Pulanglah Perantau – Aishah
Aduhai ndak eh
Bersori dipandang mato
Tak kiro yang tuo
Yang mudo turut bersamo
Yang jauh dah tibo
Yang dokek menyusur langkah
Pagi syawal hari mulio
Berkumpul semuo
Ohhh…
Anak mudo di rantauan
Pulanglah kito bersamo
Berhari rayo
Lamo dah bonda merindu
Rindu tuan…
Di rantauan… di rantauan
(Merajuk) jangan dirajuk
(Tak sudi) orang tak sudi
Hari rayo hari mulio
Bak gombiro
(Yang rindu) jangan dirindu
(Yang Baru) carik yang baru
Bersyukur dan tonangkan hati
Di aidilfitri
Ohhh…
Lomang ketupek dan rondang
Aduhai sodap diraso
Sodap diraso
Kalau menjamah hidangan
Biar sopan…
Jago-jago… budayo kito
(Setahun) hanya sekali
(Bertanyo) hati ke hati
Berkumpullah kito semua
Sanak saudaro
(Mohon maaf) ampun dan maaf
(Kepado) ibu dan bapak
Moga berosih seluruh jiwo
Sepanjang maso
Ini bukan lagu raya tetapi lagu sebelum hari raya. Berzakat fitrah sudah, membeli belah sudah tetapi andai masih ragu dan masih berbelah bagi untuk pulang atau tidak, fikirlah semula.
Balik kampung penting dipertahankan kerana ia menemukan kita kepada akar kita yang membentuk nilai budaya hidup kita.
Semoga Syawal bakal menjelma ini memulihkan motivasi kita untuk mengeratkan persaudaraan yang sedia terjalin. Janganlah ungkapan kemaafan sekadar satu ucapan memenuhi syarat. Luahkan melalui hati yang tulus dengan harapan agar segala yang keruh dapat dijernihkan dan segala yang tersimpul dapat dileraikan. Sentiasa tanamkan dalam fikiran dan tindakan kita bahawa Aidilfitri kali ini mesti berlangsung dengan seribu kegembiraan yang menginsafkan.
Di suatu pagi, mentari tampak meredupkan cahayanya, tak seperti biasanya yang selalu tersenyum lebar dan menebarkan aroma cahaya kecerahan pada setiap insan di muka bumi.
Sementara di sebelah pula sang hujan mulai menggoda, mulai melambai-lambaikan godaan awan seolah mengejek sang mentari untuk mulai bersenda gurau,
“Pagi yang menyejukkan ..” guraunya.
Sang mentaripun tersenyum simpul mendengar ejekan sang hujan, dengan lirih pun berucap, “wangi aroma cahayaku tak sirna oleh lambaian godaan awanmu….”.
Sang hujan pun balas mengejek, “Bagaimana mungkin engkau tak kan terhalang, sedang aroma cahayamu tak sampai di muka bumi ?”.
Sang mentari dengan tegas menjawab, “Wangi aroma cahayaku akan selalu terpancar oleh hati² hamba yang beriman, walau mendung awan menyelemuti bumi mereka”.
Mendengar jawaban demikian sang hujan pun berkata, “Sungguh engkau memang benar !”.
Itulah kalimat yang barangkali menjadi sebuah bahan inspirasi, bahawa pada dasarnya sinar cahaya akan selalu benderang menghiasi ruangan² hati hamba yang beriman. Sang cahaya tak hilang walau diterjang berbagai awan yang melintang, kerana sesungguhnya awan itu hanyalah sebuah “dugaan ” untuk membolahkan kita melihat sang cahaya kembali.
Begitulah, kita hidup di dunia ini. Kadang² kerana berbagai masalah hidup seolah² menenggelamkan sumber cahaya abadi yang ada dalam hati , padahal kerana masalah hidup itulah “nilai” kita semakin teruji.
Bagaimana kita dapat dibezakan dengan makhluk Allah yang lain, bila kita tidak pernah diuji. Andai kerana ujian hiduplah, kita “dipaksa” untuk selalu mengasah akal dan fikiran kita.
Kerana ujian, kita selalu dan selalu melihat tanda² kekuasaan Allah, kerana sesungguhnya bagi seorang mukmin “segalanya merupakan kebaikan”.
Dalam sebuah hadits Rasulullah pernah bersabda, ” Sungguh unik perkara orang mukmin itu ! Semua perkaranya adalah baik. Jika mendapat kebaikan ia bersyukur, maka itu menjadi sebuah kebaikan baginya. Dan jika ditimpa musibah ia bersabar, maka itu juga menjadi sebuah kebaikan baginya. Dan ini hanya akan terjadi pada orang mukmin.”
Kadang² bila kita mengalami masalah ekonomi misalnya, begitu berat gundah gulana melanda fikiran kita, perasaan dan hati kita merasa kacau bilau. Namun sadarkah kita, bahawa seberat apapun masalah yang kita hadapi “pasti” sesuai ukuran yang Allah berikan kepada kita. Ini yang harus senantiasa menjadi sebuah “keyakinan mutlak” dalam diri kita.
Sikap kita terhadap sebuah permasalahan, ternyata lebih penting dibanding masalah itu sendiri. Kita sedar di dunia ini tidak ada satupun manusia yang tidak mempunyai masalah, kerana memang manusia terlahir ke muka bumi, untuk memahami masalah. Melalui sebuah masalah, nilai kita diuji oleh Allah.
Akankah kerana suatu masalah membawa kita semakin dekat kepada Allah ? atau malah mungkin semakin jauh dari bimbingan Allah ?
Tatkala kerana suatu masalah menimpa kita, lalu setahap demi setahap semakin kita memahami dan melihat “betapa besar kekuasaan Allah”, maka Insya Allah balasan dari Allah lebih besar dari masalah itu sendiri.
Wallahu ‘alam
Nota kasih sayang : Minta maaf semua, saya tidak berkemampuan untuk menjawap komen, menjejak blog kawan² seperti biasa. Saya akan double triple sibuk di akhir² Ramadhan ini seperti surirumah yang lain, ibu² yang lain juga – sambil belek ” Things – To – Do – List”
Jie… kau sumber ilhamku. Mwah.
ODs last blog post..Salam Sayang Cucu-Cicitku…
@OD, erk…belum raya lagi Opah…sabar2….huhu
‘Akankah kerana suatu masalah membawa kita semakin dekat kepada Allah ? atau malah mungkin semakin jauh dari bimbingan Allah ?’
Dugaan yang mendekatkan. Alhamdulillah.
Dugaan yang menjauhkan diri dari Allah…. Nauzubillah. mohon dijauhkan keadaan begitu.
suaras last blog post..Antara Sedih Dan Syukur.
Kita sesama ingat mengingatkan… kadang² bila teruji dgn masalah mudah hilang pertimbangan…
baju kami sume precious beli kat sana (ready made) ..kuih aku order jek dgn kawan2 tp mesti yg sedap2 laa ekeke :p
aku mmg pemalas bab cookies ni..
tapi spnj syawal aku mmg penat giler sbb tamu tak putus-putus 😆
raye ke 3 & 4 kami spend time ngn precious kat pine resort.dah booking & bayo pun
kalo kat umah kesian kat dia sbb aku ngn abe mmg bz giler 🙁
raye ke 5 dia dah balik s.alam.
combis last blog post..nak test korang bah…
aku buat gak le sikit, beli pun ade
udah ada anak2 kecik…teriak hari2 suruh buat pasai kawan dah buat
owhh..p bercuti gak ye….time raya…
kat sini jgn harap nk bercuti..mmg org tak putus2..
nak2 blk rumah mertua…rumah org tua2 ni…ramai org berkunjung
biasalah yg muda melawat yg lebih tua
kak jie sibuk ye kak jie…ceewahh… dediam die g godek2 blog die kasi make up kaw2. siap dah pasang threaded comment n comment luv lagi… cun!
aeropama dot coms last blog post..Jangan Jadi Hamba Pengiklan
sibuk gak le..tapi sibuk merayau sana sini…baca itu ini , usik godek itu ini…. tiap hari lebih baik dari semalam..gitule lebih kurang kata org bijak pandai 😀
K Jie,
Baju Intan ngan Mak Intan dah siap tergantung ye? Opss..dah siap iron.
Sekolah pun tak cuti lagi. hehe
mana ade cikgu..isss..yg cikgu tgok tu uniform sekolah intan tu…:p
hurmm.. tahun ni raya rasa lain sket.. sebab tahun ni raya pertama kami tanpa arwah mama… hurmm… dekat2 nak raya ni, asyik dok teringat je… hurmm..
Sabarlah… itu putaran hidup…ada permulaan ada pengakhiran..
Doa dari anak tak kan terputus
apa nak buat kak jie, jadi surirumah memang sibuk, selamat bertugas 😛
Masalahnya….asik nk jengok PC gak…
byk tul Thing-To-Do yg tertangguh.. 😥
Tahun ni tak balik kg… kesian ayah mertua yg kesorangan. ibu mertua baru je kembali ke rahmatullah 4 ramadan yg. lalu. W’pun tidak dpt balik, yg penting kita selalu ingatkan mereka….
Tahun lepas pun pertama kali kami berhari raya tanpa bapa mertua…. sebab itu tahun lepas saya korbankan giliran saya dgn balik rumah mertua – temankan mak mertua saya
ia…doa dari seorg anak yg soleh
saya ni plak..takder maknanya membizikan diri kat sini..sbb balik kampung nanti lebih busy..simpan tenaga…hehehe
owhhh…… kat sini habiskan tenaga merayap kat jln TAR ye… 😆
😥
ah syahdu jerk layan lagu2 nak raya ni..
tahun ni balik belah mentua dulu huk huk
wife plak perli2 ajerkk, geram tol..
Lagu raya zaman dulu²mmg best
bila dengar rasa meresap je kt jiwa…
ait….main perli² pula…. kurangkan sepasang baju raya dia..hahahaha
Dalam sehari berkali2 dok belek Things-To-Do-List & Things-To-Buy-List.
Hihi 😀
😀 Intan… Things-To-Buy-List tu sentiasa bertambah panjang..tak mungkin berkurang… 😐
oh takpe kak jie, sebagai gadis yang berpengalaman mcm kak jie, mesti ada tanggungjawab yang besar, bukan sahaja siang malah malam, kami faham..
apa pun, selamat hari raya, jika ada tersilap, tersalah, kata, niat di hati mmg baik, tetapi nak buat mcm mana, iman dia otak kurang sikit, tapi at least boleh kawal la.. ahhahaha
ps:sedap ke lagu tu, letak le video youtube, baru leh nanyi sama lirik..
ambil hati sakan no..siap panggil “gadis” 😆
lagu tu tak jumpa kt youtube…tak berapa fofuler kot..tapi best ..sesuai utk ‘tarik’ hati supaya blk kg 😆
tq jie, pembakar semangat utk anak muda di rantauan supaya pulang ke kampung biar apa pun yang pernah terjadi, dan, meh amik awards kat blog kita… 🙂
Bkn anak muda saja maksu..ada juga yg ‘bukan muda’ lagi
tapi masih berbelah bagi..masih terasa hati
gunalah kesempatan Aidilfitri ini utk ‘menjernihkan’ 😉
Macam lagi P. Ramle Tu.. Buang yang Keruh ambik yang jernih.. Bru sepakat membawa berkat..
rasanya time mcm ni lagu P’Ramlee yang top ” Dendang Perantau”
mau nangis dua tiga baldi dengar 😉
selamat hari raya buat kak jie sekeluarga..hati2 di jln raya..ingat org2 tersayang..tak sngka dah nak raya..cepat nye masa berlalu..
p/s:suke la dgn citer awan vs matahari tuh…betul ckp kak jie..cahaya tu memang sentiasa ada..cuma kadang2 kita lupa kehadirannya…
Terimakasih Izzah.. Selamat Aidilfitri 😉
Kita manusia ini emosi mudah bergolak kerana 2 sebab, kegembiraan yg memuncak atau musibah yg berat. Fitrah kita bila ditimpa kesusahan mudah berkeluh kesah…
Nanti singgah blog akak ambil kad yea..
okies…. posmen dah cuti ke kak….? 🙄
Salam Kujie…
Akak nak ambil kesempatan nie mengucapkan selalamt hari
raya aidil firtri buat Kujie sekeluarga, mohon maaf zahir & batin,
maafkan salah silap akak yea…
Awai lagi akak oiii…kemas umah lum siap
lum ade mood nk posting pasai raya… 😛
saya paling suka lagu raya “pulanglah – aisyah-..pergh..sayu nye hati..dah le raya nih tatau balik ke melaka bila..sob..sob..sob..
Lagu PUlanglah tu mmg top tapi lagu ni Pulanglah Perantau agak kurang ..ramai yg tatau..tapi rasa best guna loghat N9
Melaka tak jauh mana pun Arin..sekali pecut je… 😆
betul tu Kakjie…
even mak bapak saya sudah tiada…
namun setiap kali hari raya, kami akan berkumpul di rumah arwah (di huni oleh abg saya)…sebab inilah satu
satunya masa di mana kami adik beradik dapat berkumpul…
Salam AidilFitri buat KakJie sekelaurga 🙂
😆 baguslah May kalau fikir mcm tu