112,635 warga peneroka Felda dapat duit raya RM42.6 juta. 89.1 peratus menerima RM400 seorang dan baki 10.9 peratus peneroka yang tidak bersama Felda pula akan menerima RM200 seorang.
Ini adalah tradisi pemberian duit raya sejak 2003 .
Pertengahan bulan ini , kakitangan kerajaan juga akan menerima bonus setengah bulan gaji atau minimum RM 500 . Pesara kerajaan juga menerima bayaran khas sebanyak RM500.
Lebih 3 juta pemerima duit raya akan tidur lena malam ini. Yang kelat yang ketat adalah kami rakyat berjuta² yang lain. Bukan kelat cemburukan rezeki orang tetapi kelat memikirkan yang keluar lebih dari yang masuk …hiks!
Apa pun tanggapan dan andaian orang mengenai pemberian bonus tersebut saya tumpang gembira. Apa pun kaedah pemberiannya, tanpa izi Allah tidak akan berlaku. Bersyukur dan uruslah kehidupan memasing mohon keberkatan dariNya.
Mesti dah berangan² dan mula merancang untuk berbelanja, saya ada tips untuk panduan bersama –
- Tips Rumahtangga – Mengikut Isteri Shoping
- Tips Bawa Anak Membeli Belah
EDIT : 15/08/2011 – kawan² kakitangan kerajaan cakap, bonus dah masuk.
kita yang tak berbonus ni , rayalah dengan apa yang ada
FELDA pembohong..
Hari tu kerajaan umumkan peneroka yang bersama FELDA akan dapat RM400.00 dan yang tidak bersama FELDA akan dapat RM200.00
Tapi peneroka yang tidak bersama FELDA di Negeri Sembilan hanya diberi RM150.00 selepas ditolak dengan entah apa apa potongan ( kebersihan , tong sampah )mereka hanya mendapat RM 66.00 sahaja.. Duit raya apekebende tue..?
salam…syukur..bapa sy seorang peneroka…dan dapat la rm400….
Setuju bro… memang macam itu kita mesti berbuat. Laksanakan tanggungjawab kita dahulu, lepas tu barulah kita pasti akan dapat rezeki kita.
Betul tu, rezeki tiap orang kan berbeda2x.
alhamdulillah kak jie.rezeki anak tu tahun ni.dah lama tak merasa bonus ni.syukur la 😀
ini ganjaran mereka yg berkhidmat utk kerajaan. yg swasta dan kerja sendiri tu, smo ni satu lumrah kecemburuan yg harus ditelan. huhu 😉
Bestnya dapat Bonus..
nasib baik ada masjid…boleh aku hari2 buka disana
Tahniah dan bersyukur ler kakitangan tetap…..kepada yang tak dapat tu jgn sedih rezeki ada di mana-mana…..
bapa saya mesti suka dapat bonus raya nih, hehehe
kena cari cikgu2 muda ni. hehe.
wow syoknyer jd org gomen
wah lama tak nampak bro kat internet..pekabo bro
Bestnya dapat bonus…saya ni bile la nak merasa bonus
Seperti tahun sebelumnya duit raya kembali lagi, syukur alhamdulilah. Dengar ceritanya hujung tahun ini, bonus kali kedua bakal menyusul.
wah bestnya dapat bonus…
Berjimat duit tu kita sebenarnya sedang melalui tsunami ekonomi yg paran ni cuma belum sampai Malaysia je lagi.
rezeki Ramadhan …jom shopping raya hehehee
Salam.
Tahniah kepada semua penjawat awam. Semoga membelanjakan bonus dengan berhemah.
Tapi kesian pada yang dapat RM500, kat KL mana cukup RM500 tu. Setakat duit balik kampung jer….. 🙁
masalahnya…harga barang dah naik sebelum pengumuman ini….
kesian mereka yg kerja sendiri secara kecil2an….
tak semua kerja swasta dapat bonus…terutamanya yg bekerja disekolah2 ugama persendirian… Alangkah baiknya kalau harga minyak dn tol diturunkan…maka harga barang takde sbb utk dinaikkan….InsyaAllah semua orang merasa kesannya….wallahu a’lam….
kak jie tunggu bonus raya dari cik abang jer… hu3
500 dah cukup tu untuk beli barang2 raya..he3
Alhamdulillah kak..biarlah dieorng yag rasa..hehe..swasta biasa nya bonus hujung tahun..ade company yang bagi sampai 3 bulan gaji untuk bonus sahaja..lagi banyak dari org kerajaan..huhu
bukan kakitangan kerajaan je seronok, anak2 kakitangan kerajaan pun tumpang gembira hihi
rezeki itu datangnya dari yabg Esa kak jie…mungkin ini bukan rezeki kita tetapi rezeki orang lain…
syukur alhamdulillah. rezeki mereka.
p/s: doakan rezeki saya pula hehe.
yay! TV plasma baru sempena raya tahun ni! pastu pasang beyond pulak lagi, memang raya tak keluar rumah tengok cite kartun je la agaknya, haha
my dad penjawat awam. Alhamdulillah! memang raya ni banyak nak guna duit. kakak nak bertunang. huhu.
saya bukan penjawat awam..tapi ayah saya….tak per lah…tumpang merasa,ringan sikit kan…hehe
Bersyukur dgn apa yg diberikan, jgn melihat pd sumbangan ekonomi negara shj, kn jg lihat mereka yg menjaga ke amanan negara kita, yg bekerja di kala kita cuti utk pastikan kita tidur lena..
Mereka yg bekerja dihari raya demi menjaga premis kt, mungkin skrg kt x nampak sumbangan mereka tp bl kn pd diri kita br kt menghargainya
Bayangkan bagaimana mereka yg bertugas di kala kt bercuti, yg menjalankan tugas bl berlaku kejadian yg malang, rumah terbakar dan sebagainya…
Masing2 ada tanggungjawab dan peranan serta amanah yg perlu dipikul, jd x salah kerajaan menghargainya
alhamdulillah.. dapatlah cover belanja balik kampung ni.. 🙂
mana tahu dengan blog ni nanti ..
he he..
rezeki ada di mana-mana ..
kak jie jual kuih raya la ..
hehehe… kak jie suri rumah lah… mana kerja
mana nak datang bonusnya….
tak apa kak jie ..
Allah akan beri rezeki yang lain kepada kak jie ye …
mana aci!!
kita yang berusaha menjadi tunggak ekonomi negara,
tp yang lain plak yg dapat bonus untuk perkhidmatan mereka,
berkhidmat sangat lah pon.. bil lektrik pun dok main agak agak jer,
jahit dahi orang pun pakai main staepler jer..
huh!!
rezeki orang… kita nampak… rezeki kita… blom tau. bersyukur la dengan apa yang ade sekarang.. besok lusa tuhan nak duga mane kita boleh baca kan.
takpe kak jie, rezeki tuhan bagi dalam pelbagai bentuk kan? 😉