap2 boleh menjana side income..mgkn niat abang kak jie ingin merakamkan keindahan di negara luar utk dikongsi bersama isteri & anak2…
Kalu nak beli sendiri kamera besar tu memang tak mampu. Kalu ada orang hadiahkan memang ler nak usung merata. Tangkap gambar macam-macam… hehehehe
Indah lagi nikmat kurnia Tuhan yang ada pada kita. Nikmat apakah yang kita masih lupai?
Rasa macam dah tua sangat pulak bila Kak kujie kata takde masa nak buat photography. Saya pun minat photography juga dan memang takde masa nak buat tu semua. photoshop pun dah lupa terus.
untuk kepuasa ..apa salahnye… dengan syarat segala bende wajib dah tertunai… Allah tak marah…kan?
sy setuju dgn pendapat kak jie. kekadang kita ni tak dpt nk bezakan keperluan dan kemahuan tp klu ada rezki lebih apa salahnya beli guna utk kegunaan sendiri hehe.
tak pe la kak jie..die nak beli DSLR…short term we may see it as a monetory waste..tapi long term..bile sudah expert… mane tau boleh jadi passive income pula..
untung2..discovery cenel terpesona tengok gambar..terus amik jadi dorang nye fotografer
Kamera mahal itu bonus dalam mengambil gambar terbaik, tapi moment yang terbaik itu jauh lebih mahal.
Assalamualaikum,
Kak Jie, memang seronok kalau ada kamera besar gedabak boleh ambil apa sahaja dengan cantik dan berseni (kalau mahir). Untuk saya yang tak tahu sangat pasal kamera ni, Digital semi DSLR pun dah memadai. hargapun masih mampu dengan fungsi yang berbagai. Walaupun tak setaraf dengan kamera besar gedabak tu, dah syukurpun ada yang sebegini. Paling utama, hobi kita tu tak bantut…
keinginan perlu ada sempadan. itu yang susahnya kak jie. hehehe
kdg2 geng2 shutter ni suka sgt ambik gambar pokok dan binatang sampai tak perasan nak ambil gambar diri dan member.
Ada seorang jurugambar berpesan, anda tidak memerlukan peralatan termahal untuk mendapatkan hasil yang terbaik, bukan peralatan yang digunakan menentukan hasil yang diperolehi, tetapi jurugambar yang mengambilnya. Jika peralatan beribu, tetapi yang mengambil gambar tidak berkemahiran, hasilnya akan tetap hambar.
Wahhh..cantiknya kak jie..
Bagi saya,kita ‘orang² biasa’ ni tak payah la nak berhabis sampai beribu² untuk kamera..
Lainlah kalau photographer² tu..
Dah memang kerja dia dan semestinya lah dia nak guna peralatan yang terbaik
‘Hasil’nya pun terbaik..
indah yang tak dapat dimiliki…cukuplah dapat dilihat,dirasa, dimiliki dan dihargai… 🙄