Isu Semasa

Saya bukan buta politik

©Kujie – Blog saya bukan blog politik, tak perlu datang komen mencaci mencarut…Jari yang menaip akan menjadi saksi di akhirat atas apa yang ditulis. Jadi baca saja info ini tak perlu komen. Sebagai pemilik blog ini, saya tidak mahu diseret sebagai saksi anda diakhirat kelak..
Untuk kawan2 saya – maaf , komen di tutup.

Inilah akibatnya… Selepas Keputusan Rasmi Pilihanraya Kecil Manik Urai dikeluarkan, entri saya terus diterjah ( Visited 2,851 times – 14/7/2009). Kebanjiran pelawat yang mencari maklumat ini memang sudah dijangka tetapi yang saya tidak gemar adalah pengomen-pengomen yang celupar dan kurang ajar.

Entri itu bukanlah ulasan, hanya maklumat terkini.

Saya pelik kenapa orang boleh mencarut memaki hamum, menulis komen yang tidak beradap hanya kerana politik seolah-olah kalau bercakap hal politik kita bebas keluarkan apa saja perkataan kotor . Seolah-olah dosa bercakap buruk mendapat diskaun seperti mega-sale kerana berpolitik.

Berpolitiklah secara baik. Jangan gunakan prinsip “politik memang kotor” atau “dia boleh kata, kenapa aku tak boleh”.

Saya bukan buta politik. Saya membaca hampir kesemua blog sosial politik dan saya terlibat secara aktif sepanjang Pilihanraya Umum ke-12 . Saya turun berkempen dari rumah ke rumah, kampung ke kampung bercakap secara terus dengan pengundi sebagai perayu undi . Kalau kita sendiri ada keperibadian yang panas baran, cakap lepas, cakap kotor – bagaimana mungkin kita dapat menarik orang menyertai pihak kita?
PACA

Saya pernah bertugas di pondok panas dan saya pernah bertugas sebagai PACA ( Polling Agent dan Counting Agent ) sewaktu pilihanraya.

Pemimpin yang baik itu sebenarnya dilahirkan daripada kalangan kita sendiri. Sepatutnyalah peribadi yang baik itu terbentuk daripada diri setiap individu, diikuti peringkat keluarga dan seterusnya kepada masyarakat yang akhirnya menyumbang dalam pembinaan sesebuah negara.

Kita sepatutnya mula membina sesebuah negara yang baik itu dengan mula mengubah diri kita terlebih dulu dengan bermuhasabah dan berusahalah untuk memperbaiki diri kita dari semasa ke semasa.

*******************
PACA (Polling Agent & Counting Agent)

Polling Agent (Ejen Tempat Undi) ialah orang yang mewakili setiap parti yang bertanding untuk bertugas mengawasi tempat pembuangan undi.
Polling Agent akan dibekalkan salinan Buku Daftar Pemilih SPR yang terkini. Apabila nama pengundi disebut berserta No. KP oleh Pegawai SPR, cari pada buku Daftar dan gariskan.

Counting Agent (Ejen Kira Undi) ialah orang yang mewakili setiap parti yang bertanding untuk bertugas mengawasi semasa pengiraan undi dibuat.

©Kujie ~ Buat Sesuatu…Hargainya. Ilmu itu bukan sahaja di cari  dan bukan untuk dinanti..

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

45 thoughts on “Saya bukan buta politik

  1. penat dengan politik..penat dengan perangai politikus..dan penat pikir negara yang kian tenat..
    masalah tak selesai..balik2 tunding jari sana-sini..penat…

  2. pergh caya la kak kujie… bukan hanya makcik kantin yang biasa2 je nih…

    biasa la kak kalau pasal politik macam2 boleh jadi…
    .-= shay´s last blog ..Gambar kawen… =-.

  3. entah ler kak jie….orang berpolitik bukan untuk bergaduh tateapi mencari jalan penyelesain…..ermmmm entah ler….

    lama tak datang…cantik theme ni sesuai dengan jiwa seorang perempuan misali 🙂
    .-= kita´s last blog ..Driver Komputer Compaq dc5750 =-.

    1. @yonna, org mudah lupa diri, tulis sesedap rasa …dia rasa berani sbb tak de sapa nampak muka..tapi jgn lupa

      Allah Maha Mengetahui 😉

  4. wahhhh,,

    tahniah kak jie.
    baru beberapa hari saya out from blogging, sudah tukar comel loter rumah nih. siap ada lampu lip-lap lagi.

    tak pe lah tak jadi org politik, buat sakit kepala je. Memang berpolitik itu islam tapi ramai org politik yg mencacatkan politik itu sendiri.
    .-= AyKay´s last blog ..Betulkah Tenaga (batin) anda Hebat? =-.

    1. @AyKay, hehehe..kak jie tukar kaler muda remaja :mrgreen:

      tak boleh semua org ckp tak nak ambil tau…itu kehidupan kita

  5. huhu, kak jie nie agen perisik rupenye.. wow… banggalaa ade kawan blog yang stylo cam charlie’s angel nie..

    tapikan, mengikut pengalaman aku, memang jarang nak jumpa org berpolitik secara sopan, sebab masa diorang bcakap, mesti semangat naik abes.. haha!!
    .-= samanosuke_04´s last blog ..Ditching Dubai : Farewell… =-.

    1. @samanosuke_04, hhaha..mana ceruk lah kak jie nk cari pistol ni 😀

      sbb tu la, tak nk msk dlm golongan majoriti tu..hehehe..kena bermula dari diri kita sendiri

  6. Wah, hebat penangan kak Jie.
    Sabo ajerlah dgn politikus yg takleh
    terima pendapat org lain ni. 🙂

    1. @Eriyza, bkn maksudnya mcm tu…bagi pendapat boleh..tapi jgn maki-maki, mencarut..

      itu tak elok…kita ada akal, berfikir secara matang

  7. Ooo…gitu ke ?

    Tie pernah gak dicerca, dimaki…kat blog sapa entah, sebab Tie tegur penulisnya, nak terangkan hal Islam ni dan Melayu….. Terus terkedu sorang2…. tak sangka betul ada orang yang hatinya keras dan penuh dengan bara kemarahan .

    Kerana tu Tie tak berani nak tulis apa2 yang boleh menarik perhatian orang . Memang takut nak terima tetamu yang tak diundang ni. Sedangkan di rumah pun kalau dengar pintu diketuk, hati terus rasa debak debuk!

    Sabor je la Jie…………….. :mrgreen:
    .-= Tie´s last blog ..Toot-toot….toooooot…………… =-.

    1. @Tie, sy baca komen Tie kt blog tu..masa tu kita tak kenal pun…sy tak ckp tie betul atau tie salah..tapi dlm dunia maya ni, nak bg nasihat, nak tegur org kita kenal baca keseluruhan blog dia, kita baca fikiran dia, kita nilai setiap entri dia..kita tak leh sekali lalu ..lalu je tepi rumah org kita terus ‘tegur’ itu ini…

      dlm penerokaan dunia maya tanpa sempadan ni, kita akan jumpa berbagai2 pendapat, berbagai2 teori ..tak semestinya kita perlu bersetuju

      kita kena pandai tapis dan pertimbangankan..

    2. @Tie,

      uiks! den kah itu?!

      Patut la.. bilo den ketuk an pintu eh, ekau tak nak bukak! huhuhu

      kesian den kek luar kebahasan dengan pakaian custom Halloween

      uwakkkkk!!!
      .-= maza´s last blog ..Perkumpulan Pelajar =-.

      1. @maza,

        Bukan maza laa…..

        Tie tak tahu pun siapa dia. Tak ada link. Kat blog bangsa lain. Tie cuma nak terangkan je.

        Tapi memang silap Tie. Terjah gitu macam Jie cakap. Tapi, bukan penulis blog tu yang jawab. Dia bisu je, mungkin tersenyum riang tengok makcik Melayu dibelasah . Yang biadap tu pengkomen pengecut(bangsa lain jugak) , tak berani nak tampilkan dirinya yang sebenar. Dia siap antor email lagi. Dia pernah datang blog tie, tapi takut nak komen di situ, walaupun Tie cabar dia.
        .-= Tie´s last blog ..Pejamlah mata….. =-.

  8. hehe…biasa la kak jie….SEO mantap ni..ekkekekkee…tak pepasal blog kena terjah..bukan stakat diterjah…malah kena layan komen bagai blog politik lak…sian !

    1. @Mindaku Di Sini, kak jie bukan saja pengupdate di online tapi setiap kali PRK, kakak ipar sulung sy mesti telefon utk dptkan info terkini..hahaha 😆

        1. @Dr House,
          aku suka tengok in living colour dulu..masa jim carrey tak popular lagi
          hahaha
          .-= pjan´s last blog ..Menanti saat kelahiran cahayamata =-.

      1. Bila kita pisahkan antara politik,kehidupan dan agama maka jadilah kucar-kacir dan wujudla orang-orang yang beremosi dan bercakap tanpa menggunakan akal. :mrgreen: :mrgreen:
        .-= pjan´s last blog ..Menanti saat kelahiran cahayamata =-.

  9. kak jie, me nk tambah lagikks volleee..
    kak jie memang glemer tewww (fakta nombor 9) .. ekeke

Comments are closed.