Isu Semasa

Suami gila talak

Soalan ( dari Harian Metro)

SAYA lelaki yang sangat cerewet dalam memilih pasangan. Gadis idaman saya mestilah cantik dan berkulit cerah. Perkenalan saya dengan Su yang pada asalnya hanya kawan menjadi semakin intim sehinggakan kami terlanjur.

Atas rasa tanggungjawab, saya melamar Su. Kedua-dua keluarga merestui dan akhirnya kami sah menjadi suami isteri. Sebenarnya, Su bukan gadis idaman saya. Dia berkulit gelap, tetapi manis dan sentiasa ceria.

Kelebihan Su ialah dia sentiasa membuatkan orang di sekelilingnya tertarik untuk mendengar keletahnya. Mungkin sebab itu saya tertarik untuk berkawan dengannya pada awal perkenalan kami.

Selepas dua tahun berkahwin, saya ditukarkan ke selatan tanah air. Di sana saya bertemu Anis, gadis yang memiliki ciri-ciri idaman. Orangnya cantik, berkulit cerah dan pemalu. Untuk memikatnya, saya mengaku masih bujang.

Saya tidak bertepuk sebelah tangan kerana dia juga menyukai saya. Tanpa berfikir panjang serta dalam keadaan mabuk cinta, saya menghantar SMS cerai kepada Su. Kelam kabut keluarga Su dan keluarga saya mencari saya.

Dalam perbincangan tegang, saya berterus terang akan melamar Anis dan melepaskan Su supaya tidak terluka. Semoga ada lelaki lain boleh membahagiakan Su memandangkan kami belum ada anak.

Berulang kali Su menelefon saya, tetapi saya tidak menjawabnya. Banyak SMS yang dia hantar bertanyakan apakah salahnya, tetapi saya tidak membalasnya. Akhirnya Su tidak lagi menghubungi saya dalam tempoh proses perceraian kami.

Selepas enam bulan bercerai dengan Su, saya dan Anis disatukan dalam majlis sederhana. Lima bulan bersama Anis, saya mula merasai kekurangan. Walaupun memiliki ciri-ciri gadis idaman saya, dia terlalu pendiam. Sepatah saya tanya, sepatah dijawab.

Anis juga sangat cemburu, menyebabkan saya menjadi rimas. Saya mula merindui keletah Su. Sepanjang dua tahun bersama Su, saya tidak pernah berasa sunyi dengannya. Satu perkara lagi yang menyebabkan saya sangat merindui Su ialah prestasi hebatnya di ranjang.

Berbanding Su, Anis sangat pemalu dan tidak dapat memberi kepuasan maksimum kepada saya. Berulang kali saya mengajarnya dengan memberi bahan bacaan yang berkaitan, tetapi jawapan Anis ialah dia malu.

Ada beberapa kali saya menghubungi Su melalui telefon dan dia tetap melayan saya dengan baik, seolah-olah tiada rasa benci dalam nada suaranya.

Setiap kali menghubungi Su, saya rasa tenang dan lega kerana celotehnya membuat saya terhibur.

Bagaimanapun, saya tahu jauh di sudut hati Su dia terluka dengan perbuatan saya kerana banyak kali dia memberi alasan sibuk jika saya mahu berbual panjang dengannya.

Baru-baru ini saya mendapat tahu Su dipinang seorang jejaka yang juga kenalan saya. Saya menjadi cemburu dan yang paling menyakitkan ialah saya tidak dapat menerima hakikat suaminya nanti akan mendapat layanan hebat daripada Su.

Kini, saya menyesali tindakan lalu. Baru saya sedar kecantikan luaran bukan kayu ukur kepada kebahagiaan. Bantulah saya menyelesaikan masalah ini kerana saya benar-benar merindui dan mencintai Su serta mahu kembali kepadanya.

ZK.

*******************************************************************************



Wahhhh…banyak cantik!!!! Nak ikut selera dia je…suka ambek tak suka campak! Buta hati buta mata. Geramnya lelaki macam ini…dugaan sikit macam tu dah boleh tumbang!!!!! Padam muka. Nasihat saya pada Su, lupakan lelaki seperti ini dah terima pinangan orang lain .

Nasihat saya pada ZK, hargailah apa yang kita miliki saat ini. Sebelum awak bersusah payah memikirkan kekurangan diri orang lain, baik pergi kedai beli cermin. Bercerminlah! Adakah awak layak untuk mendapat teman hidup yang baik dan sempurna sedangkan diri awak…hampehhhhhh..!!!!!
Awak ingat perempuan kena test brand mana bagus, masuk keluar setiap kedai nak cuba, tak suka buang campak macam tu je…!!

EDIT : Saya ingin mengucapkan tahziah kepada keluarga Yusni Jaafar yang telah meninggal dunia pada jam 2.30 pagi tadi setelah dimasukkan ke hospital akibat penyakit hati dan turut menyebabkan kerosakan buah pinggang… Al-Fatihah. Kepadanya kita datang dan kepadanya kita kembali, semoga Rohnya dicucuri rahmat.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

22 thoughts on “Suami gila talak

  1. ziana – skrg baru menyesal…abis madu …

    dina – hahahaha…kecantikan wanita bukan pada paras rupa…dan kecantikan itu akan lebih bersinar menyerlah jika disamping suami yang baik tutur kata, baik akhlaknya…

    tak pa..kakjie bagi korang lepas geram…dushhh..dushhh…

    mrazaidi – demand tinggi…tapi perangai teruk…buat baik dapat balasan baik…..sebalik…

  2. Rio – Tak bertanggungjawap langsung… pentingkan diri sendir , buat tindakan tak guna otak.

    neeza – hahahah.. neeza…ramai pun fikir mcm kita.:p

    nk belasah ke..jom kita belasah ramai²..

    arsaili – Al Fatihah…

    cikgu Panji – ikut kata mati ikut rasa binasa…

  3. suara – su bukan yg itu ye..watak lain ye..hehehehe

    betul tu..memaafkan bukan semestinya menerima…su seorang yang baik tak berdendam..terima takdir dan hatinya cukup baik…walau terluka seperti itu dia boleh layan bekas suami dia sebagai manusia.

    ita – jom gelak berduet :p

    muadz – kakjie dah ok ni..dok gelak secara berduet dgn ita…hahahaha

    padam muka..tak sedar diuntung…

  4. neomesuff – mai pakat ramai2 dush… dush…hidup nak sorang je senang..sorang je bahagia..tak nk fikir perasaan org lain langsung

    mama ranggie – betul..betul…tak pernah bersyukur apa yg ada…kan..dah dapat balasan..

    maksu – sabaQ maksu..sabaQ

  5. zino – leleki pentingkan diri sendiri…mcm tu….yg dikejat tak dapat yang dikendong berciciran

    mz – nk kawen baru pun..jgnlah sampai ceraikan guna sms…dah tu terhegeh2 pula nk balik… luka tu macam di simbah cuka tau..

    combi – rumput kat halaman org nampak hijau…rumput sendiri dah tak berbaja…

  6. Hai Kak Jie.. Apa Jenis Laki Cam Tu.. Dah Kahwin Dgn Pompuan Yang Die Suka Main2 Asal… Cari La Yang Manjadi Impian.. Pas Tu Nak Lagi.. Ni Dah Lebih2 Ni.. Ni Yang Bujang Nak Cari Pun Susah… Dia Nak Wat Koleksi Lak..

  7. eiiii geram pulak baca pasal si ZK nih. Hah tulah dia…pantang nmpak yg berdahi licin…dh mula lupa bini kat umah.

    Bila dah bercerai…gila talak lah pulak. Lenkali jgn ikutkan hati sgt, pikir dgn waras sblm buat keputusan.

    Agaknya org cam ZK ni ingat bila pompuan tu cantik…dia berperisa strawberry kot. Yg kulit gelap rasa pahit…TAKDE MAKNANYA !

    Maaf Kak, sy mmg emo klu bab2 camni…

  8. Innalillah…
    Salam Takziah buat family arwah.

    ok back 2 d’story..
    x sukenye ngan ZK nih..
    x bersyukur lgsung..
    terlalu mementingkan kecantikkan..
    eiii geramnye saya kak jie…

  9. memula baca article tu (sebelum baca comment kak Jie) neeza cakap dalam hati, “padan muka!! jangan terima dia tu su.. perasan bagus!”

    Bila baca comment kak Jie, neeza senyum. Geram lah dengan lelaki cam tu. Amboi… sedap aje dia kan.. gadis idaman saya cantik dan berkulit cerah. Abih tu.. kalau dah tahu gitu, buat apa cari Su tu.. saje gatal sebenarnya.. alasan alasan.. geramnya..

    betul kata Neome.. belasah je ZK tu macam mat yang dalam gambar kak Jie post tu.. rasakan dia.. hhahahahaa..!!

  10. Jie,Kalau ler para suami boleh ingat pd kalimat akad nikah yg dilafaz serta disaksikan oleh para saksi.Tak ler semudah itu bertukar isteri persis bersalin baju.Berat nak bersoaljawab di pdg Mahsyar. Rio.

  11. eeeii suka suki jer kan…
    hengat dia tu baguz sgt ek…
    sangat padan muka ….

    x malu kan??

    p/s: kakjie dah ok??…senyum2 le selalu…:)

  12. manusia mmg selalu buat silap, kan? ZK silap menilai keinginan sendiri, lalu silap membuat keputusan… rasanya su itu dah maafkan tapi memaafkan bukan bermakna menerima kembali…

    apapun… yang paling penting… kisah su itu bukan berkaitan dengan su ini… hehehe… 😀

  13. buruk sangat….balik dululah, sebelum mulut dan tangan terlepas cakap yang buruk2 pula di sini. takziah utk keluarga Yusni Jaffar juga.

  14. dah nyosal sudah nyo…!

    padan muko ekauuu!

    dah ado yg baik,nak cari yg terbaik…

    sekali dpt yg…..???

    🙂

    betul x kak jie,sape suh cari pasal…

  15. yaaaaaaaah…She dont deserve him! Rasa macam nak belasah je mcm that guy tuh..dush dush dushum

  16. nikmat itu kdg2 tidak disedari hanya apabila ia hilang barulah manusia benar2 terasa…

  17. rasa nya tak salah kalo nak kawen baru. tp naper kene ceraikan yang lama?
    rasa nya tak salah juga nak ceraikan yang lama. tapi naper kini nak semula.
    memang tak guna nya jantan.

  18. orang tua kata terlajak perahu boleh di undur..

    terpulang kepada su utk membuat keputusan yg bijak..

Comments are closed.