Rakyat Malaysia Diculik Di Algeria
Isu Semasa

Rakyat Malaysia Diculik Di Algeria

berita rakyat malaysia diculik di algeria

Saya baru sampai depan rumah bila baca tweet dari Arin. Belum buka gate saya dah balas.  Hari ini saya kurang berada dalam talian, jadi agak terlewat untuk mengetahui berita semasa. Beberapa orang kawan juga menghantar message bertanyakan khabar suami.  Terimakasih kerana prihatin.

Berderau juga bila dengar berita gempar seperti ini walau pun suami saya sudah setahun kembali ke Malaysia .  Suami saya pernah bekerja  di Algeria selama 3 tahun.

Sumber berita dari abnxcess.com melaporkan 2 rakyat Malaysia antara 41 orang yang diculik di Algeria. Sebuah kumpulan militan telah menyerang sebuah pusat galian minyak milik syarikat Britain, BP di Mali, Algeria.

Saya search Google Maps, Mali terletak di selatan Algeria. Suami saya dulu bekerja di Setif dan Constantine, utara Algeria. Projek COJAAL (Consortium Japaneas Autoroute Algeria) sepanjang  399 Kilometer iaitu sebahagian daripada 1,216km . Autoroute Est-Ouest adalah antara lebuh raya terpanjang di dunia yang menghubungkan Maghribi di barat dan Tunisia di timur.
COJAAL Consortium Japaneas Autoroute Algeria

Dua rakyat Malaysia ditahan bersama tujuh orang rakyat Amerika , Perancis, Britain, Jepun, Filipina sejak hari Rabu, 16 Januari 2013.

Menurut berita, tebusan ditahan dalam bangunan yang dipasang perangkap di pusat galian minyak  dan setiap tebusan dipasang dengan bahan letupan di badan mereka untuk menghalang serangan daripada pasukan keselamatan.

Membayangkan keadaan itu pun dah berdebar.  Kalaulah suami masih di Algeria, tak dapatkan nak bayangkan bagaimana perasaan di tanah air.

Semoga keluarga rakyat Malaysia yang diculik di sana lebih tabah dan mendoakan keselamatan mereka terpelihara.  Saya yakin rakyat Malaysia masih dihormati sebagaimana keadaannya ketika suami saya di sana.  Moga mereka cepat dibebaskan.

bandar constantine algeria

EDIT : 18/1/2013

Sekurang-kurangnya 34 tebusan dan 15 anggota militan terkorban dalam operasi tentera bagi menyelamat tebusan ( sumber : news.yahoo.com ) .   Kedutaan Malaysia di Algeria mendapati sekurang-kurangnya lima warga Malaysia bekerja di pangkalan gas tersebut.  Kesemua mereka gagal dihubungi sejak kejadian tersebut.

Dua rakyat Malaysia terbabit adalah K. Ravi, 48 tahun berasal dari Pulau Pinang dan Lau Seek Siang, 38 tahun dari Sarawak –  sumber : news.abnxcess.com

EDIT : 20/1/2013

Seorang rakyat Malaysia dikhuatiri terkorban di Algeria . Tiga rakyat Malaysia yang selamat telah dipindahkan daripada kompleks carigali minyak di Amenas ke Algiers, ibu negara Algeria. Kerajaan Algeria berkata 32 militan dan 23 tebusan terbunuh dalam operasi tiga hari tersebut.

 

Trivia Algeria

Algeria bukanlah negara yang popular dikalangan rakyat Malaysia kerana sering disalah anggap sebagai Nigeria. Ramai yang tersalah anggap orang Algeria seperti negro. Penduduk Algeria seperti orang Arab dan Perancis. Berambut perang, hidung tinggi dan putih.

Algeria terletak di barat-laut Afrika dengan pantai sepanjang Laut Mediterranean disebelah utara, bersempadan dengan Tunisia di timur laut, Libya di timur, Niger di sebelah tenggara, Mali dan Mauritania di barat laut, dan Maghribi di barat.

Bahasa Perancis, walaupun tidak mempunyai status rasmi, masih digunakan secara meluas di dalam kerajaan, budaya, media (akhbar) dan pendidikan (yang diajar dari sekolah rendah). Algeria adalah negara 4 musim, jadi kalau musim sejuk , akan  bersalji.

musim salji di algeria

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

32 thoughts on “Rakyat Malaysia Diculik Di Algeria

  1. mulanya maza mendengar berita ini juga terkejut.. sebaik terkenangkan abg Ann sudah kembali dari Algeria terasa lega…

    apa2 hal pun hari ini terdengar seorang rakyat Malaysia disahkan terbunuh… maza mendoakan mereka semua agar selamat dan di dalam peliharaan Allah SWT….
    Jom terjah post menarik dari maza ..Listen, Listen, Listen, When I talk you listen!My Profile

  2. Semalam..baru tahu berita ini..teringat kat kak jie…dalam hati,rasanya suami kak jie kerja kat Algeria…itulah..(alhamdulillah) mujur suami kak jie dah balik malaysia…kalau masih kat sana..saya pun tak dapat nak dibayangkan!….

    Tapi..sangat2 simpati kepada ahli keluarga 2 org rakyat kita yg diculik itu….tak lena tidur dibuatnya…apa pun moga mereka dapat diselamatkan…
    Jom terjah post menarik dari ieda ..NOTA kecikMy Profile

    1. betullah tu… kawan² blogger pun ramai yang hantar message bertanyakan suami kak jie… satu² orang yang dia tau ada hubung kait dengan Algeria..hehehe

      Syukurlah, berita terkini , rakyat Malaysia selamat
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Gajah Sama Gajah Tak BergaduhMy Profile

  3. Bila menonton berita mlm kelmarin, memang terus teringat pada Kujie. Syukur Encik Ann dah balik Malaysia.
    Memang sangat bimbang tentang nasib rakyat negara kita di sana.
    Jom terjah post menarik dari Kak Long Mawar Merah ..Maggi KetamMy Profile

  4. huh, takutnya (badan dipasang Bom, macam dalam cerita Swordfish), apalagi, cepat hantar Skuad komando 69 dan UTK selamatkan rakyat Malaysia.

  5. Bila mengetahui berita penculikan rakyat Malaysia di Algeria teringatkan hubby kak Jie pernah bertugas disana.

    Moga-moga keselamatan tebusan rakyat Malaysia didalam keadaan baik. Apa bila dengar ada bom digunakan jadi gerun.

Comments are closed.