Salam lewat hari Selasa. Macam lemau je nak upate blog kan kalau banyak sangat bertwitter. Macam segalanya dah upadate kat sana.
Sebenarnya saya nak tukar package Astro lama dulu sejak Datuk Sri Rais Yatim kata, notis kenaikan harga langganan Pakej Astro Naik Harga Tak Sah kerana tidak mendapat kebenaran dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terlebih dahulu .
Ding dong ding dong tembak sana sini macam selalu tapi kita pengguna tak pernah menang . Macam gajah sama gajah bersidang media, kita tersepit dapat surat cinta juga dari ASTRO.
Dari bertangguh-tangguh berbulan² nak unsubscribe beberapa package yang ditimbang didarab bahagi perlu dipotong, saya masuk laman web astro.com.my.
Saya tak boleh telefon nombor hotline 1-300-82-3838 kerana akaun atas nama suami. Saya pernah telefon tetapi dia minta suami yang telefon sendiri. Tunggu setahun lagilah….
Saya hantar email melalui Customer Service , isikan nombor telefon rumah sebagai contact nombor. Sejam kemudian saya dapat panggilan dari Astro.
Package saya HD ( ada kontrak setahun ), 2 MINI, SPORT dan MOVIE. Saya bercadang untuk unsubscribe package MOVIE. Alang² dah buat pengubahan package, saya tukar terus ke PACKAGE MINI = 1 Mini + Sport. Saya unscubscribe 1 mini ( Fun ) dan Movie.
Intan balik sekolah tadi dah menjerit² dia sebab tak boleh tengok Phineas And Ferb atau High School Muzical yang diulang patploh juta kali. Saya dah bincang dengan dia lama dulu. UMur 12 tahun dah jadi dewasa tak boleh tengok kartun lagi.
Movie saya subscribe masa Along melepak rumah tunggu SPM. Sekarang tinggal saya berdua dengan Intan, rasa tak berbaloi untuk bayar mahal² tapi tak tengok secara maksimum. Rasa membazir walaupun masih dalam kemampuan.
Tak sampai setengah jam – channel tersebut terus hilang dari muka TV. Cepatkan! Kalau kita mohon untuk subscribe, dia cakap akan ambil masa 24jam tapi bila nak unsubscribe, kejap je prosesnya.
Nota : Hari ini pertama kali dapat dengar suara Nemo…cutenya! Baca di forum luar negara, kura-kura jantan dan betina boleh dibezakan dengan bunyi yang dikeluarkan. Ehhh…tapi masih tak pasti suara Nemo tu suara jantan ke suara awek.
setakat ni, masih lagi bayar harga RM70.95 utk pakej famili, learning + sport…ingat nak tinggalkan family jerlah… 🙄
p/s-kementerian dah cakap tak boleh, tp nampaknya astro buat pekak badak jer…apa tindakan kementerian seterusnya???
salah masalah tu agaknya 😀
rasa2 nya..kuali astro tu kena pasang dalam rumah..kalau hujan baru tak hilang siaran..he3
jom pakat buang mana yg patut…biar astro sedar sikit
Saya turun harga tapi dapat tambahan pakej. Kalau harga lama saya perlu bayar mahal berbabnding perubahan promosi pakej
ape ar astro..caj mahal tak hingat da skang..ampeh!! 😡
kak kujie , saya ambil pakej murah2 je .. kalau unsubcribe potong terus jawabnya hehe.. tapi rasa memang mcm nak potong je astro tu mengenangkan tv3 tk clear tanpa astro je.. tak aci sungguh ..
kura-kura kak jie jantan ke betina ? saya punya jantan hehe
unsubscribe cepat je proses.. 😆
takde astro kat rumah.. isu ni pn jadi perbualan hangat juga..adakah kualiti Astro ( ketika hujan ) telah diperbaiki setimpal dengan kenaikan harga? 🙄
maza sudah unsubscribe pacakage Astro … skrg tinggal yg basic aje.. mini satu kali sudah!
kita nantikan balasan dri Astro, mau turun atau naik lagi, lagi dan lagi … hehehhe
haha…kalau ko buat stesen sendiri bagitau aku.nanti aku subscribe
PMS?amende tu kak jie?hehe…
kesian intan haha.
takpe2, kena jadi lebih matang pasni 😆
Astro KEBAL? hahaha, last-last subscraiber unsubscribe. Apa-apa pun mesti Astro menang. Kita kalah. Kalah selamanya selagi tak buat stesen tv sendiri.
Package astro yang sedia ada ni pun tak habis nak tengok..betul kak jie cakap “MEMBAZIR”…. 😎
pasai pa?
kalau area situ dpt siaran tv lain, oklah
erh…korang kerja siang malam, sapa nk tgok tv, kan..hehehe
saya dah potong habis! 😆 kad pun dah hantar balik kat astro… dah tak lalu nak memaki customer service tiap2 bulan tapi cenggitu jugak servisnye 😡
Masa tu recoder Kak Jie rosak…malum dah pindah randah byk kali..dah buka pasang buka pasang….kuali ke recoder tatau mana satu rosak
Kak Jie cal…dia minta no akaun, bila dia tanya nama pemilik akaun, suami..dia ckp..suami je boleh buat.
hihi…. luah jgn tak luah. 😆
yup.. ini pengalaman Kak Jie alamai
mgkn staff yg sambut masa tu tgh PMS kot
dia tak mau terima proses dari Kak Jie…dia suruh pemilik akaun telefon…
😡
bila hujan..kita nak duduk dengan family tengok tv..
tapi bila buka tv…astro takda..sebab hari hujan.. 🙁
haha terbaik,.. jimat 😀
astro ni mudah aje. Nak tengok, langgan. Tak nak. tak yah. Habis cerita..
kalaulah ada saingan macam yang wujud di kalangan syarikat telekomunikasi 😳
dah potong dah..tinggal famili pakej je.
yeah,jimat.hehe…
Langsung dah potong. Nak kena terai online TV. Astro jadi punca kenapa maintenance dan development TV cable biasa terbantut di level 90-an. Lantas buat orang miskin yg tak mampu di hujung kampung sana tengok tv tak ada api.
ye ke kena cakap dengan pemilik akaun sendiri..
saya tak pun..
tiap kali ada masalah saya je yang cakap sendiri walau tu akaun suami..
dah 3 kali la dok tukar2 pakej ni..
saya tengok astro dekat youtube je 🙂
Orang yang takde astro ni baca je komen² & luahan hati pelanggan astro..kikikiki
ha’ah….saya banyak kali call untuk unsubscribe dan subscribe akaun astro milik kakak sulung saya dan juga akaun emak saya walaupun saya lelaki…dia akan minta no akaun atau ic tuan punya akan, pastu nama saya dan no ic saya…last sekali dia tanya hubungan saya dan tuan punya akaun astro…pastu ok jer….dekoder rosak ker, nak tukar pakej ker, boleh ajer saya buat bagi pihak akak @ emak saya…
kak jie.. mak tyka boleh je call astro walaupon nama atas bapak… kekadang operator ni memain tau.. dia malas nk layan camtu je dia cakap…
uppsss
benci syangat2 kat ASTRO. Kami dah la hidup bujang lagi, student lak tu, makan minum pun kongsi2, tetiba astro hantar surat nak naikkan bil sebanyak RM17.50 lagi. Wiff, dahle gov tax kita yang tolong bayarkan. Membe yang kerja kat customer serbis cakap, astro memang buat rombakan tapi pelanggan yang subscribe banyak chanel memang dapat kelebihan la sebab harga berkurang, yang subscribe astro cukup syarat macam kami memang meranala kena kenaikan harga. Otherwise amek pakej RM125 sebulan ke apatah. Mana mampu. Nie, nampak sangat astro pilih kasih, yang kaya ditolongnya yang miskin dilanyak menjadi bertambah miskin.
p/s: tetiba buat luahan perasaan kat sini. hahhhahhahahhhaa
tensen gila bila everymonth bayar bil astro, tapi perkhidmatannya hampeh.
dulu dan kini tak pernah ada astro… rasa macam tak perlu sebab jarang tgk tv..lagipun cerita kt siaran free tu pun best2 belaka… 😛
yang buat mahal astro ni pakej sukan & movie.saya tak amik kedua2 pakej ni.amik yang basic je.dulu bayar RM 49.90.sekarang dah lebih Rm 60.alahai astro,tamaknya ko… 👿
nemo?bukan ke tu nama clown fish?haha…
Saya dah dua bulan tangguhkan bayaran. hahahaha Malas nak sambung. Memang berkira-kira nak unsubscribe juga tapi tak sempat nak buat kira-kira tolak darab bahagi macam Kak Kujie buat tu…
haha..rumah mamat buat je remove pakej sukan..mahal sngat la sekarang ni..
Bb tumpang tengok je la kalau balik kampung..aritu balik kampung abang dah tukar ke byond..berlagak dia..hehe
saya selalu gak call nak tukar tu ni… boleh wakilkan.. just provide nombor ic tuan punya badan je. so far customer service ok cuma tak tahan charge asik naik jo. dahlah iklan banyok
astro ni mmg tak makan saman.. dah kata takleh naik harga tapi selamber jer dorg naikkan.. nak unsubscribe gak la channel yg jarang tengok.. 😥
Masalahnya saya suara lelaki untuk nama perempuan, sebab akaun kat rumah ni pun guna nama isteri saya… hehehe…
suara perempuan untuk nama Saipul Anwar tak sesuai..hihi
kalau suara lelaki, nama lelaki boleh kot 😆
Owh peliknya, sebab saya pun baru jer berurusan pasal kemaskini pakej ni. Mungkin saya bernasib baik kot. 🙂 tatau gak sebab apa saya boleh buatkan untuk orang lain.
Tak ada pilihan… 🙄
Kak Jie mula pasang Astro tahun 1998, masa tu duduk kat Bentong…susah sangat nak dapat siaran TV.
Kemudian Kak Jie pindah ke hulu selangor…kawasan sekeliling bukit bukau….kalau tak pasang Astro memang tak dapat siaran TV. Bukan saja TV, Maxis dgn Digi pun tak ada kat sini… 😥 nampak sangat duduk dalam hutan jin bertendang 😥
Percah telefon untuk tukar package..baru lagi. Dalam tahun ini juga – dia cakap suami kena call sebab akaun nama dia.
Pernah call juga sebab astro ada masalah – decoder rosak kot…jadi nak tukar package beyond, dia tak bagi .
Nasib baik ada online – hantar email bagi nombor telefon rumah.
Kak Jie dah 2 kali berurusan dengan telefon, dia tak mau. 🙁
untunglah ada astro, saya ni astro pun x kenal. yg sy tau.. klau nk tgk akademi fantasia, klau nk tgk bola.. beli lah astro. hehe..
dr kecik parents sy x ajar tgk tv, apatah lg tgk astro. Alhamdulillah kami adik beradik dididik dgn baik melalui cara ni. 😀
tapi kadang2 terasa jugak nk astro tu sbb nak tgk bola, especially time musim2 fifa ke. tahun ni adik bongsu spm, lepas spm dah x de sape la kat rumah, nnt boleh la sy hasut parents sy utk subscribe astro. tp sy x pernah faham dia punya pakej, kalau lah ada org yg boleh buat tutorial mcm mana nk pilih pakej astro kan best.
hehe… lebih2 plak 😀
Assalamualaikum Kak Jie.
Astro ni, kalau naikkan hargaaaaaa, lajuuuuuu jeeeee.
Tapi bila hujan … sama jugak macam tu.
Semutttt je dekat screen! Choiiiii!
Skang ni rasanya dah tukar proses tu, boleh dah telefon walaupun kita bukan empunya akaun, sebab saya pernah dah tambah tolak pakej untuk akaun emak. Kalau nak langgan pakej baru menerusi telefon, biasanya dalam 10 minit dah selesai, walaupun biasanya diorang beritahu dalam tempoh 24jam.
Sekadar berkongsi apa yang saya lalui.
saya pun tengah nak buang langganan yang tidak ditonton dengan kerap.