Isu Semasa

Tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa

Penduduk di lima kawasan telah diarah mengosongkan rumah mereka segera atas faktor keselamatan susulan tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa awal pagi semalam.

Arahan itu dikeluarkan selepas operasi mencari dan menyelamat diteruskan lebih 40 jam.

Empat kawasan terbabit ialah:

– Keseluruhan blok kondominium Impian Selatan
– Jalan 6A Taman Bukit Jaya
– Keseluruhan Taman Bukit Mewah
– Keseluruhan Jalan 9, Taman Wangsa Ukay
– Jalan 11 Taman Wangsa Ukay

Gambar-gambar di tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa

Puteri Nur Aisyah Faizulnizam, 38 hari antara yang diselamatkan – foto BERNAMA

UJI RASHID (kiri) memimpin menantunya, Nur Fuziana sebaik keluar dengan helikopter dari kawasan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa semalam.
Kredit :Kosma

ANGGOTA tentera membantu penghuni-penghuni kondominium dan pangsapuri berdekatan berpindah ke tempat yang lebih selamat – – foto BERNAMA

Pemandangan  tempat  kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa

ORANG ramai, mangsa atau individu yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh boleh mendapatkan maklumat perkembangan terbaru dengan menghubungi markas keselamatan di kawasan operasi.

Ini termasuk jika mahu membuat sebarang aduan dan memberi butiran mengenai rumah yang ditinggalkan.

TALIAN: 03-41086321 atau 03-41070055

Selepas tragedi Highland Towers, salah satu cadangan yang dikeluarkan Kabinet ialah mengkaji semula jadual kerja dan kerosakan di bawah peraturan pemaju perumahan. Konsepnya mudah, selepas selesai laporan EIA dan sebagainya baru pemaju boleh melakukan pembangunan kontur. Ia mesti memastikan rumah-rumah didirikan di cerun-cerun selamat, bukan memotong bukit-bukit yang ada. Ia mesti membuat reka bentuk mengikut kawasan, bukan dengan memotong bukit untuk menyesuaikan kawasan dengan reka bentuknya.

Ketika itu cadangan kami kepada kerajaan ialah sebaik sahaja bukit dipotong, perkara pertama yang mesti kontraktor lakukan ialah membina tebing untuk melindungi bukit itu tadi. Kerajaan juga mengarahkan supaya pokok-pokok dengan saiz-saiz tertentu tidak dibenarkan dipotong. Apa yang berlaku ialah keputusan Kabinet tidak dilaksanakan oleh kerajaan-kerajaan negeri.

– Keratan akhbar Mingguan Malaysia 13/3/2005 bersama Datuk Dr. Abu Bakar Jaafat ( Ketua Pengarah JAS)

Tanah runtuh , panduan dan perhatian sila klik SINI

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

13 thoughts on “Tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa

  1. Sama dengan tragedi Highland Tower,cuma di Highland Tower Kondominium tumbang tetapi di Bit Antarabangsa runtuh, mungking jika di bkt antarabangsa itu di dirikan Kondominium akan sama juga ” TUMBANG ”

    haziss last blog post..Check out my Slide Show!

  2. tanda kiamat kecil..
    bila keluarnya bulan senyum.. yg terakhir selepas bbrp ratus tahun..
    dunia hampir kiamat..

  3. apapun..harap apa yg berlaku…dapat dijadikan iktibar..kepada pihak 2 yg bertanggungjawap….

  4. setahu saya..byk jugak pemasalahan sosial berlaku di atas sana…adakah ini sebagai satu,,,petunjuk dari NYA…..

  5. salam eid ul adha…hidup ini penuh pengorbanan..terkorban, mengorban, dikorban….semoga kita dipermudahkan

    arsailis last blog post..

  6. bila manusia jadikan duit sebagai raja, apa undang2 pun dah tak penting.. sesiapa jua, tak kiralah dia tu kuli ke, majikan ke.. malah kerajaan sekalipun..
    kalau kita jalankan sesuatu ikut hukum Islam, Insyaallah, benda macam ni tak kan jadi.. Wallahu’alam…

    Neezas last blog post..Lagu pun jadi isu… ish ish…

  7. Insaf!

    Melihat tragedi yang menimpa. Tentu Lah berbeza erti hari mulia ini di antara orang lain dan mereka.

    Pun begitu. Selamat Hari Raya Aidil Adha.

    Semoga kita sama-sama meraih nikmat rahmat berkat dari-Nya dalam penghayati erti Qorban.

  8. Kalau nak adil semua kerajaan lah kita salahkan kan? Anyway, people can only plan, Allah will decide. No one can stop nature. Tgklah nanti ada yg marah n tanya soalan tak munasabah

Comments are closed.