Isu Semasa

Rasa tak gempa bumi tadi?

Tadi gemba bumi, kan? Rasa tak? Bergegarlah tadi. Teringat pula masa gempa bumi 26 Disember 2004 tu. Masa tu kat kampung di Sabak Bernam. ย Ingat ke anak-anak berlari sampai bergegar rumah papan ibu mertua.

Saya jerit ” jangan main-mainlah sampai dah goyang ni ”

Tiba-tiba suami di bawah membalas bahawa itu gempa bumi. Kami semua berlari turun ke bawah. Sempat juga tengok air dalam tempayan besar yang mak gunakan untuk menadah air hujan turut bergoyang.

Saya baca berita, petang tadi satu gempa bumi kuat dengan magnitud 7.6 menggegarkan Sumatera, Indonesia jam 5.16 petang (waktu Jakarta) @ 6.16petang ( KL) 30 September 2009.
Gambar di Kuala Lumpur

gambar gempa bumi di Sumatera 30/09/2009
gambar gempa bumi di Sumatera 30/09/2009

Gambar magsa gempa bumi di Sumatera
Gambar magsa gempa bumi di Sumatera
In this photo released by China's Xinhua News Agency, two people wait for their relatives' information at the site where a landslide occurred following Wednesday's earthquake, near Cikangareng village, Cianjur, West Java of Indonesia, Friday, Sept. 4, 2009. The 7.0-magnitude quake rocked southern Indonesia on Wednesday, unleashing mudslides that buried villagers in their homes . (AP Photo/Xinhua, Yue Yuewei)
In this photo released by China's Xinhua News Agency, two people wait for their relatives' information at the site where a landslide occurred following Wednesday's earthquake, near Cikangareng village, Cianjur, West Java of Indonesia, Friday, Sept. 4, 2009.

Terharunya tengok gambar ni –

Lagi gambar-gambar kemusnahan gembar bumi > news yahoo.com

Masih awalkan untuk meramalkan tsunami melanda negara kita atau tidak, jadi berhati-hati sesiapa yang berada di ‘ kawasan panas ‘ Bagan Pinang. Dah dekat Port Dickson tu.

Semalam Jabatan Meteorologi Jepun mengeluarkan amaran tsunami selepas gempa kuat serta tsunami melanda Kepulauan Samoa. Hari ini gempa dah sampai Sumatera.

Laporan terkini gempa bumi di Sumatera, Indonesia 30/09/2009 :

Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran tsunami kepada Indonesia, Malaysia, India dan Thailand berikutan gempa bumi berukuran 7.6 mangnitud melanda barat Sumatera, jam 6.20 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Indonesia melaporkan gempa berkenaan berukuran 7.6 magnitud yang berpusat di pantai Sumatera.

Bagaimanapun, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan kenyataan bahawa tiada amaran ancaman tsunami .

Edit : 9:36 PM
Pusat Amaran Tsunami Pasifik tarik balik amaran tsunami.

Selepas kurang satu jam Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran tsunami ke atas Indonesia, Malaysia, India dan Thailand, pusat terbabit menarik balik amaran berkenaan.

Ibu Mengandung Terperangkap Hampir Sejam Akibat Gegaran

Seorang wanita yang mengandung lima bulan cemas berikutan terperangkap hampir sejam di rumahnya di tingkat teratas pangsapuri 16 tingkat di Presint 14, Putrajaya. Beliau terperangkap di antara pintu rumah dan pintu jeriji di bahagian hadapan rumahnya ketika sedang tergesa-gesa hendak keluar rumah berikutan gegaran gempa bumi yang berlaku petang tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 6.20 petang dan beliau terperangkap kerana pintu rumahnya ditiup angin dan kunci rumah pula tertinggal di dalam rumah.

Seramai empat anggota JPA Putrajaya tiba kira-kira pukul 7.20 malam dan berjaya memotong mangga pada pintu jeriji dan menyelamatkan mangsa.

– Sumber : bernama online

EDIT : 12:47 pm 01/10/2009
Gempa Padang: 200 orang disahkan maut

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 200 orang disahkan mati dalam kejadian gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter di wilayah Sumatera Barat, Indonesia setakat ini.

Priyandi Kardono, jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan berkata jumlah kematian yang dilaporkan setakat ini adalah dari kawasan Padang.

Jumah angka korban dijangka meningkat di kawasan-kawasan lain kerana sistem perhubungan dan komunikasi di kawasan Sumatera barat terputus.

Kardono berkata hampir 500 bangunan runtuh di Padang yang menempatkan kira-kira 900,000 penduduk.

Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan. AP

EDIT : 07:03 PM 01/10/2009

Tiga pesawat bawa balik 300 pelajar Malaysia jam 11 malam ini

Para pegawai daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berlepas ke Padang, Sumatera pada jam 7.30 malam ini bersama tiga pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk membawa pulang 300 penuntut Malaysia yang menjadi mangsa gempa bumi di Padang, Sumatera.

Pesawat pertama dijangka tiba semula ke tanahair pada jam 11 malam ini. Ketibaan mereka akan disambut oleh Menteri Pengajian Tingi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bersama para pegawai tinggi kementerian dan juga ibu-bapa serta keluarga penuntut Malaysia di Markas TUDM Subang.

Pelajar-pelajar Malaysia yang terkandas di Padang ada di antaranya sudah dua hari tidak menjamah makanan.

Padang pada ketika ini masih dilanda hujan lebat dan maklumat terbaru yang diterima oleh pihak kementerian mendapati mangsa-mangsa gempa bumi termasuklah para pelajar Malaysia terputus bekalan air bersih dan juga makanan.

Sumber :Mstar

EDIT : Berita terkini kejadian gempa bumi di Padang Indonesia

02/10/2009

Pesawat pertama bersama 120 warga Malaysia selamat mendarat 5.05 pagi

SUBANG: Pesawat pertama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Hercules C130 yang membawa 120 warga negara Malaysia yang terkandas di Padang, Indonesia dalam kejadian gempa bumi di selatan Sumatera, kelmarin, selamat mendarat di Pangkalan Udara Subang pada jam 5.05 pagi tadi.

Pesawat yang dijadual tiba jam 3 pagi tadi mengalami kelewatan selepas lewat mendapatkan pelepasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau (23km daripada pusat bandar Padang).

Pesawat berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau pada jam 3.55 pagi tadi.

Pelajar perempuan cedera di bahagian belakang dibawa ke HKL

Seorang pelajar perempuan yang mengalami kecederaan di bahagian belakang selepas selamat mendarat pagi tadi, dihantar terus ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatkan rawatan.

Pelajar terbabit tercedera selepas terkena percikan batu ketika kejadian gempa bumi kelmarin.

Gegaran susulan kejutkan Jambi; Sumatera diisytihar darurat

Ketika keadaan di Sumatera Barat masih kelam kabut berikutan gempa bumi kelmarin yang setakat ini mengorbankan 770 orang, manakala 294 mangsa cedera, Indonesia dikejutkan dengan satu lagi gegaran di kawasan Jambi di selatan bandar ini, pagi semalam.

Setakat ini, tiada laporan mengenai kematian akibat gegaran susulan berukuran 6.6 skala Richter pada jam 9.53 pagi itu yang turut dirasai di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia, termasuk Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. – Berita Online

Pasukan bantuan dari Malaysia
Pasukan bantuan dari Malaysia

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono semalam memberi kebenaran negara sahabat dan pertubuhan asing untuk memberikan bantuan kepada mangsa gempa di Sumatra Barat.

ยฉKujie – Semoga rakyat Indonesia terutamanya di tempat kejadian lebih tabah dan bersabar dengan ujian ini. Semoga rakyat Malaysia yang berada di sana juga dilindungiNya.

Bilik gerakan dibuka di Konsul Malaysia di Medan – nombor telefon 006-26145531342

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

64 thoughts on “Rasa tak gempa bumi tadi?

  1. ๐Ÿ˜• alhamdulillah,negara kita x de bencana2 macam nie..tapi bagi mereka disana..allah saja yg tahu penderitaan mereka.

  2. sudah terasa gegaran di malaysia biarpun tidak semua. dua tiga kali gegar ngeri tak dapat nak imagine biar seminit cuma.
    .-= MatKool´s last blog ..Air India slashed Airfares up to 8 percent =-.

  3. Orang pun ada rasa juga gempa tu… masa tu ngah on9 atas katil.
    ingatkan member sorang tu kasi gegar katil rupanya betul2 gempa.

    Cik kaseh terus je kuar bilik…

    air dlm pasu bunga bergerak… kipas yg tak berpusing pun…

    efek – dari ptg sampai malam kepala rasa pening. dah habis gempa pun rasa still melayang2…
    .-= Kaseh Esmiralda´s last blog ..Cerita Raya… [2] =-.

  4. Semalam rasa pelik sgt kenapa tiba2 rumah goyang… Rupa2nya ada gempa bumi… Yg jauh kat malaysia pun boleh rasa… Ntah mcm mana la perasaan org yg indonesia… Mesti lagi takut….

  5. yg kali ni saya tak terasa gegarannya. tp saya penah terasa masa gempa tahun 2007 tu.

    masa tu ada kat salah satu resort kat PD. tgh syok dok update presentation kat dining table dlm apartment, alih2 rasa mcm dizzy melayang2 gitu. ingatkan saya yg pening kepala, tgk news mlm tu rupanya ada gempa kat sumatera, isk isk isk…
    .-= al-qamar´s last blog ..Sengal otak =-.

    1. @al-qamar, Kita yang jauh dapat rasa pun dah kecut perut, apa lagi mereka di tempat pusat gempa…ngeri tengok gambar

  6. Saya di JB tak rasa gegarannyer kak jie. Tapi rakan-rakan di KL ada rasa. Kesian tgk nasib mereka kan.
    .-= Shaffik´s last blog ..Shaffik.com Boleh Di Baca Dalam Bahasa Arab =-.

  7. dhsyatnyer…mcm mner aku bleh tak tau ni…
    mcm mner la skang ni gempa bumi bleh smpai m’sia…
    sumthing isn’t right…
    dulu gempa ni xdela truk mcm ni…
    ape yg berlaku kt bwah bumi cner yer????

  8. Hujan lebat sekitar negeri Perlis..membuatkan si pengomen ini tertidur..tertidur tanpa merasai apa2 jua gegaran..kecuali deringan handphone..disusuli goncangan usus besar dan usus kecil akibat kelaparan..
    -Cuaca tak menentu..disusuli hujan dan angin kencang

  9. Asalam Kak Jie,ptang tadi saya berada di Sungai Besi K.L,ada gak dengar cerita penduduk2 pangsapuri di sini yang terasa gegaran,sya x rasa pun ,mgkin yang duduk kt bangunan tinggi dapat rasa dengan jelas..
    .-= mohdhanif´s last blog ..Ulang Tahun Ke 9 Bersama Internet =-.

  10. Suspen gak bila dengar berita tentang gempa bumi tu.
    Maklumlah Kak long sekarang sedang berkursus di ‘kawasan panas’…huhuhu
    Berdoa agak tak ada apa2 yang berlaku.
    .-= Kak Long´s last blog ..Kawasan Panas =-.

  11. Tak sempat nak rasa sbb ader kat imigresen, hati panas. Tempat kerja kena rush ngan imigresen, ramai sangkut sbb permit luar.

  12. Huh, gegaran sgt terasa td..waktu pukul 6.15 ptg td saya sedang leka buat keje kt office..cyberjaya..tiba2 terasa bergegar + pening2..dahsyat..baru sikit tuh..tapi cukupla buat rasa insaf..

  13. ala…saya tido la petang tadi…padahal rumah tingkat empat…hhoho ๐Ÿ˜€
    .-= syukran´s last blog ..Jalan-jalan di Padang Besar, Jadi VVIP Firefly =-.

  14. hoho, selalu lak berlaku gempa bumi dekat2 ngan malaysia nie kan? Hish, bimbang aku.. Alhamdulillah aku kat sini aman jer..
    .-= samanosuke_04´s last blog ..Macho di depan komputerโ€ฆ (keyboard shortcuts) =-.

    1. @samanosuke_04, doakan kami di tanah air ye..awak pun dok kt sana tu jaga diri…bkn saja gempa bumi tp segala kesulitan dan kesempitan ๐Ÿ˜‰

  15. Hmm… setakat ini.. seumur hidup Tie memang tak pernah rasa gegaran gempa bumi. Yang pernah rasa bila tangki air kat quarters ni pecah tahun lepas… bergegar macam gempa bumi jugak laa…

    1. @Tie, tu pun gegaran gak Tie,kira pengalaman hidup masing2
      tapi yg tahun 2004 tu memang terasa…boleh tgok air dalam tempayan mak bergoyang2…berkocak2

  16. sumatera 7.7 skala richter tak hasilkan tsunami. samoa ada kemungkinan sebab di atas 8 magnitud. Malaysia mungkin menghadapi tsunami di Bagan Pinang. itu laporan jabatan kajibintang….

Comments are closed.