Saya pasti ramai yang tak hairan langsung dengan berita dan gambar yang dipetik dari BH semalam.
Tanya diri sendiri, di tahap mana ‘kemajuan diri ‘ bukan di tahap mana ‘majunya negara’. Sebab sebelum negara maju boleh dibentuk, ianya datang dari diri setiap KiTA, bukan saya, bukan awak.
kalau pun bukan untuk negara, biarlah tupperware ada isi bekal ke akhirat.
dan………. mungkin kita sedikit hairan melihat gelagat seperti di atas. Baca kisahnya di Angah tak malu ke macam Bangla Tesco
Tanya sama angin apa sebab hujan,
Nanti jawab angin tanyalah awan
Wahai awan….awan nano!
Betul2, memang boleh kira je yang berdisiplin nih
semlm saturdy hari tanpa plastik beg.. fuhhh lg bersepah troli kat tmpat parking.
fikiran kelas berapalah rakyat Malaysia ni kalau cerita politik, mengumpat keburukan orang dan macam2 lagi lah memang hebat tapi disiplin sendiri pun tak boleh nak jaga. Bukan susah guna troli hantar balik kalau malas letak lah tempat yg sesuai jangan tengah jalan atau tengah parking…
yang paling bengang bila troli2 tu mencalarkan kereta kita….mmg hampeh tol…
tp ada sesetengah pasaraya yang menyediakan troli yang mana kita perlu memasukkan coin..biasanya 20 sen shj..bila dah habis pakai kena htr balik ketempat letak troli utk dptkan balik coin tadi…
ada yang belajar sampai pHD pon belum tentu lulus bab kesedaran sivik ni, agaknya kena letak rm5 ke atas kot kat troli tu baru depa nak p hantar balik
kes biasalah tuh..
selfish dan lepas tangan..
selalu tulun ketepikan troli
yang park tengah2 atau block keta
mcm keja part time plak.. hu3
Memang jadi senario biasa troli bersepah di tempat parking walaupun sejengkal daripada tempat letak troli yang disediakan.
A+ yang diperoleh di atas slip masih belum mampu melambangkan A+ daya pemikirannya tentang tanggungjawab sosial.
haha habislah typing error 😳 undur ya, bukan under T__T 😆
Berat sangat kot nak tolak troli kembali ke tempatnya. Erm, sangat angin bila nak parking, tiba-tiba ada troli kat situ. Lagi best bila kita nak under, dengan sedapnya dia pergi letak troli kat belakang kereta kita.
Memang rasa nak “berterima kasih sangat” je hehe
abis camno nak buka pintu kereta kalau kunci takdak?troli full dgn barang shopping ni.banyak kerja nak buat tu
sebab tu la kot ada sistem masuk coin kat troli kat sesetengah supermarket.a good start lah walau 20sen je pun, sebab sesetengah orang dia memang sayang duit 😉
lain kali kene tinggal kunci kereta dulu la lepas pulangkan troli baru amek kunci tu
oversea, derang ada pekerja khas ambil balik troli2 ni//bawah balik sampai ke rumah pun ade troli2 ni..
lagipun ramai pedestrian haha
mmg kdg2 kalau masuk kt psraya tu blambak troli2…
msyrakat kita ni blom ada thap kesedaran sivik yg tinggi.klu buat baik ckpnya kita pura2..huh
lagi satu yg menaikkan darah, bila ada segelintir org letak sampah yg nak dibuang atas kereta. bungkusan sampah tu kadang2 jatuh atas jlnraya. maka berteraburlah pampers dan segala macam yg menjijikkan atas jlnraya. Kalau jatuh tu kira selamatlah agaknya tuan sampah tu, tak perlu berenti mana2 tong sampah lagi.
ramai yang shopping tinggal troli di tempat letak kereta, pernah sekali ternampak si pemakai punyalah malas nak letak balik hanya tolak dari jauh saja, sampai tercalar kereta orang lain. memang tak bertanggungjawab betul lah. bila tak disediakan troli bising, dah disediakan, buat tuah plak.
Ada yang tidak bertanggungjawab meninggal sesuka hati sahaja troli belakang atau disisi kereta pelanggan lain. Apalah salah hantar semula balik ke tempat letak simpan troli.
Alhamdulillah saya dan isteri masih bertamadun setiap kali kami guna 2 troli yang mana 1 untuk isi barang dan 1 lagi isi anak. Selepas muat turun barang keperluan didalam bonet kereta, saya atau isteri letak kembali di tempat troli.
selalu jumpa troli kat parking, nak parking kita sendiri la kene alih troli tu. memang angin la tapi nak buat camna. biasanya yang saya nampak yang kurang kesedaran sivik ni yang none bumi,maaf cakap la ye. ini berdasarkan pengalaman.
Pernah kerja dipasarya dulu…waktu kerja habis
pukul 10.30 malam…kalau lewat pun 11.00 malam la. 😛
bos pula suruh cari troli yang hilang.paling aku tak percaya
dan kena percaya….dekat rumah orang pun troli ada….kena
naik moto la kutip troli… 😥
gaji sikit pula tu.
ni komen nak bagi orang demam kejelesan ni….
baru teringat nak booking Mahkota Hotel Melaka utk 29 mac…
hari ni nak pergi PD lepas cik adik balik kerja..
Eh.. dah boleh komen la :p
jap test dulu…
baru nie shopping kat econsave, tgh pusing2 cari parking, blh plak 1 keta nie masukkan barang then biar troli tu kt tgh2 jln..aiyooo, sudahnya yan turun dr keta dan alihkan troli tu, hem… 😉
Selalunya orang nampak hal besar² – isu poco-poco, april fool tetapi hal² kecik yang bersangkut dengan ‘diri kita kepada orang lain’ kurang nampak.
Tabiat2 kecil yang kita buat akan menjadi kebiasaan kepada anak²..kadang2 pengajaran bukan hanya dari list yang kita keluarkan kepada anak² tetapi dari cara dia berfikir sendiri.
Itulah keputusan A+
Apabila kesedaran sivik semakin berkurang, ramai yang lupa tanggungjawab untuk melakukan apa yang sepatutnya. Semoga selepas ini saya pun tidak melakukan perkara yang sama, jika semua mempunyai tanggapan yang sama, pasti perkara seperti ini tidak akan berulang kembali