Sementara produk “Langsing Alami” dikesan mengandungi racun berjadual Subtramine yang boleh menyebabkan pengguna mengalami gangguan sistem kardiovaskular seperti tekanan darah tinggi dan sakit jantung. Itu berita yang saya baca. Sungguh sedih bila mengenangkan ramai perempuan terlalu obses untuk kelihatan cantik dan menarik sehingga mengadaikan kesihatan diri.
Saya benci iklan yang sering mengambarkan perempuan sebagai makhluk yang harus memikat. Untuk itu, dia harus menonjolkan ciri-ciri biologi dirinya untuk satu tuntutan estetika dalam persaingan merebut perhatian.
Perempuan digambarkan sebagai makhluk yang sentiasa risau dirinya tidak memikat atau tidak tampil menawan, tidak presentable atau acceptable. Untuk dapat diterima, wanita perlu physically presentable. Perempuan sering menjadi sumber inspirasi, termasuk dalam melahirkan sebuah produk.
”Lost the weight, not the fun …” Kata-kata itu menunjukkan bahawa menjadi kurus adalah kegembiraan dan kepuasan. Melalui iklan, individu didefinisikan, dibentuk, diciptakan, iaitu perempuan cantik adalah yang berkulit putih dan lelaki normal adalah yang menyukai perempuan berkulit putih.
Akibatnya perempuan yang tidak bertubuh langsing dan tidak berkulit putih kehilangan kepercayaan atas tubuhnya dan kehilangan identiti karektor tubuhnya sendiri. Mereka menjadi obsesi dan memaksakan diri dengan berbagai usaha sehingga membahayakan diri sendiri. Iklan sering merendahkan matrabat wanita
Sehingga secara tidak sedar masyarakat menganggap tubuh perempuan yang ideal dan normal adalah; langsing, berkulit putih, dan berambut lurus. Dengan mengekploitasi psikologi kaum perempuan yang selalu menganggap diri dan tubuhnya tidak sempurna maka kesempurnaan tubuh seorang perempuan dalam iklan produk kecantikan dan perawatan tubuh diidealisasikan sebagai susuk tubuh seorang perempuan yang jauh berbeza dengan sebahagian besar perempuan. Mereka lebih tinggi , kulitnya lebih putih dan halus , kakinya yang panjang ,kurus dan sebagainya.
Dan akibatnya kerana sebahagian besar perempuan tidak seperti para model di iklan tersebut maka mereka pun berlumba-lumba membeli produk-produk tersebut agar dirinya menjadi cantik seperti model di iklan tersebut.
Pada masa dulu tubuh perempuan yang indah selalu di idealisasikan sebagai tubuh yang gemuk dan berisi dan digambarkan memiliki lipatan lemak di pinggang, paha dan lain-lain. Perempuan dinilai dari kesuburannya sehingga perempuan yang berisi bahkan gemuk dianggap mewakili konsep ideal mengenai tubuh perempuan. Dalam komuniti masyarakat yang sangat mengagungkan kesuburan perempuan semakin gemuk dia akan dipandang semakin subur yang akhirnya dianggap sebagai bentuk ideal perempuan cantik.
Di kalangan masyarakat Arab misalnya, secara tradisi masyarakat Arab terbagi dalam kabilah-kabilah yang seringkali saling berperang satu dengan lainnya. Kerana itu kesuburan perempuan menjadi sangat penting kerana kuatnya sebuah kabilah ditentukan oleh banyaknya jumlah anggotanya dan perempuan yang subur akan menentukan kejayaan kabilah itu di masa depan. Itulah sebabnya di kalangan masyarakat Arab bahkan sampai sekarang tradisinya perempuan yang sudah menikah harus bertubuh gemuk , bila tidak maka akan dianggap memalukan nama keluarga.
Satu lagi fakta , kalau bertubuh gemuk dan berisi itu tandanya hati gembira … he he he, Kurus kering sering digambarkan sebagai makan hati . Kalau dah tahu, kenapa ingin menyeksan diri hanya kerana ingin dipandang cantik. Lakukan kerana ingin menjaga kesihatan dan mengamalkan cara hidup sihat – Be Realistic
terasa nak cari wanita yg ade life sendiri..dah mula sedar dgn perbuatan yg dilakukan sebelum nie..nak berubah..blh jd diri sendiri..dan yg terakhir kalau boleh nak buat kerja sendiri x makan gaji..
~terase nk kurus gak…da makin comel la..asik rse nk mkn je….
Sorry nyampuk..tp kalo ada keyakinan pon,,baju sume da tak muat sendat,,tu yg stat nervous breakdown dtg tuh!!!huhuuu
Hurm, dulu pun sy macam tu jugak kak, persepsi sy terhadap cantik adalah kurus dan putih, zaman sekolah sy penuh dgn kesedihan sbb sy rasa diri sy prmpn paling hodoh, sy x ramai kawan, slalu murung semata2 sebab anggap cantik tu mesti kurus dan putih..
tp bila dah makin dewasa dan cerdik, sy dah mula sygkan diri sendiri..
kulit hitam manis pun kdg2 lg cantik drpada permpuan kulit putih..huhu
berhati-hati semasa memilih produk kecantikan.kuasa beli ditangan kita.gunakan hak kita sebagai pengguna
x semuanya ideal…kenyataan tak relevan…
dah mmg kenyataannya secara fizikal yg langsing, putih & tinggi itu menawan utk fizikal perempuan.kalau gemuk, tak lawa lah…mcm tong aje…
”
cari gadis kampung. Sure bentuk badan ideal. 😈
titans last blog post..Youthsays Real Voices Project
nak jadi cantik tu memang lumrah pompuan kak jie..tapi pe2 pun biarlah berpada2..jangan sampai merana…tapi para pengiklan skang nie..memang menjadikan pompuan sebagai sasaran sebab dia tau pompuan nie pantang tengok produk nak jadi cantik..cepat jer mencuba tanpa tahu kesannya..sampaikan tak sedo diri tu sebenarnya dieksploitasikan…tapi yang paling penting..biarlah cantik di rupa,cantik juga di jiwa..
wah makasih banget ya atas informasinya… 😆
perempuan cantiks last blog post..Transformasi Kesehatan dan Kecantikan
@perempuan cantik, nak petua cantik2..tak ade
terimakasih ye kerana singgah 😀
bukan product olynn sajer rasanya ada lebihan racun terkawal…banyak tapi pihak berkuasa tak cukup kakitangan nak check semua sebab berlaku limpahan produk yang macam macam.
dbis last blog post..tag/jalang jalang
@dbi, betul tu Doc…
banyak sungguh procuk yang dipasarkan
kadang2 kita keliru…
adoi… perenggan tade… hanye lelaki yg leh jugde tubuh perempuan yg ideal. maksud sy hanya lelaki yg jatuh cinta pada perempuan akan bercakap benar ttg pasangan hidup die. yg len kalo x memuji mesti mengutuk!
Sweet Thinkers last blog post..Mari Berebut Lelaki Terhangat Di Pasaran
@Sweet Thinker, semlm ada
bila kak jie buat ‘read more’ semua perenggan tu hilang..kena edit balik
ooo..betul ke lelaki mcm tu?
ha ha ha
husband neeza tak suka badan kurus sangat.. takde shape.. dia kata.. tapi besar sangat pun tak lah berkenan jugak.. anyway, takdelah dia suruh beli pil atau ubat2 utk jadi kurus kalau dah gedempol tu.. yang penting hati kita selalu jaga hati dia.. badan gedempol.. muka huduh pun dia tak perasan hehee..
Neezas last blog post..The ‘generous’ Ummi
@Neeza, Neeza…perempuan nak cantik tak salah tapi kenalah tahu garis sempadan yang dibernakan…
lagi satu janganlah sampai bersakit2…
salam kak jue~ nk tye kak jue gune plugin ape utk reply msj ni ek?
@ubey, kak jie guna wordpress thread comment
aritu makcik kte gune krim olyn ni.muke die memg mengelupas.macam mat lampir..
@ckin, adoiii….mesti sakit tu kalau kena pancaram matahari
kita ni dok kat khatulistiwa…
salam…tak tau nak pakai apa dah nak bagi cantik..iklan kat tv majalah semuanya ok..boleh caya ke tu?alih2 pakai ajelah bedak sejuk…nak langsing posa la..isnin khamispun ok…….boleh turunkan berat badan…
@kak awwa, kak awwa..kecantikan bkn dgn pakai semua2 tu….mmg cantik utk dilihat…tapi hati yang cantik tu lebih kekal..kan?
Bukan saja perempuan kena jaga badan, lelaki pun sama…
Intan ni bukannya nak kurus sgt, cuma rasa nak kurangkan sikit berat. Biar rasa selesa & senang nak bergerak…
Hihi 😀
intans last blog post..Adik & Tadika
@intan, nk kurus ke nk cantik ke nak lentik ke..tak de lah salah Intan tapi jgn sampai memudaratkan diri sendiri dan membahayakan diri…dpt penyakit lain…itu salah tu
Tkt sgt nak mkn ubat langsing dan kurus, tkt dpt sakit lain plak.Byk gak ari tu kuar produk yg takleh pakai tapi masih ada di pasaran lagi skang ni.
julietchuns last blog post..Kaulah Permata
@julietchun, sebab ramai yang pakai tanpa tahu kandungan produk tu
kalau dah mengelupas..pedih …seksa tu
dulu sebelum kawen zana kurus. tapi kurus sbb sakit. period pain yg teruk nak mampus. t pasal berat badan turun sekali wpun mkn byk.
la nie berat bdn naik lepas ada bb. tapi alhamdulillah under control. sebenarnya lebihkan motivasi diri utk jaga mkn demi kesihatan. jgn pakai or beli produk bukan2.
la nie zana amalkan mkn mkn bergizi seimbang. alhamdulillah… badan sihat berat bdn pun turun. nak tau rahsia??/ meh la calling2..
siyes tak tipu tak kak jie.. 😀
zanas last blog post..Branch
@zana, kak jie tak rasa pula nk kurus …nnt keriput..hahaha
Saya tak mahu hipokrit. Kalau Suzan Tamim memang saya terkulai. hehehehe
abg putras last blog post..The Web is not ready for Chrome yet!
@abg putra, hehehe..sapa suzan tu abg putra..
no 3 ke no 4?
Kecantikan isteri hanyalah utk suami… Tapi kan kak jie, ada jugak suami yg nak isteri cantik sbb nak tayang kat org lain. Dan isteri terpaksa buat gitu sbb suami mula meliar bila badan isteri tak langsing macam dulu. Cam ne tu?
Sedih bila ada suami yg menolak isteri melumuri diri dgn dosa sbb nak isteri menayangkan kecantikan isteri pd org lain. Ish..ish..
suaras last blog post..What Am I Like?
@suara, yup..ada yg gunakan kecantikan isteri utk cari makan..peragakan diri.
Hehe.. Tak tau pun produk ni.. Laki katakan – mana nak ambik tau sangat benda macam ni.. cubalah yang baik.. kekalkan yang sedia ada.. tak payah nak tambah2-cukup2lah..
mrozaidis last blog post..Sentiasa Senyap @ Sentiasa Bercakap
@mrozaidi, lelaki pun skrg ramai yang menitik beratkan penjagaan diri ….
gemuk pun bule cantik kan kak jie…… ahaks ni statement makan hati pasai kite dh x leh kurus ekekeek
@Elyn, hahahah…statement makan dalam…hik!
salam kakjie. suke la saya bc entry ni. uhu..
er… banyak sungguh product yg br kene ban. pdhl wanita2 dah lama guna/pakai. isk. isk. kenapa jadi camni ye.
@farah, bila ada aduan baru kementerian siasat kot..tapi rasanya semua produk perlu lulus KKM dulu baru boleh dipasarkan…
tataulah… kalau dah jadi mcm ni…semua produk terjejas..org dah tak percaya
kak jie,
skrg nie mcm2 produk ada kt pasaran.
Pengguna la yg kene bijak memilih. Tapi sbb desakan nk cantik n kurus lebih dr sgla2, ramai yg silap buat pilihan…
miims last blog post..Autumn in our heart…
@miim, kat pasar malam pun banyak
kalau petang2 mmg iklan kat tv produk kecantikan saja… dia tau ramai surirumah tgh tgok drama
haha… sokong life4hire..
cepat sangat terpengaruh nie…
er.. bersyukur apa yang tuhan dah bagi..
menteils last blog post..Aku Kini Pulang
@menteil, itulah kelemahan perempuan
sbb tu lah perempuan dilabelkan suka membeli belah
cepat terpengaruh dgn iklan
alah kak jie….model2 dalam iklan tuh pon bukan btol sangat pon..diorang banyak guna photoshop…nak2 lagi kalau model pencuci muka…
|1f34|-|1r3s last blog post..Madness ! Royal rumble in Bintulu
@|1f34|-|1r3, a’ha betul tu…. tapi tetap jeles juga kan tgok..hahahah walau sedar tipu je tu 😆
kak jie,
o’lyn kan, bukan olay ye. o’lyn tu yang melayu tokeynyakan.
sekarang keluar 3G pulak- gempal, gebu, apa lagi tah, gendut kot. Tak kisahlah, apa-apa aje, tak berani nak makan macam-macam ubat. even, pencuci muka pun kalau ada bahan kimia berlebih boleh sebabkan kanser juga, pernah terbaca tapi tak ingat source dari mana.
saya bengang kalau iklan barang lelaki macam minyak rambut ke hapa tapi yang melentik-lentik kat TV tu pompuan. Huh…..marah betul. Apa kaitannya?
ZANYs last blog post..Jiran
@ZANY, apa saja kalau terlebih mmg memudaratkan tapi masalahnya sudah jadi kegilaan..saloon kecantikan tu bersepah2 sebab ada pelanggan.
kadang2 tgok muka mcm nipis..agaknya produk tu menghakis kulit muka kot.
entah lah..kak jie tak pernah pakai apa2 cream..tak selesa…
tempek bedak sejuk je
itulah..iklan yg tak der sangkut paut dgn perempuan pun…gunakan model perempuan juga
owh,dah boleh komen.. hehe
krim O’Lynn tu ada kt tv tak? saya tak pernah dengar rasanya..
!x0r@s last blog post..I Hate This Part
@!x0r@, knp?
tak dpt komen ke?
ada… popular juga
search kat laman web dia
tapi tadi tengok produk tu dah tak de
Wajah yang asli tu sebenarnya yang cantik….
Bg orang Islam wuduk tu adalah make-up yang paling sempurna. Tak gitu kak jie.
TokNabes last blog post..Ngendap…..
@TokNabe, kalau semua orang sedar….tapi pengiklan selalu buatkan kita rasa tak lawa..hehehe
saya nih org selalu panggil skeleton bergerak.. 🙂
arins last blog post..Masuk Spital : Day 3 : 12.11.08
@arin, heheheheh…baru keluar hospital dah merayau kt blog ke Arin..jaga baby dlm perut tu lek lok
bukan aper kak jie, bile dah gemuk nih, baju banyak tak muat,nak beli bukan nyer murah ……sayang tengok baju yang tak muat tuh!
cakap kosongs last blog post..Entry Subuh Rabu…………………………
@cakap kosong, wahhh…kan dpt ideal boleh pergi shopping lagi..hahaha
pompuan ada seribu alasan utk pergi shopping
alahai x perlu yg brand dan fanatik camtu. klu cantik tp hati tak bersih tak guna juga.
bersihkan hati, bonusnya adalah kecantikan yang asli!
kak, sy pun byk kali suruh orang umah makan banyak biar berisi skit tp malangnya tidak kerana memang dia keturunan kurus (tapi taklah kering) eheh.
bagi saya perempuan yang terlalu taksub menjaga kecantikan hingga mengabaikan kesihatan sama lah seperti mereka nak pergi bunuh diri! subhanallah.
megats last blog post..Seminar Foto – Seni, Teknologi Dan Bisnes
@megat, yang penting hati ye….tapi kata org dari mata baru turun ke hati
tak gemuk tak kurus tak pe…tiap org ade saiz diri masing2…tapi jgn low self esteem sudahlah..hargai diri sendiri baru kita bahagia dgn apa yg kita miliki.
tak kisah jika kurang cantik, asalkan berbudi bahasa. kalau nak kurus memang susah sikit sebenarnya, kena bersungguh2, kena tahan dugaan.. 😆
Lan Bingkas last blog post..Sukan malam
@Lan Bingka, sebenarnya bukan kurus tapi ideal dan sihat
saya suka yang cutting model.. tapi bukan yang ‘pemakan hati’… biasa2 je la, macam orang lain makan nasi..
samdaddycools last blog post..Semangat yang hilang
@samdaddycool, he he he…. kalau cutting mcm tu dia fobia nengok nasi
Isteri saya sedikit gemuk dan berisi tapi saya tak kisah…
sebab saya pun berisi dan gemuk jugak
Anak lelaki saya pun mewarisi kegemukan jugak
ha ha ha ha
hashim habeeds last blog post..Wanita@Muslimah
@hashim habeed, bahagia derita bkn ditentukan oleh saiz fizikal ttp penerimaan kedua belah pihak…
nasib baik la my wife have to play with my active son daily and she has no fat left on her… so she is as slim as she was before she got married to me… I on the other hand need something to be slim again.. haahaha
shaxxs last blog post..Mission Alexa
@shaxx, lelaki gemuk selepas kahwin kerana dipikat melalui perut
My mistake…
@kruel74, 😉 ada 2-3 blogawan perempuan yang aktif di Negaraku
Perutku cantik…
Hasbullah Pits last blog post..Blog punca kes Perceraian di Kalangan Blogawan Malaysia Meningkat?
@Hasbullah Pit, ada ke kempis mcm perut wawa?
I nya post Advertisement for Women siap dapat published di Negaraku krn agaknya diorg ingat ada iklan baru utk pompuan. Actually lebih ttg hal posting ni, which is ttg how advert sell to women
@kruel74, Ramai member Negaraku lelaki.
sape kata kalau badan berisi tak boleh sexy dan tak boleh cantik kan kak jie…yg penting keyakinan kita tu…kan….kan kan..janet kan…
Umimias last blog post..Apa ada dalam kepala
@Umimia, oyehhh…kita sokong.
seksi bkn semata2 tubuh sekeping …sexy itu subjektif
hargai diri sendiri dgn positif
memang dah fitrah orang peempuan nak kurus nih… bukannya apa, yang mana dah kawen kalau dapat suami yang jenis nak tgk yang cantik jerk, kalau kita tak cantik ditinggalkan pulak… macam mana…
tak cantik masalah, cantik pun masalah juga…
shays last blog post..YeH yEh dapat award…
@shay, yup..tapi jgn sampai jadi mangsa….bila dah lama kahwin harap2 perkahwinan tu juga matang..jadi kena faham kebahagiaan dan berkekalan sesebuah perkahwinan bukan sebab fizikal.
Tgok berapa ramai perempuan cantik yang gagal dlm rumahtangganya…yang masih gagal temui teman lelaki,
jadi kita kena pandang dari sudut positif… utk motivasi diri sendiri. Gemuk bukan bererti kita mesti mengabaikan penampilan diri
wah..kener tgk orang umah aku pakai aper…olyn ker olyon….heheheheh 🙂
chuckiesds last blog post..10 Things to be a good Father…
@chuckiesd, SK II kot…. bedak sejuk 😆
HAHAHHA..
comel gila entry ni.yonna tak penah pakai ape pun nk kasi kurus.errr,mcm tak best la mama,takut tau..
kawan yonna,minum teh org kampung. sampai cirit2 la esok tu. eieie ngeri la!!
as long as we’re healthy ok la :D..
bila tua kerepot jugak :p HAHAHA..
tp yonna comel kan mama? 😆
hahahah
yonnas last blog post..belia benci tag tapi suka awards..
@yonna, comel mcm yonna..dia ni kan…sikit2 tomei..tomei
tgok tu..dah kembang puji diri sendiri.
kalau nk berdiet bagi langsing, buat secara teratur, dapatkan nasihat pakar
org berisi ni kulit tegang..hahaha..lambat nampak kedut
owh.. kena hati hati.. 😐
ADrys last blog post..Million Thanks From Tawau Bloggers
@ADry, tempek je bedak sejuk…grenti ori
tapi kena buat sendirilah…
Krim O’lynn tu macam pernah dengar, je. Tie cuma guna pelembab , tu pun bila rajin. Tapi sejak jadi makcik ni memang kulit kita mudah kering,kan..hihi..
Masa Tie kurus dulu, teringin gak nak gemuk sikit, tapi sekarang ni bukan gemuk sikit, …gemuk banyak laa…huhu…Dah over, susah pulak nak kurangkan lemak. Bukan apa, bila dah mengembang ni urusan kerja rumah jadi slow je..hi hi…
@Tie, korang ni kan..entri ni panas2 mengelegak lum angkat dari dapur lagi dah dtg serang…muahahaha…
sgt2 aktif gituu…
lumrah Tie, kadang2 nk juga diet nk kurus..cewaaahhh..tak sedar diri dah kembang macam tertelan sekilo mauripan